Tuesday, May 31, 2011

kari sardin

1 tin kecil sardin
1 biji bawang besar ~ hiris
3 ulas bawang putih~cincang
1inci halia~ tumbuk
1sb serbuk kari
2sb cili boh
garam secukup rasa
1 biji tomato ~belah 4
air


cara2
-tumis bawang dan halia sampai naik bau
-masukkan serbuk kari+cili boh. Goreng sampai pecah minyak
-masukkan sardin dan tomato + garam+ sedikit air. Biar mendidih.


pssst~
Have you ever hurt the person u love the most? ~ yes
Do you feel regret? ~ yes. i am truly sorry

" what was said has been said ","damage has already been done" (petikan ayat dari filem cun)

cara hidup dalam filem ni tak sesuai untuk diaplikasikan dalam hidup kampung. Esp kat kedah tu.
-adeke mak/nenek yang relax je anak dara bangkit tengah hari?malah menyokong lagi
-adeke orang kampung yang seronok bersorak tgk anak cucu berpeluk dengan bukan muhrim?
-adeke orang kampung anak2 dara/tak dara pakai gedat2 mengalahkan artis. 




Monday, May 30, 2011

Jom pakat sokong Hari tanpa Rokok sedunia Esok!




Anda perokok?
Suami/pakwe/abang/adik/pakcik perokok??

Esok! 31 mei 2012 adalah Hari tanpa rokok sedunia.
Jadi selama 24 jam mereka-mereka yang merokok itu di seru untuk tidak melakukan pembakaran terbuka.
Tujuan hari ini diwujudkan adalah untuk mendapatkan perhatian global tentang kesedaran bahayanya rokok.

Kalau bulan puasa pun dah tak boleh nak tahan nafsu merokok, lepas ja buka posa teruih mengasap.
kan kan kan kan??????
Jadi apalah kiranya golongan2 pengasap ini menanamkan dalam diri untuk BERJIHAD buat diri sendiri sekurang-kurangnya sehari dalam setahun.

Tak boleh jugak?

ok...macam tu cuba ambil iktibar dari iklan kemalangan 
"berhati2 di jalan raya..ingatlah orang yang tersayang"

Mungkin dengan mengingat orang tersayang anda x jadi merokok kerana tahukah anda bahawa perokok pasif  (iaitu penghidu asap2 rokok anda ni)  lebih berisiko 2 kali ganda untuk mendapat pelbagai penyakit pernafasan, kanser, dan sebagainya berbanding anda sendiri.

Isteri anda yang sedang mengandung, berkemungkinan melahirkan anak cacat disebabkan anda!

Anak anda yang lembap dalam pelajaran, bodoh, bebal dan sebagainya, mungkin disebabkan anda!

Sebab tulah yahudi lakhnatullah tak merokok sekalipun merekalah yang memperkenalkan rokok ni kepada dunia. Bahan2 dalam rokok menyebabkan kualiti sperma berkurang. So lahirlah anak2 yang kurang pintar dsb.
Alangkah selfishnya anda kerana hari2 dengan sengaja mendekatkan mereka kepada penyakit2 tersebut sedikit demi sedikit.


Tak boleh jugak nak stop sehari je pun?

Nampak sangat pentingkan diri. Sebab sendiri xnak pening @ sakit kepala tak dapat rokok, sanggup gadaikan kesihatan orang lain.
Gi main jauh2. Tak mo kawan!

say NO to ROKOK!



extra info: pemilik darah A dan AB lebih berisiko mendapat kanser berbanding darah group lain.

pssst~ saye darah group A. So jangan mengasap kat saye.
Mintak2 la topik ni kua exam 3rd sesss nanti.
wassalam

Thursday, May 26, 2011

haip! tamo mengeluh!

Dulu masa duduk bejai punyalah malas nak pergi shopping kat bharat mall. Penat nak turun naik bukit dan ram atas bilik mayat tu katanya.
-lalu berangan mengharapkan dapat segera keluar dari bejai hostel

Lepas tu pindah swathi light house. Malas pulak nak shopping dekat nilgiris. Jauh tu...
-Lalu berangan nak supermarket yang dekat sikit

Kemudian wujud MORE supermarket kat jalan nak g attavar tu. Dekatlah sikit. Tapi malas juga..mengharap ada lagi supermarket yang laaaaaagiiii dekat.
-Lalu berangan nak supermarket belakang rumah

Ha, sekarang dah ada supermarket besar gedabak punya belakang rumah ni. Which is City centre mall.
Segala yang diimpikan Allah dah bagi.
-Tapi punyalah malas nak jalan sampai mengharapkan dapat tinggal kat dalam City Centre tu.
-Kalau dah dapat duduk dalam city centre rasanya tak bersyukur jugak, mengharap dapat duduk kat section barang2 dapur mungkin. Senang nak capai barang kononnya.


Kesimpulannya...marilah bersyukur dengan rahmat kuniaan Ilahi. Diberi 2 tangan dan 2 kaki untuk diguna dan dijaga sebaik2nya.
Macam adik Tao kat bawah ni.
Cuma punya kaki. Tapi digunakan pemberian Allah ni dengan sebaik2nya.
Chayok adik tao!
Kalau dia sentiasa positif, kenapa tidak kita ;)

Monday, May 23, 2011

pineapple upside down

Enti khas untuk hasanah yang sedang berkira2 nak jual kuih.
Kuih ni dibuat susulan dari terliur lepas tengok Bree masak dalam cerita desperate housewives dan gambar dalam facebook farah.
Jadiklah...jadikkk!!!!
hehehe...

resepi diambil dari joyofbaking.com. siap ade video lagi.
akan tetapi, SILA KURANGKAN SUKATAN GULA BELIAU.
Manis amat sampai sakit kepala dibuatnya.

ni dia ni dia....senang...xyah sukat2 pakai penimbang tu..



bahan topping
-1/4 cwn (50g) butter
-1/2 cwn brown sugar (100g)
-nenas, potong bulat2 dan buang tengah dia.
-ceri

bahan batter
-1 1/2 cwn tepung gandum (195g)
-2 sk baking powder
-1/4 sk garam
-1/2 cwn butter (suhu bilik)
-3/4 atau 1/2 cwn gula kastor (ikut manis. 1 cawan terlalu manis)
-1sk esen vanila
-2 biji telr gred A (asingkan putih dan kuningnya)
-1/2 cwn susu
-1/4 sk cream of tartar

cara buat topping
1. susun hirisan nenas dalam loyang yang dah disapu butter gris
2. Dalam kuali lain, panaskan brown sugar+ butter dengan api kecil sampai berbuih dan hancur semua gula. 
3. tuang dalam loyang yang ada nenas.ketepikan

cara buat batter
1. preheat oven pada suhu 170 *c
2. ayak tepung gandum+ garam+ baking powder (ceq skip step ni. malas)
3. pukul butter dan gula sampai kembang
4. masukkan telur satu persatu,pukul lagi
5. masukan tepung dan susu sedikit demi sedikit secara berselang seli.

6. dalam mangkuk lain, pukul putih telur dan cream of tartar sampai kembang
7. gaulkan dalam mangkuk batter sampai sebati.
8.curah atas loyang nenas.
9.bakar 45 minit
10. lepas keluarkan dari oven, biar 10 minit, potong kek tepi2 loyang. terbalik atas pinggan.




pssst~ alfatihah buat mangsa tanah tuntuh hulu langat
-tengah posting kat conso department. yang tampal2 gigi tu..

Friday, May 20, 2011

swathi




1. uncle swathi. 
Nama dia sampai harini aku tak tau.
Beliau sekeluarga baru balik dari holiday kat malaysia.

perbualan sebelum bertolak ke mesia:
(aku tengah turun tangga. Uncle baru nak keluar rumah)
uncle : Madam!! (oh mak kau terkejut den)
            Im going to malaysia from today till 18 may na...
            If u come down please switch off everythg ok. make sure the gate is closed every nite also..
           (sape2 pernah duduk swathi mesti tau lenggok suara uncle ni)

me : Hah! (muke terbangak. tak recover dari terkejut lagi)
        ok uncle, have fun there..

perbualan setelah balik semula ke India:
(aku tengah naik tangga. uncle baru nak masuk rumah dia)
uncle : Madam!! (mak ai,,,tekejut lagi, tengah best jalan sambil berangan plak masa  tu)
            We just came back from Malaysia madam, We went to genting highland and kuala lampur.
            Very nice !!  To be frank madam, the indians here are all very crucket, the malaysian are very
            nice ! (berape byk very nice la)
            Is there any leaking in your house?? (eh apsal tetibe baik tny pasal leaking plak ni, bukankah
            bumbung bocor kat rumah kitorang tu dah lame berabad, complaint bagai nak rak pun macam 
            tu jugak, sampai dah lali)

me    : (ha tau pun ). aaa....ok tq uncle. The leaking is always there ever since u built the house.
           But that is not our concern now. We found one big black snake in one of our toilet yesterday.

uncle : where it came from, madam?

me    : (jatuh dari langit ke-tujuh. manele aku tau dari mane dtgnye ulau tu).
          I dont know uncle. U ask the snake ok.

uncle : ok i will send someone to find it . ( which means, memang x kan ada punya sapa2 datang)


2. Bini uncle
Dulu penah gadoh dengan die sebab die marah onisha delay bayaran sewa rumah disebabkan bilik bocor die yang bagai air terjun tu tak dibaiki.  Duit nak, tapi biar penyewa tidur bergelandangan. Tak pasal2 aku plak yang geram dengan sikap sambil lewa tuan rumah, aniaya rakan serumah aku. Die cengil mata, aku pun cengil balik. Nasib baik mata ni tak sepet. Boleh lawan.
Yang paling tak boleh tahan mase aku persoalkan sikap die, die boleh kate,
" we are indians, this is india country, what ever we are doing is right! "

Pernah jugak bayar duet sewa rumah advance 3 bulan kat die. Tapi hampeh. Uncle kata dia x dapat duit tu pun, lepas tu tiap2 bulan uncle suh bayar kat die sahaja.

Sekali tu lah gaduh, lepas tu dah senyum2 tegur2. So x pe, die senyum aku pun senyumlah. Tak de hal kan. lepas balik dari malaysia ni x tau lah persepsi die berubah ke x.

3. Anak2 uncle
salah seorangnya adalah perempuan. Namanya swathi. muka semua sebijik macam uncle n bini dia.
Pasal anak dia, aku tak ambil port.

4. Swathi apartment 
Merangkap home sweet home lebih-lebih lagi kat 3rd floor. Rumah kitorang.

Nak pergi zoo?
Takyah pegi jauh2, sini ada macam2 binatang. tupai, ular, tikus, nyamuk, lelabah, cicak, monyet pun pernah naik.

Nak pergi dusun mangga?
Hulur je tangan untuk petik buah dari bilik pohling. Tapi baik2 sebab dari situ jugaklah ulau, tikus tupai naik ke rumah ni.

Nak pergi waterfall?
Tak perlu ke jog falls... Duduk je kat swathi masa musim hujan. sepanjang hari dapat mandi air terjun

Nak rasa sauna?
Musim panas dalam bilik dah mencukupi.

Nak pengalaman earth quake lantai retak2 bagai?
lantai swathi selalu crack.

Tiada charge dikenakan.
Ada lg 3 bilik kosong,Dengan bayaran serendah rs4000 sebulan anda boleh merasai segalanya.


sejak lepas dari terkejut jumpa ular semalam, tiap kali rambut berjurai kena pipi pun boleh jadi terkejut jugak..sangka ular punya pasal.


Orang tanya, kenapa aku tak pindah2 lagi.
Jawapannya:
-Kitorang da settled down kat sini, dah lali, dah x rasa stress dengan kondisi begini.
Asalkan bilik tak bocor teruk2, takat beberapa drop boleh tadah dengan baldi tu dah kira bagus.
Alhamdulillah.
Lagipun dah tak lama kat India.
sekian

Wednesday, May 18, 2011

happy birthday alawi!

rasa2nya dah tingkatan 2 kan??
semoga tak tinggi lagi. tinggi sangat dah. kalah banas bangah.
jadik anak soleh. abang soleh pade adek.
cemerlang dalam pelajaran.
cintan cintun lepas sekolah.
kalau nak jadi doktor, semoga berjaya jadi doktor.
kalau nak teruskan cita2 menjadi pemandu lori sampah seperti kecil2 dulu, semoga jadi taukey lori sampah yang berjaya.

pesanan khas kepade adek: bowi dah besau, adek tak boleh buli bowi lagi

Sunday, May 15, 2011

kuih sagu mata ikan

Malam tadi berpoya-poya di rumah Mus n Zimah. Layan cerita hantu..dah lama tak lepas gian.
Nak tengok sorang- sorang takut. 
Farah pun ada sekali, dapat merasa portugese egg tart dia yang sedap tu.
serius sedap! filling yang gebu, crust yang crispy n soft. (makan sambil tutup mate. manghayati).Nak tunggu buat sendiri.....paham-paham sendirila.
Farah buka bakery kecil-kecilan kat rumah dia "fluffy dough bakery".
Sapa-sapa yang nak order kek farah boleh directly kontek kat phone farah atau kat FB dia.
Selaku bekas teman serumah farah yang selalu dapat merasa hasil air tangannya...
sangat2 mengrekemenkan kalau korang nak order pape. Sedapppp....

