Tuesday, December 28, 2010

mandi limau nipis


Sejak oktober lepas saya dah mula mengamalkan mandi air limau nipis.
cara2nya:
Perah 3 biji air limau nipis kedalam sebaldi atau segayung air,
kemudian bacakan al fatihah sebanyak 7 kali dan hembuskan pada air,
mandi dan ratakan seluruh badan.

Petua ni saya dapat dari ustaz kazim dalam ceramahnya yang bertajuk "digigit jin". Kalaupun bukan sebab digigit jin apa salahnya  mencuba kan. Mandi air limau nipis atau limau purut di galakkan mak untuk kesihatan cuma tak pernah dibacakan apa2.
Alhamdulillah berikut adalah tanda2 perubahan yang mula saya nampak secara agak obvious

1. Sejak dari kecil selalu terdapat kesan2 lebam sebesar duit syiling di paha yang tidak dikatahui sebabnya dan tidak menyakitkan setiap kali bangun tidur. Ianya berterusan sampai saya besar. Kalau 1 lebam dah baik, besoknya muncul lagi yang lain. Selepas saya mula amalkan, even sejak mula kali pertama mandi, lebam2 sudah tidak kelihatan
2. Baran dan rasa cepat nak naik darah juga mula dapat dikawal. Kalau dahulu saya cepat geram dalam situasi2 kecil. Nak marah aja rasanya

3. Period cycle mula teratur sedikir demi sedikit. jika dulu, saya mengalami bleeding in between period cycle. Around ovulation date.sehingga saya musykil ia adalah menstruation atau tidak, ragu2 kena solat atau tidak. Suka2 hati timing dia nak mai

4. Selepas beberapa ketika saya juga dapati amat susah untuk beri tumpuan semasa solat dan rasa sangat2 berat untuk mengerjakannya.Begitu juga semasa belajar, nak cari courage untuk bukak buku tu rasa macam nak kena daki gunung everest, malas yang amat. dan saya cepat lupa apa yang saya baca. Sekarang alhamdulillah. lebih tumpuan.


5. Rimas dikelilingi orang. Rasa nak cepat2 peruk diri dalam bilik sorang2.

6. Rasa terlalu cepat letih dan lenguh satu badan walaupun tak buat apa2 pun berkurangan. Saya rasa lebih segar.

7. Setiap tidur saya pasti akan diselitkan dengan mimpi. Otak banyak berfikir lah kan. Tapi selalunya selepas 3 ciri di atas appear, pattern mimpi saya akan menjadi pelik. Lebih kepada menakutkan. Dan saya akan terjaga dari tidur akibat sakit kepala yang amat sangat secara tiba2. Pernah juga mimpi berborak dengan arwah moyang khemah yang menanyakan sama ada saya mahu terima belaan saka harimaunya atau tidak.sekarang tiada mimpi pelik lagi.

8. Kemuncak pada semua simptom di atas, saya akan sakit dada tanpa diketahui sebabnya. Sakit sentiasa masa menarik dan menghembus nafas. Sakit amat sampai rasa macam ada paru2 berair ke apa. berterusan upto 1-2 weeks. nak buat apa pun xjadi kerja.

biasanya saya amalkan sebulan 1-2 kali. kalau nampak simptom2 mula appear, saya mandi.

~limau nipis biasa digunakan oleh pengamal perubatan, dipercayai boleh meneutralkan bisa2 ilmu sihir dll. Saya bukanlah seorang yang percaya sangat pada benda2 mistik ni. Perihal ghaib kita wajib percaya. cuma saya xda nak percaya sangat ia sedang lekat. Amalan mandi air limau ni lebih kepada kesihatan pada saya. Dan sejujurnya inilah effect yang saya alami sendiri. Kita hanya mampu berusaha, dan yang memberi kesembuhan itu adalah dari ALLAH S.W.T jua.

wassalam

12 comments:

Anonymous said...

Kita hanya mampu berusaha, dan yang memberi kesembuhan itu adalah dari ALLAH S.W.T jua.ye. betul.

MomoN said...

anyway, bleeding time ovulation is physiological not pathological.

Unknown said...

yey normal. bleeding tu kene on the dot pada ovulation date atau pun mcm kes ak, de suka2 4-5 hari around ovulate date. pastu stop pastu mai lagi 2-3 hari. stop mai stop mai mcm orang men hand break,sampai la exact period time yang sebenar

norinaomar said...

saya pun dah amalkan mandi limau ni,saja nak freshkan badan ..nak nak lagi saya nak kawen hujung tahun ni..yang bestnya tunang saya pun buat jugak mandi limau ni..apa yang saya dapat,saya lebih rileks,kurang nak rasa marah2..lebam2 tu pun dah takde..lagi satu selain dari mandi limau,jangan tido lepas asar,tu yang saya amalkan sekarang..

ahkak said...

salam..
saya baru start mandi limau ni semlm..selalu ada lebam2 dari zmn anak dara sampai sekrg dah beranak-pinak...
Wan masih ada lebam2 tu?

Unknown said...

norina: betul2, sy perasan tiap kali tdo lepas asar mesti ade lebam2 kat peha. still finding info kalau ada penjelasan tru medical point of view.

ahkak: yup sy amalkan, amazingly bleeding problem tu stop lepas beberp kali sy mandi, lebam2 pun dah x da, unexplain migrain in the middle of sleep hilang.
kemudian lepas 3 bulan amalkan sy stop. sbb nk try relate betulke sbb mndi ni boleh hilangkan penyakit tu (dengan izin Allah jugak kan). sebulan lepas sy stop, all the symptoms datang balik sikit demi sikit. until baru2 ni sy mandi, its gone. alhamdulillah. dulu penah jumpa ustaz berubat, kata beliau biasanya syaitan suka tumpang badan lebih2 lagi yang tengah belajar, sampai tahap lama2 dia akan sedut darah dari kita sebagai makanan, sampai tahap jumpa jodoh,macam2 masalah akan timbul, selalu rasa benci, menyampah bagai. wallahualam, ini penjelasan seorang ustaz dari sudut agama. im still finding penjelasan dari pandangan sains, or is it just my psychologic problem ke. manalah tau kan

ahkak said...

Maksud wan, all the symptom tu termasuk lebam2 dtg balik bila wan stop mandi ye...?

Unknown said...

few month lepas stop mandi simptom mai berperingkat2. exactly like the first time dulu. Kalau dulu sy igtkan myb sebab mase tu musim panas, tapi skang musim hujan. so that causes is eliminated. then igtkan sebab stress exam. tapi again sy kene selepas exam, mase exam tu elok plak. 2nd hypotesis is again eliminated.
start dengan lebam2 kat peha lepas bgn tdo,then period tak teratur, mimpi ular, baby , mimpi kene rogol dgn smtg n semua yang menakutkan (sy takut nak tdo) nanti bgn sy rs down sgt. time nak solat n ngaji sy jadi ngntuk teramat2, sepanjang solat sy menguap.sampai tertido kat sejadah. tp in between solat sy xngntuk.rs ada orang perhati, belakang sgt lenguh all the time.. bila mkin teruk, sy kena sakit kepala yang teruk masa tengah tido. then bbrp lama lepas tu sakit dada yag berterusan dalam seminggu dua. entahla..sy sendiri masih tak percaya benda2 ni. tapi like i said, the same simptom ikut turutan yang sama...went to see doc regarding the chest pain, doc said im perfectly fine. sy amalkan pemakanan sihat, junk food etc sy x makan dah. bersenam pun sy buat kat bilik jelah. madu makan hari2. But 1 think i did realize, bila sy mandi limau lepas 1 lebam appear, chances untuk dapat lebam lain lepas tu reduces (selalu lepas 1 lebam baik, lebam lain pulak muncul), n bleeding in between period tu stop. tapi lepas beberapa lama lepas tu kena balik. means sy kena berterusan mandi limau ni, myb 2 kali seminggu. Oh ye, there's big difference bila sy guna fresh limau nipis n limau yang dah coklat lisut.ni tru my observationlah. terpulang orang nak percaya atau tak.sy cume ceritakan melalui pengalaman dan pengamatan sy. bagi sapa2 yang ada lagi tips untuk bantu sy hadapi masalah ni sy sgt2 alu2kan dan berterima kasih. setakat apa yang sy mampu lakukan skarang, itu yang sy juga bukak bacaan quran rukhyahsyar iyah tiap kalu masa tdo untuk elak sentapan sakit kepala tu.
Ahkak punya problem macam mana? getting better?

ahkak said...

Salam wan, thks for sharing. Sebenarnya hal lebam ni dh lama kena since anak dara. Then akak pindah rumah dh dkt sethn lebih, sepjg duduk rumah baru ni tk penah lebam2 dah sampai la bulan 4 hari tu hubby outstation. Sati pagi tu, bgn tido lebam hitam blkg betis. Terkejut sgt sbb dah lama tk kena..tup2 time hubby xde, akak kena lebam tu. Sgtla takut. Since lebam tu, akak start rs letih sgt...nafas termengah2 mcm tk cukup oksigen even tak buat apa2..time tu suka tido lps balik kerja, which is after asar la kan. Tido mimpi baby jugak..pun mcm wan smpi jd phobia nak tido sbb tkt dpt lebam bila bgn, rs down sgt tau kalau ada. Sampai jumpa blog wan, akak cuba. Alhamdulillah, lps mandi problem mengah sesak dada tu hilang sampai hari ni..syukur pd Allah..lebam pun dh kurang mcm wan... Not completely gone, kalau ada pun yg kecik..tp at least lebam tk b'smbg antara 1 sama lain. Kita usaha ye wan...semua dugaan..semoga kita sihat selalu. Thks a lot for sharing this info....

Unknown said...

insyaallah, thanks to ahkak for your sharing n courage,
ada masa kadang2 rasa give up jugak, sampai bila kan.
Masalah sangat malas + tak da dorongan semangat dari sesiapa boleh buat diri jadi malas dah nak usaha. tapi nanti makin menjadi2 pulak.
Beruntung kalau dapat suami yang sabar, faham n sama2 nak bantu selesaikan . harap2 nanti dapat jodoh macam tu, hehehehe....thanks again. wassalam

Anonymous said...

saya dah go tru audio ustaz kazim tue...
yag saya faham:
3 biji buah limau..masa potong baca 7x alfatihah
masuk dalam sebaldi air
buat 7 hari berturut-turut selepas asar agak-agak dalam pukul 6.30pm..jngan buat time maghrib dan malam

Lela Berduka said...

Baru2 ni sy dpt penemuan baru iaitu terapi limau garam.. Fungsi nya lebih kurang sama cuma ia diletakkan dlm bekas bersama2 dan letakkan dlm penjuru rumah.. Keesokkan hari boleh rasai perbezaannya... So,rumah pun kena 'cuci' jugak.