Monday, May 23, 2011

pineapple upside down

Enti khas untuk hasanah yang sedang berkira2 nak jual kuih.
Kuih ni dibuat susulan dari terliur lepas tengok Bree masak dalam cerita desperate housewives dan gambar dalam facebook farah.
Jadiklah...jadikkk!!!!
hehehe...

resepi diambil dari joyofbaking.com. siap ade video lagi.
akan tetapi, SILA KURANGKAN SUKATAN GULA BELIAU.
Manis amat sampai sakit kepala dibuatnya.

ni dia ni dia....senang...xyah sukat2 pakai penimbang tu..



bahan topping
-1/4 cwn (50g) butter
-1/2 cwn brown sugar (100g)
-nenas, potong bulat2 dan buang tengah dia.
-ceri

bahan batter
-1 1/2 cwn tepung gandum (195g)
-2 sk baking powder
-1/4 sk garam
-1/2 cwn butter (suhu bilik)
-3/4 atau 1/2 cwn gula kastor (ikut manis. 1 cawan terlalu manis)
-1sk esen vanila
-2 biji telr gred A (asingkan putih dan kuningnya)
-1/2 cwn susu
-1/4 sk cream of tartar

cara buat topping
1. susun hirisan nenas dalam loyang yang dah disapu butter gris
2. Dalam kuali lain, panaskan brown sugar+ butter dengan api kecil sampai berbuih dan hancur semua gula. 
3. tuang dalam loyang yang ada nenas.ketepikan

cara buat batter
1. preheat oven pada suhu 170 *c
2. ayak tepung gandum+ garam+ baking powder (ceq skip step ni. malas)
3. pukul butter dan gula sampai kembang
4. masukkan telur satu persatu,pukul lagi
5. masukan tepung dan susu sedikit demi sedikit secara berselang seli.

6. dalam mangkuk lain, pukul putih telur dan cream of tartar sampai kembang
7. gaulkan dalam mangkuk batter sampai sebati.
8.curah atas loyang nenas.
9.bakar 45 minit
10. lepas keluarkan dari oven, biar 10 minit, potong kek tepi2 loyang. terbalik atas pinggan.




pssst~ alfatihah buat mangsa tanah tuntuh hulu langat
-tengah posting kat conso department. yang tampal2 gigi tu..

No comments: