Mak oih! dah berhabuk blog ni, Last entri pun tahun 2012 masa kat India lagi.hahaha.. Tapi tak apalah, tujuan entri ini supaya setiap catatan pengalaman ini kelak dapat aku imbas kembali bila dah tua nanti,
Anyway, latest update, aku baru lepas kena bedah buat kali kedua. Sayangnya pengalaman bedah kali pertama untuk buang appendik masa kat India tidak diabadikan di sini. Sekarang sel-sel otak dah kurang bersambung, jadi sudah lupa...sayang betul..
Berbalik pada cerita utama, sebenarnya aku call untuk dapatkan appointment dengan Dr Hamid Arshat (Pakar Sakit Puan yang terkenal tuuuu..) sejak dari bulan November 2015 lagi. Tarikh diberi untuk perjumpaan sesi pertama adalah pada 25 Mei 2016. Punyalah lama kan. Klinik beliau letaknya di Damansara dekat sangat dengan Pusat Sains Negara. Pertemuan kali pertama berlangsung tak lama. Mula-mula daftar, timbang berat (42.9 kg), ambil tekanan darah dan terus ikut doktor wanita buat vaginal ultrasound. Kemudian dia print gambar dan suruh tunggu di luar sementara dipanggil bertemu Dr Hamid Arshat. Tak lama kemudian kami suami isteri dipanggil mengadap doktor pakar yang berumur 71 tahun ini. Kat pintu beliau tertulis 'Datuk Dr Hamid Arshat.' Prof pun ye jugak dia ni.
"Nak panggil apa bang?". Sempat aku berbisik sebelum melangkah masuk. Gementar pula jumpa Datuk.
"kena panggil Datuklah" jawab suami aku.
Mujurlah orangnya sangat mesra dan friendly, Cara dia terang dan lukis sampaikan suami aku yang duk dalam bidang engineering pun boleh faham. Yang aku kagum, dengan hanya tengok gambar print ultrasound aku tu je dia boleh nampak aku punya endometriosis dah tebal .Sekali gus menjawab persoalan kenapa period pain aku makin lama makin sakit berhari-hari sampaikan perut pun dah bocor dek pengambilan ponstan yang kerap. Padahal dah 4 orang pakar O&G sebelum ni aku pergi, kat PPUPM, PPUKM, Hosp Serdang dan Banting.. Semua cuma nampak retroverted, tiada cyst , tiada endometriosis. Dr Hamid terangkan wanita yang punya retroverted uterus ni selalunya akan ada back flow of menses. Dalam erti kata lain darah haid tak keluar habis. Kalau ikut body physiology, sepatutnya gumpalan darah tu akan hilang atau diserap oleh tindakan imuniti badan.. Tapi bila banyak sangat dan asyik di topup setiap bulan maka ia tak dapat disembuhkan oleh sistem imuniti badan.. Gumpalan darah inilah juga yang menjadi racun kepada sel telur dan sperma. Thats why prosedur IUI di PPUPM dulu tak berhasil kot. Sperma mati diracun di medan perang.haha..Beliau suggest buat mini laparoscopy to remove endometriosis dan kemudian betulkan terus rahim retroverted tu. Aku terus setuju. Dah fobia sangat tetiap bulan sakit senggugut yang melampau sampai 3-4 hari. At least hilang sakit pun jadila. Tarikh ditetapkan pada 29 Jun 2016, seminggu sebelum raya. Kiranya operate masa bulan puasalah. Harga pun dia bagitau siap2. Lebih kurang RM7500 . Kalau nak guna insuran boleh juga, dia akan buat di hospital Pantai, tapi aku tak sanggup sebab kena que balik untuk bedah pada awal tahun 2017, kitorang pun dah nak pindah Perlis tak lama lagi. Pejam mata ajalah. Bil sesi konsultasi pada hari itu dan vitamin E serta obimin adalah sebanyak rm 300
Tapi seminggu lepas tu dia call balik, masa ni kami balik Kedah sempena menyambut awal puasa. Tarikh operate perlu ditunda atau di awalkan kepada 15 Jun 2016 sebab doktor biusnya mahu menunaikan umrah. Aku minta diawalkan. Buat pengetahuan semua, semua sesi pembedahan hanya dilakukan pada hari Rabu sahaja. Seminggu ja lagi, Dalam sedia tak sedia aku optimiskan diri saja.
"alah, pergi sana, bius, tak sedar, bedah, sedar, makan ubat tahan sakit, dua tiga hari baiklah.Lagi best nanti dapat MC sebulan".
huhuhu...ayat saiko diri sendiri. Aku over confident dengan diri sendiri sebenarnya sebab ingat bedah tu macam buang katarak aja dan kononnya aku ni kuat dan lasak. Kononnyalah. Siap kau nanti.
Hari Ahad, 3 hari sebelum bedah, Klinik Dr Hamid call suruh aku prepare sebelum bedah. Kena puasa jam 12 malam, tak boleh makan dan minum, beli Enema di farmasi terdekat dan pakai jam 8 malam sebelum pembedahan. Ingatkan ape bendelah Enema ni, rupanya sejenis cecair 10ml yang perlu dipicit ke dalam dubur bagi mengosongkan segala isi perut.
"you kena mengiring then minta tolong your husband picitkan, dalam 10 minit macam tu mesti rasa nak pergi tandas" terang si pharmacist. Aku angguk, Malunya nak kena buat benda ni.
Pharmacist tu tipu weh. Bukan sepuluh minit, tapi tak sampai beberapa saat perut aku dah sakit memulas-mulas macam kena diarrhea teruk masa kat India dulu. Tobat tak mau pakai dah benda ni. Rasanya sungguh syahdu menggamit perasaan sewaktu berada di bumi India dulu.huhuhu..
Tibanya hari kejadian, kami sampai awal jam 8 pagi. Ada 3 orang untuk dibedah pada hari itu. Giliran aku nombor 2. Masa aku dipanggil untuk sign borang kebenaran bedah, pesakit pertama dah pun masuk. Dekat jam 10 pagi depa panggil aku suruh pakai gaun bedah, babai2 dengan suami kejap kemudian aku berjalan naik sendiri atas katil bedah. Yelah dah klinik pun dekat lot kedai maka ruang wad tak besar dan ruang bedah tak jauh, berapa tapak aja dah sampai. tak perlu la imagine diusung dengan troli atau wheel chair bagai. haha...satu pengalaman baru. Sesi briefing dengan doktor bius pun tak ada macam yang selalu aku nampak masa ikut ward round kat hospital. Tup-tup baring terus atas meja bedah dan dibius, Terus tak sedar diri. Settle. Macam sembelih ayam pulak rasa...hahaha. Tapi bagus, they keep it simple, discard segala prosedur yang membuang masa.
Aku sedar lebih kurang 3 petang. Sementara nak tunggu waktu melawat jam 4.30 petang - 8 malam tu lama lagi, lalu aku sambung tidur. tak ada rasa sakit cuma lemah seluruh badan. Kembung semacam.Air milo dan roti tak berjamah. Jam 4.30 petang cinta hati sampai, Beliau cerita lebih kurang jam 11 pagi aku dah keluar dari dewan bedah dan dia cuma ddibenarkan tengok selama 5 minit sahaja. Kemudian dia dan abang ipar sulung aku jumpa Dr Hamid untuk sedikit sesi penerangan. Dr hamid kata endomettiosis aku dah stage 2. Next day jam 10 pagi baru boleh discharge. Petang tersebut sekali lagi diberi makan roti dan milo yang mana telah aku muntahkan tidak lama selepas itu. Mujur nurse tak marah sebab kena tukar segala baju dan cadar yang dah terkena lambakan muntah. They are so sweet, Siap sapukan minyak angin kat kaki lagi untuk tolong redakan rasa kembung. Suami aku? malam tu layan Euro kat kedai mamak sampai pagi kat bawah klinik tersebut dan kemudian tidur dalam kereta saja katanya. Allah..kesiannya. Next day hari Khamis jam 10 pagi aku pun pulang ke Banting setelah menjelaskan baki bayaran sebanyak rm 1000 lagi. Rupanya total bil hanya RM 7000. Alhamdulillah jimat 500.
Hari Jumaat family aku mai rumah berbuka puasa, Mak bawa berkilo-kilo ikan haruan untuk dimakan sepanjang berpantang. Sempat lagi mak ajak ikut balik Melaka untuk berpantang di sana, makcik pun mesej suruh pantang di kampung tapi entahlah, aku selesa dan yakin lagi kalau suami aku jaga biarpun dia kata dia tak pandai masak. On day two, dia try masakkan kan aku bubur nasi, lepastu keluar dari dapur dengan muka cuak.
"Napa bubur ni jadi nasik ayaq yang?"
Hahaha comel. Memanglah sebab masak guna beras basmathi..kekeke.. tak apalah boleh perah airnya..dan telan nasi tu. Lepas massak dua kali baru hancur sikit.
