Friday, July 1, 2016

PENGALAMAN BUANG ENDOMETRIOSIS & SERIK TAK BERPANTANG BETUL-BETUL



Mak oih! dah berhabuk blog ni, Last entri pun tahun 2012 masa kat India lagi.hahaha.. Tapi tak apalah, tujuan entri ini supaya setiap catatan pengalaman ini kelak dapat aku imbas kembali bila dah tua nanti,

Anyway, latest update, aku baru lepas kena bedah buat kali kedua. Sayangnya pengalaman bedah kali pertama untuk buang appendik masa kat India tidak diabadikan di sini. Sekarang sel-sel otak dah kurang bersambung, jadi sudah lupa...sayang betul..



Berbalik pada cerita utama, sebenarnya aku call untuk dapatkan appointment dengan Dr Hamid Arshat (Pakar Sakit Puan yang terkenal tuuuu..) sejak dari bulan November 2015 lagi. Tarikh diberi untuk perjumpaan sesi pertama adalah pada 25 Mei 2016. Punyalah lama kan. Klinik beliau letaknya di Damansara dekat sangat dengan Pusat Sains Negara. Pertemuan kali pertama berlangsung tak lama. Mula-mula daftar, timbang berat (42.9 kg), ambil tekanan darah dan terus ikut doktor wanita buat vaginal ultrasound. Kemudian dia print gambar dan suruh tunggu di luar sementara dipanggil bertemu Dr Hamid Arshat.  Tak lama kemudian kami suami isteri dipanggil mengadap doktor pakar yang berumur 71 tahun ini. Kat pintu beliau tertulis 'Datuk Dr Hamid Arshat.' Prof pun ye jugak dia ni.

"Nak panggil apa bang?". Sempat aku berbisik sebelum melangkah masuk. Gementar pula jumpa Datuk.

"kena panggil Datuklah" jawab suami aku.

Mujurlah orangnya sangat mesra dan friendly, Cara dia terang dan lukis sampaikan suami aku yang duk dalam bidang engineering pun boleh faham. Yang aku kagum, dengan hanya tengok gambar print ultrasound aku tu je dia boleh nampak aku punya endometriosis dah tebal .Sekali gus menjawab persoalan kenapa period pain aku makin lama makin sakit berhari-hari sampaikan perut pun dah bocor dek pengambilan ponstan yang kerap. Padahal dah 4 orang pakar O&G sebelum ni aku pergi, kat PPUPM, PPUKM, Hosp Serdang dan Banting.. Semua cuma nampak retroverted, tiada cyst , tiada endometriosis. Dr Hamid terangkan wanita yang punya retroverted uterus ni selalunya akan ada back flow of menses. Dalam erti kata lain darah haid tak keluar habis. Kalau ikut body physiology, sepatutnya gumpalan darah tu akan hilang atau diserap oleh tindakan imuniti badan.. Tapi bila banyak sangat dan asyik di topup setiap bulan maka ia tak dapat disembuhkan oleh sistem imuniti badan.. Gumpalan darah inilah juga yang menjadi racun kepada sel telur dan sperma. Thats why prosedur IUI di PPUPM dulu tak berhasil kot. Sperma mati diracun di medan perang.haha..Beliau suggest buat mini laparoscopy to remove endometriosis dan kemudian betulkan terus rahim retroverted tu. Aku terus setuju. Dah fobia sangat tetiap bulan sakit senggugut yang melampau sampai 3-4 hari. At least hilang sakit pun jadila. Tarikh ditetapkan pada 29 Jun 2016, seminggu sebelum raya. Kiranya operate masa bulan puasalah. Harga pun dia bagitau siap2. Lebih kurang RM7500 . Kalau nak guna insuran boleh juga, dia akan buat di hospital Pantai, tapi aku tak sanggup sebab kena que balik untuk bedah pada awal tahun 2017, kitorang pun dah nak pindah Perlis tak lama lagi. Pejam mata ajalah. Bil sesi konsultasi pada hari itu dan vitamin E serta obimin adalah sebanyak rm 300

Tapi seminggu lepas tu dia call balik, masa ni kami balik Kedah sempena menyambut awal puasa. Tarikh operate perlu ditunda atau di awalkan kepada 15 Jun 2016 sebab doktor biusnya mahu menunaikan umrah. Aku minta diawalkan. Buat pengetahuan semua, semua sesi pembedahan hanya dilakukan pada hari Rabu sahaja. Seminggu ja lagi, Dalam sedia tak sedia aku optimiskan diri saja.

"alah, pergi sana, bius, tak sedar, bedah, sedar, makan ubat tahan sakit, dua tiga hari baiklah.Lagi best nanti dapat MC sebulan".

 huhuhu...ayat saiko diri sendiri. Aku over confident dengan diri sendiri sebenarnya sebab ingat bedah tu macam buang katarak aja dan kononnya aku ni kuat dan lasak. Kononnyalah. Siap kau nanti.

Hari Ahad, 3 hari sebelum bedah, Klinik Dr Hamid call suruh aku prepare sebelum bedah. Kena puasa jam 12 malam, tak boleh makan dan minum, beli Enema di farmasi terdekat dan pakai jam 8 malam  sebelum pembedahan. Ingatkan ape bendelah Enema ni, rupanya sejenis cecair 10ml yang perlu dipicit ke dalam dubur bagi mengosongkan segala isi perut.

"you kena mengiring then minta tolong your husband picitkan, dalam 10 minit macam tu mesti rasa nak pergi tandas" terang si pharmacist. Aku angguk, Malunya nak kena buat benda ni.

Pharmacist tu tipu weh. Bukan sepuluh minit, tapi tak sampai beberapa saat perut aku dah sakit memulas-mulas macam kena diarrhea teruk masa kat India dulu. Tobat tak mau pakai dah benda ni. Rasanya sungguh syahdu menggamit perasaan sewaktu berada di bumi India dulu.huhuhu..

Tibanya hari kejadian, kami sampai awal jam 8 pagi. Ada 3 orang untuk dibedah pada hari itu. Giliran aku nombor 2. Masa aku dipanggil untuk sign borang kebenaran bedah, pesakit pertama dah pun masuk. Dekat jam 10 pagi depa panggil aku suruh pakai gaun bedah, babai2 dengan suami kejap kemudian aku berjalan naik sendiri atas katil bedah. Yelah dah klinik pun dekat lot kedai maka ruang wad tak besar dan ruang bedah tak jauh, berapa tapak aja dah sampai. tak perlu la imagine diusung dengan troli atau wheel chair bagai. haha...satu pengalaman baru. Sesi briefing dengan doktor bius pun tak ada macam yang selalu aku nampak masa ikut ward round kat hospital. Tup-tup baring terus atas meja bedah dan dibius, Terus tak sedar diri. Settle. Macam sembelih ayam pulak rasa...hahaha. Tapi bagus, they keep it simple, discard segala prosedur yang membuang masa.

Aku sedar lebih kurang 3 petang. Sementara nak tunggu waktu melawat jam 4.30 petang - 8 malam tu lama lagi, lalu aku sambung tidur. tak ada rasa sakit cuma lemah seluruh badan. Kembung semacam.Air milo dan roti tak berjamah. Jam 4.30 petang cinta hati sampai, Beliau cerita lebih kurang jam 11 pagi aku dah keluar dari dewan bedah dan dia cuma ddibenarkan tengok selama 5 minit sahaja. Kemudian dia dan abang ipar sulung aku jumpa Dr Hamid untuk sedikit sesi penerangan. Dr hamid kata endomettiosis aku dah stage 2. Next day jam 10 pagi baru boleh discharge. Petang tersebut sekali lagi diberi makan roti dan milo yang mana telah aku muntahkan tidak lama selepas itu. Mujur nurse tak marah sebab kena tukar segala baju dan cadar yang dah terkena lambakan muntah. They are so sweet, Siap sapukan minyak angin kat kaki lagi untuk tolong redakan rasa kembung. Suami aku? malam tu layan Euro kat kedai mamak  sampai pagi kat bawah klinik tersebut dan kemudian tidur dalam kereta saja katanya. Allah..kesiannya. Next day hari Khamis jam 10 pagi aku pun pulang ke Banting setelah menjelaskan baki bayaran sebanyak rm 1000 lagi. Rupanya total bil hanya RM 7000. Alhamdulillah jimat 500.

Hari Jumaat family aku mai rumah berbuka puasa, Mak bawa berkilo-kilo ikan haruan untuk dimakan sepanjang berpantang. Sempat lagi mak ajak ikut balik Melaka untuk berpantang di sana, makcik pun mesej suruh pantang di kampung tapi entahlah, aku selesa dan yakin lagi kalau suami aku jaga biarpun dia kata dia tak pandai masak. On day two, dia try masakkan kan aku bubur nasi, lepastu keluar dari dapur dengan muka cuak.

"Napa bubur ni jadi nasik ayaq yang?"

Hahaha comel. Memanglah sebab masak guna beras basmathi..kekeke.. tak apalah boleh perah airnya..dan telan nasi tu. Lepas massak dua kali baru hancur sikit.
Tapi bab2 penjagaan suami aku ni  memang tip top macam nurse. Always available 24/7. Stokin pun dia sarungkan, lapkan badan sebab 3 hari tak mandi..hahaha..Dapatlah mengada sikit. Kalau balik kampung nanti aku tak gamak nak panggil mak banyak kali minta dipapah dan sebagainya. Bilik pun jauh dari tandas dan bilik mak. Tulah sapa suruh rumah panjang sangat. Sabtu dan Ahad family along dan banglang datang melawat siap masak dan bawakan lauk sekali. So sweet of them. Terharulah ramai orang care. Suami pun tak payah pening kepala masak hari tu. Along ajar suami resepi simple mikrowave tapi sedap. Laok yang dia masak haritu pun bukan main lagi aku dan suami yang makan. Malamnya dapat ikut jalan-jalan sekejap ke kilang kerepek. Kaklang pula bawa macam-macam lauk berbuka on the next day. Isk isk isk...terima kasih diucapkan. Lepas dari itu, pagi-pagi lagi lepas sahur aku dah dengar suami aku menumbuk di dapur. 1st attempt dia masak tu...dengan muka berseri-seri dia sua laok ikan haruan resepi along depan muka aku, tunggu aku rasa. haha..Secubit aku makan. Eh sedap pulak, masin semua elok. Dalam hati terkagum sekejap. Pandai jugak laki aku masak. Ingatkan dia akan terlupa bubuh garam. Almaklum tak pernah masak.kikiki





Bab pantang pula aku ada 2 mazhab. Kalau ikut mazhab perubatan, mana ada pantang2 makan ni. Makan je apapun asal berkhasiat. Kalau ikut mazhab orang tua-tua ada makanan berangin, gatal dan sebagainya. 5 hari pertama memang teruk, angin dalam badan bergerak-gerak, sat kat perut, bila kat dada aku tak boleh napas, kemudian p kat bahu. Bisanye tuhan aja yang tahu. Semua sakit yang ada jadi exaggerated. Gastrik yang selama ini suam2 kuku jadi teruk sangat sampai perut rasa pedih sentiasa.Mulut penuh ulser dan tiba2 tonsilitis menyerang. Batuk, bersin, tersedak jangan cakaplah...memang fobia, macam nak teburai balik isi perut dibuatnya.

"Lepas 7 hari kompom baik ni..dah boleh buat macam-macam dan makan macam-macam". Aku yakinkan diri sorang2. Lepas seminggu aku dah tak boleh tahan dah nafsu makan. Rupanya tempat luka masih sakit. Telahan aku salah.. tapi aku dah masak macam-macam ikut selera tekak sendiri. Ikan haruan dibuat masak cili api, kambing diperap buat stick lah, hehehe..masa ni aku pakai mazhab doktor pulak. Rasanya dah tak da apa dah. 21 Jun (Selasa) kami ke Flat Taman Samudera Batu Caves sebab suami dah ada appointment mengurut tulang belakang dengan Ustaz Hassan, pawang yang duk viral kat FB sekarang ni sebab kononnya dah ramai wanita mengandung lepas jumpa beliau. Nanti akan aku ceritakan pengalaman ini pula.. Lepas mengurut suami ajak aku ke Jalan Tar untuk tengok suasana orang shopping raya. Baru sebentar masuk ke perut pasar malamnya kami dah keluar. Tak sanggup dengan jammed ramainya orang, bau rokok dan sebagainya. Sistem immune badan pun masih lemah..tak mustahil aku  boleh kaut macam-macam penyakit dari situ nanti. Akhirnya kami hanya jalan di tepian, beli baju sehelai dan pulang.

27 Jun 2016 (isnin) aku pergi buang benang. Kesian lagi dengan encik suami yang tengah super serabut dengan tesis beliau di samping nak kena jaga aku yang suka mengacau. Macam-macam alasan aku bagi untuk tangguh dihantar pulang ke kampung last-;ast semalam kena balik la juga. Period datang seperti biasa mengikut jadual, ingatkan tak mai  sebab haritu dr buat D&C sekali dan aku expect tak sakit dah kut seperti bulan sebelum ni. Lagi sekali aku silap, Semalam aku sakit luar biasa, rasa sejuk teramat walaupun dah pakai bantal panas bawah kaki. Rasa macam buh ais kat situ.
Sah! aku dah bentan ni....getus hati. Tulah over confident sangat dah baik, kan dah 2 minggu post op. Malam sebelumnya dekat separuh jug aku bedal air mata kucing ais. Sedap punya pasal...sekarang padan muka. Rasa sakit azab sangat sampai menggigil berpeluh satu badan tapi elok pulak aku tak pengsan walaupun teringin supaya tak sakit. Mesej kakak. Mak mertua suruh makan panadol, mak suruh zikir banyak2. Aku telan 2 biji, pakai stokin balik, selubung 1 badan terus tidur. Malam baru rasa ok sikit. Tapi la ni sakit tak hilang lagi sebenarnya. Sama macam first 5 days operate dulu. Cirit, birit, gastrik teruk, badan berangin, tak leh sejuk dsb. Back to square one....Maka dengan ini taubatlah aku sepenuhnya..akan berpantang betul-betul sampai sembuh. Lagipun duduk dengan mak aku memang kena bebel kalau makan sebarangan. Baru disiplin sikit. So konklusi di sini sapa kata pantang orang tua-tua ni tak ada kesannya? Dah rasa sendiri baru tau keberkesanannya. Tak semua doktor tahu walau depa percaya pantang ini mengarut.
Ok semoga diri ini cepat sembuh, Insyaallah kalau Allah bagi rezeki anak nanti aku tak mau pantang dengan orang lain selain suami aku sahaja.. Homesick ke apa ni. haha. ok bye

Tuesday, June 12, 2012

rokok

entah apelah yang sedap sangat rokok pade pandangan mata si porokok tegar.
nak kata ada rasa KFC ke, xde lah pulak.
dah lah sekotak rm 10.
sehari habis barang sekotak minimum!
aku rase rokok ni untuk orang2 kaye yang dah tak tahu mana nak buang duet je.
ha itu baru sesuai buat makanan snek mereka.
tapi untuk orang biasa2..kena guna duet gaji beli rokok.
itu ok lagi kut. at least mereka masih pakai duet sendiri
dan asalkan anak isteri masih cukup pakai. tak cuit sedikitpun dari perbelanjaan keluarga.
tapi untuk orang yang tak berduet tapi berlagak macam byk duet untuk dibakar aku hangin.
hal yang utama pergi lah selesaikan dulu, utamakan ang wajib dari rokok tu.
esok mati nak bawak beban ke.
kalau boleh bawak rokok tu dalam kubur lain cerita.
nak berhenti setiap tahun.
cuma menipu diri sendiri.
kalau x ada langsung usaha azam nk berubah.
sama saja sikap diorang ni..
bagi mereka, depa x kacau orang. pakai duet sndiri.
yakin ke die tu tak usik orang?
bagi bahana dekat orang sikit sehari demi sehari tu apa kes?
sendiri mau fikir, sendiri sudah fikir, sendiri asik fikir, tapi saja tak mahu ambil kisah kan.
ketuk kepala tanya otak.
toink!

Saturday, May 26, 2012

Grads! happy belated birthday!

Alhamdulillah penantian selama 4 tahun 8 bulan sudahpun membuahkan hasilnya. Ok lepas ni ada lagi 4 bulan berbaki untuk aku terus bersabar meneruskan kehidupan di bumi masala. Menghitung hari untuk menyambut Ramadhan dan Eidulfitri yang terakhir. Maaf encik katang kerana enggak bisa berpuasa dan beraya buat pertama kali sebagai suami isteri pada tahun ini. Berkorban sikit..;)
Entri ini agak lewat memandangkan grad day aku telahpun berlalu pada 18.5.12. Ianya agak suram kalau nak dibandingkan dengan grad day budak2 medic pada minggu sebelumnya. Bak majlis kahwin dibandingkan dengan majlis tahlil. Tapi tak kisahlah...aku tetap senyum sampai telinga sebab encik katang ada di sisi. Sejambak bunga ros pemberian encik katang telahpun selamat dibuat mandi bunga..
Teori aku, kalau keringkan bunga tu lepas tu simpan...lama2 akan dibuang juga kan?
encik katang


Oh! pada hari yang sama juga adalah merupakan birthday Alawi yang sudah tingkatan 3 itu. All the best untuk PMR, belajar rajin2. Takmau main makwe2. Aim untuk 9 As ok.
Nah kucen comel sebagai hadiah.







ps~ majlis kenduri kami akan ditangguhkan disebabkan beberapa kekangan. Harap maklum pada sesiapa yang telah dimaklumkan pada bulan sebelum ini.

wassalam










Wednesday, May 16, 2012

selamat hari guru ;)

Special dedikasi buat guru-guru Malaysia terutamanya cikgu taski ABIM, SKT, STF, KMJ, TAYLORs COLLEGE, MCODS. Dan paling isimewa sekali untuk guru yang banyak mengajar tentang kehidupan CIKGU BARI & CIKGU SALMI.
Masa kat sekolah dulu, tiap2 kali hari guru pasti kite dapat lihat cikgu menyanyi lagu kat bawah ni kan?
Tiap2 kali itu jugalah aku membayangkan macam manalah gaya mak ngan baba menyanyi. hehehe
Tapi sambutan hari guru memang the best sebab dapat tengok student buat persembahan dan kelas semua cancel.;)




Bagi yang tidak tahu, Hari Guru disambut buat pertama kalinya di Malaysia pada 16 Mei 1956.
Tema pada tahun ini pula adalah ` GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA`.

Fuhh! panjang betul tema...diharapkan guru2 terus inovatif serta terus menghasilkan murid2 yang kreatif dan ikhlas mendidik anak bangsa.
wassalam

Sunday, May 13, 2012

nikah kahwin itu mudah?

Assalamualaikum wbt,
sudah berhabuk nampaknya blog ni. huk huk! batuk cikit.
Ikon2 blog pun dah banyak berubah sampai kekok jadinya.
Dek kerana sekarang musim adik2 aku sedang galak memikirkan soal berkahwin,
ingin sekali aku kongsikan sedikit sedutan ceramah UAI yang penuh manfaat ni.
Kahwin itu mudah?
Benarkah?
Adakah ianya masih relevan di zaman tekno dan serba moden sekarang?
Adakah masih wujud insan yang mahukan perkahwinan simple pada hari ini?
Lebih2 lagi di pihak perempuan, pasti mengimpikan sebuah majlis yang gilang gemilang,
pelamin cantik, makeup cantik, fotografi profesional, makanan sedap, doorgift, kad comel dsb kan?
Dan semuanya pasti memerlukan ongkos yang besarrr sekali. Paling minimum bisa mencedah 20k mungkin.
Ape2 pun kite layan dulu video ni.



Dari video ini dapat aku simpulkan, dalam proses nikah kahwin ini bergantung kepada kedua2 belah pihak lelaki dan perempuan. bak kata pepatah `nak mudah, maka mudahlah jadinya, nak payah, jadilah ia payah`.

Mengimbau kembali rentetan kisah2 sebelum hari bersejarah aku 2.9.11,bermula dari menghadiri kenduri kahwin sepupu suamiku di Melaka, dia terus membawa keluarganya untuk berziarah keluargaku. Sesi suai kenal dan beramah mesra diadakan tanpa kehadiran ku yang masih bertungkus lumus untuk persiapan periksa tahun akhir di India.

Aku kira itu adalah sesi merisik, tak perlu cincin tanda, cukup untuk keluargaku kenal suami dan keluarganya kenal aku. Ianya berjalan lancar, kata emak ibu mertuaku peramah orangnya, serasi nak borak pasal ayam, itik, pokok2, dsb..

Selebihnya emak dan ibu mertua banyak berhubungan di telefon. Memandangkan jarak yang jauh antara rumah kami. Mereka sepakat untuk skip proses pertunangan. Terus ke pernikahan. Lagipun aku dan suami dah lama kenal, kira dah tunanglah tu, majlis tunang itu semua adat sahaja. Jadi lepas je aku habis last exam paper, emak call bagitahu aku akan bernikah dalam masa sebulan. Emak, baba, makcik2, dan adik2 banyak membantu.

Dalam masa sebulan itu juga kami menghadiri kursus kahwin dan prepare semua hal2 perkahwinan. Baju nikah, aku guna gaun yang pernah dibeli di bandung, makeup adik aku yg tak pernah makeup diri sendiri tu ada, makcik2 pun ada untuk beri pandangan. hantaran? aku dan suami setuju untuk bagi makanan, buah, buku, kain. siap. Kemudian ada orang tanya pasal sirih junjung, aku call tanya suami perlukah semua itu, ibu mertuaku kata tak payah, emak pun kata tak payah. ok mudah. proceed terus ke majlis pernikahan yang serba ringkas tapi meriah sesama kami keluarga besar. Alhamdulillah. Peranan besar emak dan ibu mertua yang saling mudah memudahkan banyak membantu ke arah kelancaran majlis.

Perkara wajib sudah kami selesaikan. Mudah dan berkat  insyaallah. Aku bahagia di samping suami yang banyak mamahami, punya keluarga mertua yang ikhlas menegur dan mengajar aku. Tidak seperti kisah2 dalam ruang keluarga Utusan yang selalu aku baca, juga bahagia di samping keluarga yang banyak support. Aku cuba hidup dengan acuan suamiku  untuk hidup secara lebih simple. Katanya, kalau ada buat cara ada, kalau tak ada buat cara tak ada. insyaallah kami tak mahu membebankan keluarga dan terikat dengan pinjaman2 bank dsb. Aku doakan juga proses adik2 yang menurut jejak langkahku turut dipermudahkan.

Sempena hari ibu pada hari ini, ingin sekali aku ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada dua insan yang amat aku kasihi..emak..puan salmi dan juga ibu mertuaku puan siyah. semoga sentiasa dalam rahmat Allah.mmmmuuahhh!!!!!!!!


Thursday, January 12, 2012

moga berbahagia di sana. Al fatihah

Sebelum mula bicara saya ingin mengajak pembaca menyedekahkan al fatihah buat suami sepupu rapat emak saya, arwah abg apit yang merupakan suami kepada maklong N, menantu pada nenek saodah.
Berita pemergian arwah agak mengejutkan saya di pagi posting tatkala tercari2 doktor yang merawat. Perginya beliau ketika di usia yang masih muda dalam keadaan yang mengejut. Allayarham meningalkan seorang balu dan 2 orang anak yang masih kecil.
Benarlah kata suami saya, Orang yang baik2 selalu dijemput dahulu dan perginya mudah sekali, tidak membebankan orang dengan sakit yang bermacam. Walaupun jarang berbual dan berjumpa, sepanjang perkenalan saya dengan arwah dan isteri, beliau merupakan seorang yang amat tenang, peramah, rajin, baik dengan anak2, ringan tulang membantu isteri, tak pernah sekali saya nampak wajahnya berkerut. Arwah merupakan menantu yang taat dan menjadi contoh teladan buat adik2 iparnya. Moga berbahagia di sana hendaknya.
Saya doakankan semoga Maklong N sekeluarga kuat dan tabah menghadapi dugaan. Ada secebis cerita yang menjadi inspirasi saya sejak zaman anak dara lagi. REDHA..susah digapai, tapi tinggi nilainya.

Ucaplah tahniah atas kematian isteriku

On 08/04/2011, in Islam, by syahirul
Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera. Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anaknya.
Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli keluarga, saudara-mara dan kaum kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.
Namun demikian, sebelum sempat sesiapa pun berkata-kata, si suami telah berkata, “Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini.” Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu. Si suami meneruskan kata-katanya, “Demi Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkanNya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.
Maha Suci Allah Ta’ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa baik yang dilakukannya kepada diriku.
Apabila dia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi Muhammad S.A.W: ‘Mana-mana wanita yang meninggal dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam syurga’. Tatkala meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: Wahai Tuhanku, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia. Ku ulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.
Ketahuilah kalian, sesungguhnya aku di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini. Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteriku telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya. Semoga Allah Ta’ala menerima isteriku dengan keredhaanNya.”


ps~ mak, baba , pak kalid dalam perjalanan ke kedah.semoga selamat sampai.

Petang ni saye kene masuk ward, minimum 5 hari katenye doc sebab buah pinggang dah kena efek. Ubat makan dah x jalan,jadi kene masuk IV..Saye lari kejap dari hosp sebab nak ambil barang2. Karang nak kena buat ultrasound, amik darah, ujian air kencing bagai. Oh malasnye.. Rase bersalah juge kalau saye terpaksa menyusahkan kawan2 yang menjaga lagi. Oleh itu jagalah kesihatan anda, jangan ambil enteng pada perkara2 remeh dan perubahan pada diri. Saya biarkan sakit pinggang dan demam berlarutan sebab ingatkan tergeliat je. hehe... moga sakit ini menjadi kifarah dosa. Sorry incik suami sebab isterimu ini banyak benor buat incik suami risau. But no worries, saya pasti akan sembuh. Insyaallah ;)

Buat sahabat. saya menangis tapi saya juga berbahagia untuk kamu. Alhamdulillah. Moga kekal ke syurga hendaknya

wassalam

Thursday, December 22, 2011

Wednesday, December 21, 2011

ini kisahnya




ps: beza anak mak yang dulu dan sekarang. Belum cukup baik tp mahu mnjadi lebih baik dan baik. teruskan doakan kaklong

Monday, December 19, 2011

cahaya hati

ingin sekali mengulang masa
ingin sekali mengulang tawa
ingin sekali menghilang duka
ingin sekali bercerita
dulu kini takkan sama
bak dahulu kala
bak si kecil tak berdosa
berlarian ke sini sana
bagai dunia dia yang punya
rasa jahil mencengkam jiwa
jauh sekali dari yang Esa
hanya Allah tempat berdoa
memohon hidayah memohon taqwa
agar tahu diri siapa
di mana tempat di mana berada
moga  menjadi hamba berjasa
pada keluarga, agama dan bangsa
sebelum dicabut nyawa
yang kini hanya menanti masa
menangis dalam hati, orang lain tak tahu apa
mengadu pada Allah, hanya Dia pengubat lara
insyaallah






lagu opick banyak yang menyentuh jiwa. terpanggil2 kembali ke padaNya


ps: ahh...rindunya zaman kekecik. begitu selesa di bawah kepompong ayah bonda .
doa doa doa doa doa doa. kata2 dr muhayah sentiasa bermain2 dalam kepala. doa minta hidayah hari2. mahu jadi hamba bermanfaat pada semua.
terus Kuat! terus berlari. aku percaya angan2 itu akan mnjadi nyata.
(kalau  dapat rasa)




Tuesday, December 13, 2011

Sunday, December 11, 2011

Sebelum terlambat

Seorang pensyarah saya pernah berkata begini :
`kita perlu belajar dari kesilapan yang kita lakukan, tetapi dalam bidang perubatan dan pergigian, tiada ruang untuk kita lakukan kesilapan kerana kita bermain dengan nyawa orang. Sebaliknya belajarlah daripada kesilapan yang pernah dilakukan oleh orang lain`.
Begitu juga hendaknya dalam aspek kehidupan, walaupun saya lebih gemar belajar tru kesilapan sendiri, tetapi kita perlu juga belajar daripada kesilapan orang lain dan mengambil iktibar daripadanya. Semoga cerita di bawah yang saya kongsi dari blog http://www.isuhangat.net/2011/12/terlambat-memahami-erti-cinta/ dapat memberi pengajaran kepada kita semua. Permulaan kisah yang sama tidak semestinya berakhir dengan penutup yang sama bukan?
Hargai apa yang kita ada sekarang sebelum semuanya hilang dari genggaman kita.
~happiness is a journey, not a destination~
ikuti kisahnya.........