Kite ni buat kuih campak2 jer sebab pakai cawan n senang.

-2cawan sagu mata ikan (rendam sejam dalam air kemudian tos kan)
-2cawan air
-1 1/3 cawan gula
-pewarna hijau
-perasa pandan
-kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam


cara dia
-didihkan gula dalam air sampai larut. tambah pewarna dan perasa pandan
-kecilkan api, curah sagu, kacau sentiasa sampai likat.
-curah dalam bekas. sejukkan. potong2 dan gaul dengan kelapa parut






Tuesday, May 10, 2011

dalam hati ada bulu

Seingat aku dalam semua adik beradik, akulah yang terpaling degil sekali.
Kalau mak kata A, aku buat B,
Kalau mak suka C, aku tak suka,
Kalau aku suka D, mak pulak tak suka,
Lain taste lain selera
Tapi yang pasti..kalau mak kata putih...putihlah jawabnya..
takkan berubah jadik hitam punya.
Aku jelah yang selalu nak menghitamkan yang putih itu..
Tapi dah tua-tua ni aku dah kurang degil.
Dah tualah katekan... betul tak mak?
Dulu masa kecik, aku 'tolong' mak potong bawang
Sebenarnya cuma main-main pisau..cincang2 kulit bawang tu
Mak kata jangan..aku macam biasalah..degil.
Sekali jari terhiris, "mak! tangan kene pisau".
Kat mak jugak aku mengadu .
Masa aku kat kolej, aku kawan dengan sorang kakak pelik,
Mak kata jangan..aku degil, konon kesian.
Bila kena ugut kena psycho...kat mak jugak aku mengadu.
Pernah jugak accident, bengkak separuh muka..lebam-lebam..demam.
Tapi yang tu aku tak pernah bagitau mak sampailah saat aku tulis dalam blog ni.
Cuma naluri ibu tu kuat, bila aku on HP, ada berpuluh2 miscall dari mak.
Aku tanya kenapa call, mak kata saje. Tapi sebenarnya tak pernah2 mak talipon aku banyak kali macam tu. Mak tanya aku, aku kata tak da apa.
Dan banyak lagi peristiwa yang aku ingkar.
Diam-diam belakang mak aku teruskan jugak.
Sebab sekali aku percaya prinsip yang aku buat betul aku takkan berhenti.
I want to prove her wrong
Sampailah aku kena akibat dari perbuatan tu.
But mom is always right, setiap prinsip kedegilan aku tu memang ada natijahnya.
Aku tak menyesal..sebab aku dapat kaut banyak pengalaman.
Aku dapat belajar banyak perkara tentang hidup. Jatuh bangun sendiri.
Dan selamatnya aku kat dunia ni dari macam-macam cubaan dunia..
disebabkan doa semua orang...doa mak aku especially.. dengan izin ALLAH jugak.
Kalau scroll balik zaman kecik2 dulu..aku rasa bersyukur sangat,
Selamat dari niat jahat orang, selamat dari terjebak ke jalan salah. Selamat dari macam2.
Alhamdulillah.
Thanks mak!
Perempuan paling sabar pernah aku jumpe.
Mak aku jenis perempuan yang akan perjuangkan habis-habisan hak die.
Bukan meratap lembik-lembik.
Perempuan paling kuat jugak pernah aku ade.
Aku tak pernah pun tengok die menangis.
Cume aku jelah yang kuat nangis. sikit2 meleleh je....tak tahulah keturun sapa, takkan baba kut.:p
Jadi sekarang ni aku memang dah tak degil.
Sebagai contoh, bab jodoh ni aku ikut je apa yang mak aku suka.
Dengan harapan dan doa, keredhaan mak ayahlah yang  akan buat aku bahagia kelak.
Tapi dah hampir 5 bulan kut aku cuba jadi kuat macam mak aku..
Tengok lah entri aku sebelum ni. Happy jekan. (ke buat-buat happy)
Tapi tadi terdengar pulak lagu kat bawah ni kat blog sapa entah.
Aku tangkap leleh lagi. 5 bulan aku dah kuat, so tak salah sehari aku leleh kan.
Kalau tengok drama sedih, dengar lagu sedih, apa-apa jelah yang sedih..
Mulalah mengalir2 ayer mata, mulalah merah hidung, mulalah bengkak mata.
'Macam dah masuk dalam TV' orang kate.
Dahlah...aku nak layan nangis puas-puas.
Sebab lepas nangis selalunya aku legaaaaaaaaaaaaa.....
Dan kembali bertenaga ;)
bukankah tangisan itu ubat bagi wanita.
Menangis bukan sebab lemah...tapi itulah kekuatan.
(sape tak setuju angkat tangan. gi men jauh2)




Sepanjang umur aku mencecah suku abad, hanya sorang yang pernah bagitau aku ni perempuan kuat.
Hanya sorang yang yakin dalam hati dia aku memang kuat sambil menggenggam penumbuk. Kalau dulu aku tak yakin dengan kebenarannya, tapi sebab kata-kata tu jugaklah aku mula tengok dalam diri dan yakin aku kuat sebenarnya. TERIMA KASIH

~Pssst~
happy belated mother's day mak!

Sunday, May 8, 2011

no update

blog ini tidak akan di update untuk beberapa waktu.

Wednesday, May 4, 2011

Petua MILLENIUM

Sering period pain???
.
.

RASA....

.
.
 Mahu bertungku??? mungkin dengan meletak botol air suam di perut
.
.
.
.
TAPI...
.
.
.
.
anda malas???
.
.
.
.
errmmm...
.
.
.
.
.
Adakah anda sedang online sekarang???
.
.
.
.
SO...
.

.
.
-Baring seselesa mungkin,
-Letak laptop tu atas perut.....sedappppp je panas die.
-Nak tito pun boleh. 
-But make sure korang tido statik
-Takut nanti end up korang yang meletakkan diri atas laptop :p
-Hah! kalau tengah berpantang lepas bersalin pun boleh jugak. Tak yah nak susah-susah tuam sana sini.






pssst~ saye dah check kat ternet. Takde harm kalau taruk ateh pewot laptop tu.

sekiam. wassalamu

Monday, May 2, 2011

blackpepper cheesy sausage roll


layan gambar dulu ~









bahan-bahan
-320 g tepung gandum
-1 sk garam
-2 sb gula halus
-1 sk serbuk lada hitam
-140 ml susu (suam)
-1 1/2 sk instant yeast
-1/2 sk bread improver
-1/2 sk bread softener
-1 biji telur
-1sb mentega
-5 batang sosej (5 cm panjang) saya guna cap yummies } dicelur
-2 keping cheese dale



cara-cara. 
-Belah ditengah-tengah sosej (jangan putus) dan sumbatkan cheese seperti gambar .ketepikan
-satukan semua bahan kecuali mentega. 
-Uli sampai jadi doh. lebih kurang 15-20 minit. Kemudian baru ulikan dengan mentega sekejap sampai sekata.
-Tutup bekas dengan plastik cling. Biarkan naik selama 45 minit.
-Uli lagi sekali.dan bahagikan kepada 5 bahagian. Roll panjang-panjang dan lilitkan keliling sosej.
-Susun doh yang siap dililit berjarah 2 cm antara satu sama lain.
-tutup dengan plastik cling bekas tersebut dan biarkan naik selama 1 jam.
-sapu dengan kuning telur, tabur biji selasih, picit sos diatasnya
-bakar 180*c selama 17-20 minit

psst~ saya guna 4 sosej, terkurang satu pule

wassalam

Sunday, May 1, 2011

Opocot! patah pulak tulang rahang



Semalam...
Hanya aku dan Manu hadir ke posting..
Memeruk diri di sudut sunyi..
Mengunci pandangan pada nota kaki..
Maklumlah, exam tak habis lagi..

Semalam juga..
Dia datang. Mengaduh sakit. Berkerut dahi. Berkeriut ekspresi.
Sedangkan dia dulu pernah ke sini. 
Cabut 3 gigi.
'It was a complicated extraction' kata si PG..
Kena lakukan biopsy...

Ahhh... Dia mengaduh lagi. 
Nak tahu apa yang terjadi?
Rahangnya terpatah masa proses cabut gigi..
Lalu terkena infeksi..
OSTEOMYELITIS nama diberi.
 Sebab itu dia datang lagi ke sini.


So kes ini boleh dikasifikasi sebagai physician induced injury
iaitu kepatahan rahang  disebabkan oleh dentist itu sendiri
Oh..oh...banyak aku kena belajar lagi dan lagi
Agar kesilapan orang lain tak kita ulang kembali
Nak jadi dentist ni perlu punya skill yang tinggi.

DOA...DOA...DOA>>>USAHA..USAHA...USAHA>>>>TAWAKAL
Insyaallah!!