Tapi bab2 penjagaan suami aku ni memang tip top macam nurse. Always available 24/7. Stokin pun dia sarungkan, lapkan badan sebab 3 hari tak mandi..hahaha..Dapatlah mengada sikit. Kalau balik kampung nanti aku tak gamak nak panggil mak banyak kali minta dipapah dan sebagainya. Bilik pun jauh dari tandas dan bilik mak. Tulah sapa suruh rumah panjang sangat. Sabtu dan Ahad family along dan banglang datang melawat siap masak dan bawakan lauk sekali. So sweet of them. Terharulah ramai orang care. Suami pun tak payah pening kepala masak hari tu. Along ajar suami resepi simple mikrowave tapi sedap. Laok yang dia masak haritu pun bukan main lagi aku dan suami yang makan. Malamnya dapat ikut jalan-jalan sekejap ke kilang kerepek. Kaklang pula bawa macam-macam lauk berbuka on the next day. Isk isk isk...terima kasih diucapkan. Lepas dari itu, pagi-pagi lagi lepas sahur aku dah dengar suami aku menumbuk di dapur. 1st attempt dia masak tu...dengan muka berseri-seri dia sua laok ikan haruan resepi along depan muka aku, tunggu aku rasa. haha..Secubit aku makan. Eh sedap pulak, masin semua elok. Dalam hati terkagum sekejap. Pandai jugak laki aku masak. Ingatkan dia akan terlupa bubuh garam. Almaklum tak pernah masak.kikiki
Bab pantang pula aku ada 2 mazhab. Kalau ikut mazhab perubatan, mana ada pantang2 makan ni. Makan je apapun asal berkhasiat. Kalau ikut mazhab orang tua-tua ada makanan berangin, gatal dan sebagainya. 5 hari pertama memang teruk, angin dalam badan bergerak-gerak, sat kat perut, bila kat dada aku tak boleh napas, kemudian p kat bahu. Bisanye tuhan aja yang tahu. Semua sakit yang ada jadi exaggerated. Gastrik yang selama ini suam2 kuku jadi teruk sangat sampai perut rasa pedih sentiasa.Mulut penuh ulser dan tiba2 tonsilitis menyerang. Batuk, bersin, tersedak jangan cakaplah...memang fobia, macam nak teburai balik isi perut dibuatnya.
"Lepas 7 hari kompom baik ni..dah boleh buat macam-macam dan makan macam-macam". Aku yakinkan diri sorang2. Lepas seminggu aku dah tak boleh tahan dah nafsu makan. Rupanya tempat luka masih sakit. Telahan aku salah.. tapi aku dah masak macam-macam ikut selera tekak sendiri. Ikan haruan dibuat masak cili api, kambing diperap buat stick lah, hehehe..masa ni aku pakai mazhab doktor pulak. Rasanya dah tak da apa dah. 21 Jun (Selasa) kami ke Flat Taman Samudera Batu Caves sebab suami dah ada appointment mengurut tulang belakang dengan Ustaz Hassan, pawang yang duk viral kat FB sekarang ni sebab kononnya dah ramai wanita mengandung lepas jumpa beliau. Nanti akan aku ceritakan pengalaman ini pula.. Lepas mengurut suami ajak aku ke Jalan Tar untuk tengok suasana orang shopping raya. Baru sebentar masuk ke perut pasar malamnya kami dah keluar. Tak sanggup dengan jammed ramainya orang, bau rokok dan sebagainya. Sistem immune badan pun masih lemah..tak mustahil aku boleh kaut macam-macam penyakit dari situ nanti. Akhirnya kami hanya jalan di tepian, beli baju sehelai dan pulang.
27 Jun 2016 (isnin) aku pergi buang benang. Kesian lagi dengan encik suami yang tengah super serabut dengan tesis beliau di samping nak kena jaga aku yang suka mengacau. Macam-macam alasan aku bagi untuk tangguh dihantar pulang ke kampung last-;ast semalam kena balik la juga. Period datang seperti biasa mengikut jadual, ingatkan tak mai sebab haritu dr buat D&C sekali dan aku expect tak sakit dah kut seperti bulan sebelum ni. Lagi sekali aku silap, Semalam aku sakit luar biasa, rasa sejuk teramat walaupun dah pakai bantal panas bawah kaki. Rasa macam buh ais kat situ.
Sah! aku dah bentan ni....getus hati. Tulah over confident sangat dah baik, kan dah 2 minggu post op. Malam sebelumnya dekat separuh jug aku bedal air mata kucing ais. Sedap punya pasal...sekarang padan muka. Rasa sakit azab sangat sampai menggigil berpeluh satu badan tapi elok pulak aku tak pengsan walaupun teringin supaya tak sakit. Mesej kakak. Mak mertua suruh makan panadol, mak suruh zikir banyak2. Aku telan 2 biji, pakai stokin balik, selubung 1 badan terus tidur. Malam baru rasa ok sikit. Tapi la ni sakit tak hilang lagi sebenarnya. Sama macam first 5 days operate dulu. Cirit, birit, gastrik teruk, badan berangin, tak leh sejuk dsb. Back to square one....Maka dengan ini taubatlah aku sepenuhnya..akan berpantang betul-betul sampai sembuh. Lagipun duduk dengan mak aku memang kena bebel kalau makan sebarangan. Baru disiplin sikit. So konklusi di sini sapa kata pantang orang tua-tua ni tak ada kesannya? Dah rasa sendiri baru tau keberkesanannya. Tak semua doktor tahu walau depa percaya pantang ini mengarut.
Ok semoga diri ini cepat sembuh, Insyaallah kalau Allah bagi rezeki anak nanti aku tak mau pantang dengan orang lain selain suami aku sahaja.. Homesick ke apa ni. haha. ok bye
No comments:
Post a Comment