Aku membencinya, itulah yang selalu kubisikkan dalam hatiku hampir sepanjang kami bersama. Meskipun menikahinya, aku tak pernah benar-benar menyerahkan hatiku padanya. Berkahwin kerana paksaan orangtua, membuatku membenci suamiku sendiri.
Walaupun berkahwin secara paksa, aku tidak pernah menunjukkan sikap benciku. Meskipun membencinya, setiap hari aku melayaninya sebagaimana tugas isteri. Aku terpaksa melakukan semuanya kerana aku tidak ada pilihanlain. Beberapa kali muncul keinginan meninggalkannya tapi aku tidak ada sumber kewangan lain dan sokongan sesiapa. Kedua orangtuaku sangat menyayangi suamiku kerana menurut mereka, suamiku adalah lelaki paling sempurna untuk satu-satunya anak perempuan mereka.
Selepas berkahwin, aku menjadi isteri yang teramat manja. Aku lakukan apa-apa sesuka hatiku. Suamiku juga memanjakanku sedemikian rupa. Aku tidak pernah benar-benar menjalani tugasku sebagai seorang isteri. Aku telah menyerahkan hidupku padanya sehingga semua perkara dia uruskan membuatku bahagia dengan menuruti semua keinginanku.

Di rumah kami, akulah ratunya. Tidak ada seorangpun yang berani melawan. Jika ada sedikit saja masalah, aku selalu menyalahkan suamiku. Aku tak suka tualanya yang basah yang diletakkan di atas katil, aku tidak suka melihat dia meletakkan sudu bekas susu di atas meja dan meninggalkan pinggan di atas meja, aku benci ketika dia memakai komputerku meskipun hanya untuk menyelesaikan tugasnya.
Aku marah kalau dia menggantung bajunya di almari bajuku, aku juga marah kalau dia memakai ubat gigi tanpa memincitnya dengan rapi, aku marah kalau dia menghubungiku berkali-kali ketika aku sedang bersenang-senang dengan kawan-kawanku.
Aku memilih untuk tidak punya anak. Meskipun tidak bekerja, tapi aku tidak mahu mengurus anak. Pada mulanya dia bersetuju dan akupun mengambil pil perancang. Tapi rupanya dia menyembunyikan keinginannya sehingga satu hari aku terlupa memakan pil dan dia walau pun dia tahu tapi dia membiarkannya. Aku mengandung dan menyedarinya setelah lebih dari empat bulan, doktor pun menolak untuk menggugurkannya.
Itulah kemarahanku terbesar padanya. Kemarahan semakin bertambah ketika aku mengandung sepasang anak kembar dan harus mengalami kelahiran yang sukar. Aku memaksanya melakukan vasectomy supaya aku tidak mengandung lagi. Dengan patuh ia melakukan semua keinginanku kerana aku mengancam akan meninggalkannya bersama kedua anak kami.

Waktu berlalu sehingga anak-anak kami berusia lapan tahun. Seperti pagi-pagi sebelumnya, aku bangun paling lambat. Suami dan anak-anak sudah menungguku di meja makan. Seperti biasa, dialah yang menyediakan sarapan pagi dan mengantar anak-anak ke sekolah. Hari itu, dia mengingatkan bahawa hari itu adalah hari lahir ibuku. Aku hanya menjawab dengan anggukan tanpa mempedulikan kata-katanya yang mengingatkan peristiwa berikut di tahun sebelumnya, semasa itu aku pergi shopping dan tidak hadir di majlis ibu. Yaah, kerana merasa teraniaya kerana di paksa kahwin, aku juga membenci kedua orangtuaku.
Sebelum ke pejabat, biasanya suamiku mencium pipiku saja dan diikuti anak-anak. Tetapi hari itu, dia juga memelukku sehingga anak-anak mengejek ayahnya. Aku berusaha mengelak dan melepaskan pelukannya. Meskipun akhirnya ikut tersenyum bersama anak-anak.

Dia kembali mencium hingga beberapa kali di depan pintu, seakan-akan berat untuk pergi.
Ketika mereka pergi, aku ke spa. Menghabiskan masa di spa adalah hobiku. Aku tiba di salon kegemaranku beberapa jam kemudian. Di spa aku bertemu salah satu rakanku iaitu rakan yang aku tidak berapa suka.Kami berbual dengan asyik termasuk saling menunjuk-nunjuk kehebatan kami.

Semasa untuk bayar spa, namun betapa terkejutnya aku ketika menyedari bahawa dompetku tertinggal di rumah. Meskipun aku membawa beg tangan tetapi dompetku tiada di dalamnya. Sambil berusaha mengingati apa yang terjadi hingga dompetku tiada aku menelefon suamiku dan bertanya.

“Maaf sayang, kelmarin Farhan meminta duit saku dan aku tidak ada duit kecil masa itu, maka kuambil dari dompetmu. Aku lupa menaruhnya kembali ke dalam beg tangan, kalau tidak salah aku letakkan di atas meja.” Katanya menjelaskan dengan lembut.
Dengan marah, aku membebel dengan kasar. Kututup handphone tanpa menunggu dia selesai bercakap. Tidak lama kemudian, handphoneku kembali berbunyi dan meskipun masih geram, akupun mengangkatnya dengan separuh membentak.

“Apalagi??”

“Sayang, aku pulang sekarang, aku akan ambil dompet dan mengantarnya kepadamu. 
 Sayang sekarang ada dimana?” tanya suamiku cepat , khuatir aku menutup telefon kembali.
Aku menyebut nama spa dan tanpa menunggu jawapannya lagi, aku kembali menutup telefon. Aku bercakap dengan kasar dan mengatakan bahawa suamiku akan datang membayar bil spa. Tuan punya spa yang juga kenalanku sebenarnya tidak kisah dan mengatakan aku boleh membayarnya kemudian. Tapi rasa malu kerana “musuh”ku juga ikut mendengarku tertinggal dompet membuatku malu untuk berhutang dulu.
Hujan turun ketika aku melihat keluar dan berharap kereta suamiku segera sampai. Minit berlalu menjadi jam, aku semakin tidak sabar sehingga mulai menghubungi handphone suamiku. Tidak ada jawapan meskipun sudah berkali-kali aku telefon. Padahal biasanya hanya dua kali berdering telefonku sudah diangkat. Aku mulai merasa tidak selesa dan marah.

