Sejak dari sekolah rendah, E.N.G.L.I.S.H adalah satu-satunya subjek yang paling aku benci.
Dilahirkan dalam keluarga yang tak speak BI dan sekolah kampung yang semuanya Melayu serta perbualan harian dalam bahasa melayu memantapkan lagi kebencian dan ketakutan pada subjek ni.
Ingat lagi masa kecik-kecik mak ajar omputeh guna buku cerita bergambar 'the ugly duckling'. Jenuh nak bukak kamus check satu-satu makna perkataan. Belajar dua muka ja lepas tu aku dah give up. Exam UPSR boleh pulak dapat A, padahal taram ja semua. Nasib baik
Masuk ke sekolah menengah elit pula kemudiannya. Aku still tak dapat overcome kebencian pada subjek ni. Tinggal dalam kelompok Melayu lagi. Tapi bila tengok english debater cakap berhabuk aku kagum ternganga. Dalam hati, mesti mak bapak dorang speaking dengan anak-anak masa dari kecik. Rasa kesal pula family aku tak macam tu. Kalau tak mesti aku terer english. Dari form 1 sampailah form 5 semua kerja karangan yang cikgu bagi aku copy paste ja dari buku contoh. Tak pun cari lah ayat sana sikit, sini sikit, cantum-cantum dah jadi perfect karangan. Kalau nak harap faham macam mana nak guna past tense,past present dan entah apa2 lagi...itu lagi tunggang langgang. Semua aku hentam ikut gerak hati.
Dapat pulak PMR A, nasib baik lagi..
Kemudian masa form 5 aku bertekad nak duduk dalam set 1 english padahal tak da usaha pun. Ni kira set budak2 yang pandai english la, para debater punya kelas macam Dinie dan NK. Sebelum dibahagikan kepada set, kami kena ambil ujian penentuan. Soalan ditanya mostly adalah past tense,present dan seangkatannya. Macam biasalah aku hentam sahaja ikut mana yang rasa sedap bunyinya. Pada hakikat aku tak pernah paham pun mana nak guna benda-benda tu semua. Tapi dapat pulak masuk set 1, memang gerak hati aku mantap, bernasib baik lagi. Aku rasa akulah manusia terbodoh dalam set tu, penuh tanda merah-merah pada kertas kerja. Orang kata nak pandai omputeh kena baca buku dan dengar lagu omputeh. Aku dah try, tapi aku tak minat. So aku stop
Ada sekali cikgu suruh berlakon depan kelas, ketaq lutut. Nasib baik jumpa contoh perbualan omputeh pasal tukang gunting rambut dalam buku kerja, lalu aku hafal bulat-bulat. Kemudian SPM, aku guna the most simple ayat masa buat karangan. Mana2 yang past present tense pelik-pelik tu aku elak guna. Memandangkan vocab aku pun terhad, jadi karangan aku bunyi macam budak tadika. Eh, dapat pula A1 tu, kagum aku dengan nasib baik yang Allah kurniakan.
Seterusnya aku dapat tawaran melanjutkan pengajian pergigian di oversea, kena buat preparation dulu 2 tahun kat Taylors college. Majoriti di sana adalah kaum india dan cina. Semua anak orang kaya-kaya, pakaian macam model g kelas, masing-masing speaking. Tegak bulu roma. Selama aku dalam kelompok melayu dulu, tak pernah sekali aku speak english. U can call me a coward la. Tapi nak speaking, tidak sekali-kali, langkah mayat aku dulu. Aku sangat takut dan ngeri. Boleh dikatakan aku tak bercampur gaul langsung dengan classmate aku yang berlainan bangsa di sana selama 2 tahun tersebut. Hidup aku hanya dikeliling budak-budak melayu yang terpencil. Takut cakap omputeh punya pasal. Any assigment given, aku teruskan tradisi lama, "copy and paste' sahaja. Tapi aku belajar how to use 'which is and which was' lepas aku kagum tengok illani cakap masa bagi presentation.
Since aku adalah pelajar tajaan ke UK, semua offer dari universiti sana akan panggil kami datang interview. Oh! mat saleh akan interview aku. Budak-budak yang dapat offer dah la suma mantap-mantap vocabnya. Aku punya masih di tampuk sekolah rendah. Boleh dikatakan takda peningkatan langsung. Memang fail lah sesi interview aku sebab cakap gagap, plus tersasul berbahasa melayu. 2 minit aku bercakap, pastu aku diam dan kata kat depa aku 'nervous'. Konon-konon terlalu guguplah sampai speachless. Padahal tak tau nak cakap english. Bayangkanla aku hapal brochure university dorang. Ayat sebijik-sebijik. Mana-mana ayat kompleks yang aku hapal, aku terlupa. Makanya aku tak dapat la mana-mana universiti kat UK. Exam kelayakan english pula aku dapat band 6.5. Cukup-cukup makan.
