Showing posts with label india life. Show all posts
Showing posts with label india life. Show all posts

Friday, May 20, 2011

swathi




1. uncle swathi. 
Nama dia sampai harini aku tak tau.
Beliau sekeluarga baru balik dari holiday kat malaysia.

perbualan sebelum bertolak ke mesia:
(aku tengah turun tangga. Uncle baru nak keluar rumah)
uncle : Madam!! (oh mak kau terkejut den)
            Im going to malaysia from today till 18 may na...
            If u come down please switch off everythg ok. make sure the gate is closed every nite also..
           (sape2 pernah duduk swathi mesti tau lenggok suara uncle ni)

me : Hah! (muke terbangak. tak recover dari terkejut lagi)
        ok uncle, have fun there..

perbualan setelah balik semula ke India:
(aku tengah naik tangga. uncle baru nak masuk rumah dia)
uncle : Madam!! (mak ai,,,tekejut lagi, tengah best jalan sambil berangan plak masa  tu)
            We just came back from Malaysia madam, We went to genting highland and kuala lampur.
            Very nice !!  To be frank madam, the indians here are all very crucket, the malaysian are very
            nice ! (berape byk very nice la)
            Is there any leaking in your house?? (eh apsal tetibe baik tny pasal leaking plak ni, bukankah
            bumbung bocor kat rumah kitorang tu dah lame berabad, complaint bagai nak rak pun macam 
            tu jugak, sampai dah lali)

me    : (ha tau pun ). aaa....ok tq uncle. The leaking is always there ever since u built the house.
           But that is not our concern now. We found one big black snake in one of our toilet yesterday.

uncle : where it came from, madam?

me    : (jatuh dari langit ke-tujuh. manele aku tau dari mane dtgnye ulau tu).
          I dont know uncle. U ask the snake ok.

uncle : ok i will send someone to find it . ( which means, memang x kan ada punya sapa2 datang)


2. Bini uncle
Dulu penah gadoh dengan die sebab die marah onisha delay bayaran sewa rumah disebabkan bilik bocor die yang bagai air terjun tu tak dibaiki.  Duit nak, tapi biar penyewa tidur bergelandangan. Tak pasal2 aku plak yang geram dengan sikap sambil lewa tuan rumah, aniaya rakan serumah aku. Die cengil mata, aku pun cengil balik. Nasib baik mata ni tak sepet. Boleh lawan.
Yang paling tak boleh tahan mase aku persoalkan sikap die, die boleh kate,
" we are indians, this is india country, what ever we are doing is right! "

Pernah jugak bayar duet sewa rumah advance 3 bulan kat die. Tapi hampeh. Uncle kata dia x dapat duit tu pun, lepas tu tiap2 bulan uncle suh bayar kat die sahaja.

Sekali tu lah gaduh, lepas tu dah senyum2 tegur2. So x pe, die senyum aku pun senyumlah. Tak de hal kan. lepas balik dari malaysia ni x tau lah persepsi die berubah ke x.

3. Anak2 uncle
salah seorangnya adalah perempuan. Namanya swathi. muka semua sebijik macam uncle n bini dia.
Pasal anak dia, aku tak ambil port.

4. Swathi apartment 
Merangkap home sweet home lebih-lebih lagi kat 3rd floor. Rumah kitorang.

Nak pergi zoo?
Takyah pegi jauh2, sini ada macam2 binatang. tupai, ular, tikus, nyamuk, lelabah, cicak, monyet pun pernah naik.

Nak pergi dusun mangga?
Hulur je tangan untuk petik buah dari bilik pohling. Tapi baik2 sebab dari situ jugaklah ulau, tikus tupai naik ke rumah ni.

Nak pergi waterfall?
Tak perlu ke jog falls... Duduk je kat swathi masa musim hujan. sepanjang hari dapat mandi air terjun

Nak rasa sauna?
Musim panas dalam bilik dah mencukupi.

Nak pengalaman earth quake lantai retak2 bagai?
lantai swathi selalu crack.

Tiada charge dikenakan.
Ada lg 3 bilik kosong,Dengan bayaran serendah rs4000 sebulan anda boleh merasai segalanya.


sejak lepas dari terkejut jumpa ular semalam, tiap kali rambut berjurai kena pipi pun boleh jadi terkejut jugak..sangka ular punya pasal.


Orang tanya, kenapa aku tak pindah2 lagi.
Jawapannya:
-Kitorang da settled down kat sini, dah lali, dah x rasa stress dengan kondisi begini.
Asalkan bilik tak bocor teruk2, takat beberapa drop boleh tadah dengan baldi tu dah kira bagus.
Alhamdulillah.
Lagipun dah tak lama kat India.
sekian

Saturday, April 16, 2011

Ceritera Mangalore fish Port & pohling's advanced birthday party

Alhamdulillah tammat sudah acara AHAD....oh! penatnya, rasa macam nak patah pinggang

          Pagi-pagi pukul 7 p mangalore fish port. Nama pun fish port so  ia merupakan tempat memborong segala jenis ikan. Nak boikot SPAR lah  sebab dah naikkan harga tinggi-tinggi..ciannn saye taw. Macam manalah nak kumpul duet riban-riban untuk kawen nih.
Bergantung kepada jenis ikan dan sedikit tawar menawar, Kami telah membeli 3 kilo udang, 2 kilo ikan yang disangka ikan merah, sekilo sotong, ikan kembung, dan ikan yang disangkakan ikan tenggiri.(ini lah akibatnya kalau tak kenal ikan).
Berat owh! dahla on the way balik takda oto nak angkut kitorang ke lighthouse. Lepas jauh berjalan barulah ada seketul oto yang sudi.
-Tips penting: kalau ke sana, carilah orang yang boleh siang ikan. Dengan bayaran serendah rs 10 semua kerja anda pasti menjadi mudah
        Disebabkan Pohling assume saye suka siang ikan,  dia tak bagitau ada pakcik siang ikan kat sana, so terpaksalah saye siang semuanya.....Kadang-kadang terjerit geli bila terjumpa macam-macam dalam perut depa. 3 jam baru habih semua. Kematu tulang belakang dibuatnye.Badan pulak tungkit semerbak bau ikan walaupun dah mandi 3 kali. Sudahnya saya decide mandi air limau nipis, baru lah ok
        Seterusnya sarapan kat Deepa hotel dengan pohling. Sapa yang tinggal kat Mangalore boleh lah p sana pagi-pagi Ahad untuk bersarapan. Best.
      Lepas tu saye dah kiok, penat oh.... tido 3 jam. (mimpi yang amat menginsafkan)
After Asar mula start masak sampailah jejak maghrib.. dan malam tu.. kami sambut BIRTHDAY POHLING  yang telah diawalkan 2 hari. HAppy birthday pohling!
Penat yang dirasakan berbaloi bila tengok kawan-kawan happy makan. Cheq sukaa cheq sukaa,,,




terbaek dari laut

shark eh



Sepagi dengan  india tak dikenali di Port:

me    : Bayya... where's the oto stand 
india tak dikenali : (memandang dengan blur)
me    : Oto.....oto ..vroom2.. where??
india tak dikenali : (masih terpinga-pinga)    English...english!
me    : dowh!...Auto in english pun auto lah jugak takkan beca kut (membebel sorang2) 

lalu india yang tidak dikenali ditinggalkan begitu sahaja

wassalam