Lepas tu aku dapat tawaran pergigian kat india. Amik ko, aku tercampak sorang-sorang melayu dalam batch aku. Sorang-sorang!!!. how am i gona survive???. Tapi nak tak nak aku dah dalam keadaan terdesak, terpaksala jugak cakap omputeh. Luckily aku bawak kamus BM-BI sekali. Mula-mula speaking memang completely broken. Orang dengar confirm tak paham. Selalunya time aku cakap, tiba-tiba aku akan pause, ayat tergantung. Sebab aku tak tau apa perkataan seterusnya dalam english. Tapi batchmate aku kemudiannya mula memahami, especially chinese, prev dan prem si budak kenya. Kalau aku pause secara mengejut, depa akan tolong sambung teka apa ayat aku seterusnya sampaila sekarang. Cuma rate 'pause' aku dah berkurangan, tidak seteruk dulu. Vocab aku pun bertambah melalui buku-buku dental yang 'terpaksa' aku baca. Dalam diam aku banyak belajar proper english dari prem in terms of proper pronounciation, verb etc. Preveena pula aku kagum sebab dia tahu banyak vocab. Apa-apa perkataan baru yang aku dengar, aku semat dalam kepala dan apply untuk conversation lain. Dan dahulunya juga dalam setiap lecture aku tak penah faham apa-apa, now aku dah dapat pick up dengan sesi pembelajaran.
Sampailah sekarang proses pembelajaran itu masih berterusan. Ditambah bonus hidup dalam dunia teknologi internet, so ayat-ayat yang aku tak pasti betul ke tak penggunaanya, aku just type kat search engine. Nanti keluarlah ayat tersebut dalam proper usage and tense. Google translate pun ada cuma aku tak berapa suka. Dia akan translate bulat-bulat ayat BM ke BI, tunggang langgang bunyinya. Aku tak cakap aku dah pandai sebab aku masih 'pause' once in a while, masih banyak terms di luar subjek dental yang aku tak tahu, past present tense pun masih samar2 bagi aku walaupun aku dah mula faham cara gunanya sikit-sikit. Tapi aku dapat lihat peningkatan yang significant dalam diri aku. Dari seorang yang compeletely tak tahu dan takut cakap omputeh selama bertahun-tahun, sekarang aku dah boleh borak sebagai bahasa harian dalam 3 tahun ini, Alhamdulillah..
Semuanya bermula dek kerana terpaksa, dalam keadaan terdesak, dan disinilah aku menapak. English aku masih tidak sehebat budak-budak debater, ayat aku masih yang mudah-mudah cuma tak terlalu mudah macam tadika. Kalaulah aku masih berada dalam kelompok melayu walaupun di oversea, aku pasti keadaan aku masih seperti di kolej dulu. Terus berasa selamat dalam kelompok melayu. Aku tak salahkan bangsa melayu, tapi aku salahkan diri sendiri sebab mudah berasa selamat dalam puak sendiri dan tak berani membina courage to converse in english. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.. setiap perancangan Allah adalah terbaik untuk aku.
Dulu aku kagum amat pada cina sebab pada hemat aku mereka hebat cakap omputeh, tapi kini aku dapat teliti bahawa kebanyakan english mereka adalah broken. Simple tense pun broken juga. Cuma mereka BERANI dan tidak MALU untuk cakap english sesama kaum mereka. Kita patut belajar dari situ. Jadi lepas baca ni bolehlah buat-buat buang tebiat tiba-tiba cakap omputeh dengan family. Tengok reaksi terkujat ibu bapa dan adik bradik kita :p. Pada yang mendengar, janganlah dikutuk orang yang speaking tu, galakkan mereka, kita mahu membina bangsa bukan? Baru kita boleh pandai setanding bangsa cina. Cuba buang jauh-jauh negative thinking 'eh apehal kau tibe-tibe nak speaking dengan aku' ;). Sebab dalam pada masa yang sama ianya membantu kita jua sebenarnya.
Buat kawan-kawan, especially yang Melayu, aku nak minta maaf kalau ada yang terasa bila aku tiba-tiba banyak cakap english dan campur sikit-sikit malay. Sungguh aku tak berniat berlagak ke ape. Terbiasa dengan routine bersama non malay di dalam dan luar kelas buatkan aku terbiasa cakap english kadang-kadang. Hatta kalau balik malaysia, bila tengok cina dan india automatikly aku akan cakap omputeh. Tercengang apek kedai runcit Ah Han kat pasar bile aku speaking sebelum aku tersedar yang beliau tidak faham. Aku minta maaf ye. Bagi yang bijak-bijak dan bakal kerja professional, aku harap its ok untuk korang. English aku banyak broken dan aku mengharapkan any kesilapan dapat korang tegur secara direct. Aku tak pernah nak ambil hati sebab aku tahu semuanya untuk kebaikan aku juga. Andai ada pula yang rasa tak selesa pada aku, bagitahulah, jangan pendam-pendam. Pun aku tak ambil hati. Sepatutnya akulah yang alert dengan hati mereka dan borak in full malay. Tapi kalau balik kampung, otak aku set semula sebagai kampung girl, so tak adalah aku nak cakap omputeh dengan makcik-makcik dan nenek-nenek. Mahunya kena penyapu nanti. Di kesempatan ini juga aku nak ucap terima kasih pada semua yang banyak membantu sepanjang proses aku bertatih berbahasa inggeris. Tanpa kalian, aku tidak di sini. :)
Dan aku tidak takut lagi...
wassalam
(ini adalah celoteh santai berdasarkan pengalaman sendiri, sila abaikan BM-Bi yang bercampur aduk dan ayat yang tidak mantap beserta spellingnya)
pssst~
1.sebenarnya sejak dari kecil tiap2 bulan baba banyak beli buku cerita, majalah, komik, buku latihan dalam bahasa melayu dan inggeris untuk kami. Kalau baca komik, section inggerisnya aku selalu skip. Majalah latihan inggeris seperti 'Quest' pula hanya dibuat satu hari sebelum exam. Mengharap pandai express.
2. berazam untuk biasakan anak2 aku berbahasa inggeris dan arab bermula dari kecil, makanya aku perlu belajar arab dengan gigih pula. Ada sapa2 nak cakap arab dengan ana? =). Mana mungkin untuk menunggu diri ini tercampak dan berdikari di tanah arab.
1.sebenarnya sejak dari kecil tiap2 bulan baba banyak beli buku cerita, majalah, komik, buku latihan dalam bahasa melayu dan inggeris untuk kami. Kalau baca komik, section inggerisnya aku selalu skip. Majalah latihan inggeris seperti 'Quest' pula hanya dibuat satu hari sebelum exam. Mengharap pandai express.
2. berazam untuk biasakan anak2 aku berbahasa inggeris dan arab bermula dari kecil, makanya aku perlu belajar arab dengan gigih pula. Ada sapa2 nak cakap arab dengan ana? =). Mana mungkin untuk menunggu diri ini tercampak dan berdikari di tanah arab.
7 comments:
thumbs up,he3...menarik3..
Pssst yg ke-2 tu menarik juga,bila agaknya kak syami nak start praktikkn eh??anak2,ehem2..ha3..
hehehe.. syami aku dari form1 sampai form 3, ujian set tu aku dapat set 1,tapi ms form 3 ada cikgu x pueh ati aku dapat set 1 pastu dia jumpa aku personally ckp aku x layak masuk set 1 dan tanya aku nak masuk set mana.. aku terus cakap nak masuk set 3..
sampai form 5 aku dapat set 3 (eh set 2 kejap masa form 4)
aku sentiasa betekad nak belajar arab time cuti, tp bila cuti je confirm lah aku x bukak buku :P
aku g India pon cakap Arab.
g Uk pon cakap arab.
amacam?
fizzi - hu... ntah bile la nk pandai arab ni. bercita2 nk belaja japanese jugak. nyesal mase skola x amik japanese course
zmah - being in set 1 , baru sedar byk disadvantage utk newbie cam ak, sebab cikgu dah expect dorang suma memang dah pandai2, so sll x buat apa. nsb baik masa form 5 ja, sekali jadila merasa duk kelas budak hebat. tu pun rasa inferior
bangah - ko mmg, p mana2 pun cakap arab. nnti ak anta anak ak blaja kat ko
masa naik airasia,seorang pramugari tu hentam ckap cina dengan beberapa penumpang korea,dia nk beritahu beg yg terlalu banyak tak boleh letak dkt tempat letak beg.tapi org korea tu haram tak paham apa yang dia ckpkan...pramugari tu pun naik baranlah....
acik pulak haghi2 cakap nogori tak po ko??
poi arab...poi india..buleh ko cakap mcm ni? buleh idup ko?
i LOVE your effort :)
Post a Comment