Teleponku diangkat setelah beberapa kali mencuba. Ketika suara bentakanku belum lagi keluar, terdengar suara asing menjawab telefon suamiku. Aku terdiam beberapa saat sebelum suara lelaki asing itu memperkenalkan diri, “selamat tengahari, cik. Apakah puan, isteri kepada Encik Ismadi?”

“Ya..!”
Lelaki asing itu memperkenalkan dirinya ialah seorang anggota polis. Dia memberitahu bahawa suamiku mengalami kemalangan dan sedang dibawa ke hospital.
Masa itu aku hanya terdiam dan hanya menjawab terima kasih. Ketika telefon ditutup, aku tertunduk dan bingung. Tanganku menggenggam erat handphone yang kupegang dan beberapa pekerja spa mendekatiku dan bertanya ada apa hingga wajahku menjadi pucat seputih kertas.

Entah bagaimana akhirnya aku sampai di hospital. Entah bagaimana juga tahu-tahu seluruh keluarga hadir di sana menyusulku. Aku yang hanya diam seribu bahasa menunggu suamiku di depan bilik ICU. Aku tidak tahu nak buat apa kerana selama ini dialah yang melakukan segalanya untukku.

Akhirnya setelah menunggu beberapa jam, tepat ketika berkumandang azan maghrib terdengar seorang doktor keluar dan menyampaikan berita – Suamiku telah tiada.
Dia pergi bukan kerana kemalangan tadi tetapi penyebabkan kematiannya ialah serangan stroke.

Selepas mendengar kata-kata doktor itu, aku sibuk menguatkan semangat kedua orangtuaku dan orangtuanya yang terperanjat. Sama sekali tidak ada airmata setitispun keluar di kedua mataku. Aku sibuk menenangkan ayah ibu dan mertuaku.
Anak-anak yang terpukul memelukku dengan erat tetapi kesedihan mereka sama sekali tak mampu membuatku menangis.

Ketika jenazah dibawa ke rumah dan aku duduk di hadapannya, aku termangu menatap wajah itu. Kusedari baru kali inilah aku benar-benar menatap wajahnya yang kelihatan tidur nyenyak. Kudekati wajahnya dan kutatapi. Masa itulah dadaku menjadi sesak teringat apa yang telah ia berikan padaku selama sepuluh tahun kami bersama.

Kusentuh perlahan wajahnya yang telah dingin dan kusedari inilah kali pertama kali aku menyentuh wajahnya yang dulu selalu dihiasi senyum hangat. Airmataku tiba-tiba berderai dengan deras, mengaburkan pandanganku.

Aku mencuba mengusap agar airmata tidak menghalangi tatapan terakhirku padanya, aku ingin mengingat semua bahagian wajahnya agar kenangan manis tentang suamiku tidak berakhir begitu saja. Tapi bukannya berhenti, airmataku semakin deras membanjiri kedua pipiku. Peringatan dari imam masjid yang mengurus pengebumian tidak mampu membuatku berhenti menangis. Aku berusaha menahannya, tapi dadaku sesak mengingat apa yang telah aku buat padanya terakhir kami berbicara.

Saturday, December 10, 2011

happy besday kucchh kucchhh...

Harini hari lahir Hasanah yang ke...erm...21 eh?
Adek yang lahir di penghujung tahun.
She is more like an elder sister to me
sebabnye...
bile saye sakat adek..die yang pujuk
bile saye meroyan..die yang layan
bile saye marah, die buat x reti
bile saye bawak kete gile ****, die marah mcm mak
tapi yang paling best kalau kua shopping together2, kami akan same2 naik gile;)
mase saye nikah, die yang makeup,saye tak reti,
mase lafaz akad, die yang sebak, saye blur2..
anyway
semoge success selalu
mendapat suami yang soleh
berjaye dalam hidup dunia akhirat
etc
amin


Friday, December 2, 2011

choco oat/ choco chips/ choco ENO muffin!

Dari 1 resepi, choco muffin ini boleh dipelbagaikan ikut selera:



2 cawan tepung gandum
3/4 cawan coklat powder
1 sb baking powder
1 sk ENO ( kalau x de boleh ganti dengan baking soda)
secubit garam
1 cawan susu (kalau nak lemak boleh pakai susu full cream)
1 cawan plain yogurt  atau fresh cream
1 1/4 cawan gula
1 sk esen vanilla
1 biji telur

cara2:
blend kesemua sekali dalam blender/ food processor selama 2-3 minit atau sehingga semua bahan bersatu.

kemudian bolehla campur 3/4 cawan coklat chips atau  3/4 cawan oat. sukahati
isi paper cup 3/4 penuh
Bakar pada suhu 170*c selama 25 minit.


ps~ ini resepi khas untuk adek. Sejak 2-3 menjak ni adek rajin salin resepi. Resepi minuman kurus yang kalong bagi adek tu adek dah buat belom? hehehe...semoga berjaya 
(gelihati tengok adek selak2 majalah resepi sambil mengomel `sedapnye...sedapnye..` sorang2)

Wednesday, November 16, 2011

pelayaran & nasi lemak: 2 cerita yang tiada kesenambungan

Tengah melayari facebook sebentar tadi maka terjumpa secebis ayat ni yang telah di post oleh seorang bernama yama.



"Seseorαng yg αdα dαlαm hidup kitα hαnyα milik Allαh....kitα cumα pinjαm...tαpi segαlαnyα Allαh yg punyα...Jαdi bilα semuα ini αllαh yg punyα, mαkα diα berhαk buαt segαlα sesuαtu... Ðiα berhαk beri cintα,kαsih syg... diα juga berhαk tαrik bαlik semuα itu... Selαlu jugα ingαt bαhαwα αpα yg kitα rαsα terbαik itu belum pαsti menjαnjikαn yg terbαik untuk kitα... Ðαn αpα yg dirαsα αib & menyαkitkαn itu tidαk semestinyα pαhit di hujungnyα....Selαlu ingαt bαhαwα αpα yg Allαh buαt untuk kitα, αdαlαh yg terbαik untuk kitα.... Ðαri situ kitα αkαn mulα belαjαr erti redhα..... " kitα tidαk mαmpu mengαwαl αrαh tiupαn αngin, kitα hαnyα mαmpu mengαwαl kemudi pelαyαrαn kitα..."

~ Yama ~
this words keep me strong. tq



The muffin business is going well. Thanks to all of my friends who have been my loyal customers all the time.
i am now selling nasi lemak in Attavar on every Monday & Wednesday.
To order Plz contact my number +919845508117 one day in advance.

tq;)

Sunday, November 13, 2011

Friday, November 11, 2011

masak tempoyak ikan patin + petai...fuhhh!

ha....apa nama ikan patin dalam bahasa omputeh?. catfish eh.
kat india ni harga dia murah ja...dalam rm 10 sekilo. dah lama saye nak masak tapi terpaksa ditunda sehinggalah tempoyak berjaya dibawa dari Malaysia baru2 ni.
Masalah utama dengan ikan patin ni adalah bau hanyir dia, kalau tak kena cara, terlalu hanyir sampai tak lalu makan.
so what i did is,
mula2 cari kat youtube berkenaan cara2 menyiang ikan patin beserta cara menghilangkan hanyir.
Few tips yang saye temui adalah.
- jangan potong muncung ikan dan ekor
- kelar ikan tanpa membuang isi perutnya terlebih dahulu
- kelar pada 4 bahagian. (carilah dalam youtube, ada punya)

hasilnya kalau sebelum ini ada yang perlu rendam 4-5 jam dalam air limau+asam jawa+tepung pun masih tak hilang2 hanyir, saya hanya perlu rendam dalam air limau nipis selama 30-45 minit.
Rasa dan baunya tak hanyir langsung.

Dan resepinya adalah:

-3 kelar ikan patin (500g)
-1 senduk besar tempoyak
-cili padi (ikut pedas)
-1 sb cili boh
-1/2 biji bawang besar
-2 keping asam gelugur
-garam
-gula
-1 buga kantan dibelah 4
-sedikit daun kesum
-1 1/2 cawan air
-petai. (ikut suka)
-1 inci kunyit hidup (atau 1 sk serbuk kunyit)

cara2:
-blend bawang+kunyit hidup+cili padi+ cili boh
-Gaulkan bahan di atas dengan tempoyak, asam gelugur dan campurkan air mengikut kepekatan yang anda suka
-panas kan dia atas api sederhana selama 3-5 minit
-masukkan ikan+ daun kesum+ bunga kantan+ petai +garam +gula
-biarkan mendidih.

best makan dengan ikan pekasam dan sambal belacan...fuhhh!

wassalam


Tuesday, November 8, 2011

appendisectomy : thanks to all

21.10.2011
Saye telah mengidam potato dill. setelah membeli segala keperluan, potato dill pun di masak dengan penuh kasih sayang dan perhatian. Lalu dimakan dengan penuh selera dan kelazatan.
Malangnya 30 minit selepas itu perut terasa memulas2...memaksa diri ke bilik kecil yang selesa itu. Dan begitulah setiap 15 minit berikutnya sehingga keesokan paginya

22.10.2011
Saye telah memonteng posting community dengan sesuka hati demi menyempurnakan nafsu mata sehingga petang. Makan sebiji buah kerana sudah tidak larat ke bilik kecil lagi

23.10.2011
Memakan sebiji buah juga.

24.10.2011
Rasanya perut sudah ok, Lantas saye telah ke posting dan planning untuk ke picnic keesokkan harinya bersama prev and prem.
Malam menjelang,perut terasa kelaparan yang amat,. Almaklum dah lama tak makan nasi. Lantas henpon dicapai lalu nasi beriyani di order. Akal bijak berbisik......*lepas hentam nasi beriyani ni, minumla teh pekat. confirm tak kena cirit birit lagi*
Jejari separa runcing rancak menekan kekunci laptop untuk mencari home remedies to cure diarrhea.
berikut adalah antara petua yang dijumpai.
1.minum teh pekat
2.minum air halia
3.minum air limau nipis
4.makan curd sedikit

so, akal bijak sekali lagi mencadangkan supaya mencampurkan semua sekali petua di atas dalam 1 cawan dan meminumnya dengan gembira.
ya...hasilnya....tak sampai 15 minit, perut memulas2, cirit birit kembali, muntah2,demam, pening semua ada.

conclusion: PADAN MUKA

25.10.11
seawal jam 730 pgi prem jemput dan menghantar ke hospital jothi casuality unit. Plan ke piknik dibatalkan serta merta. Doktor cadangkan supaya untrasound dilakukan sambil bertanya apakah punca keracunan makanan ini. Jawapannya adalah....my own cooking sir!
Keputusan ultrasound menunjukkan saya menghidap appendicitis, petang itu juga kena operate.
Lalu jam 3 saya dipakaikan gaun bedah, dan ditolak ke dewan bedah. (minor surgery: Laparoscopic appendisectomy). Masa tengah surgery, saya terjaga sekejap, tengok perut kena korek, lalu meracau2 sebentar sebelum ditidurkan semula oleh doktor. Jam 6 petang, tersedar,,tidur semalam di ICU .

26.10.11
dipindahkan ke ward biasa, tidur bertemankan prem dan prev yang tak jemu menjaga

27.10.11
keluar dari ward

28.10.11
Ponteng posting lagi sambil menunjukkan muka monyok depan skype. Lantas inche suami suruh balik, dia kata dia mahu bela. Tiket ke malaysia cuma ada via cochin. Train dan bas tiket ke sana semuanya habis. Mujur ada bas takda aircond. Lantas bertolak ke cochin pada malamnya...10 jam terhentak2 memang *best*.

29.10.11-7.11.11

Family bela, kemudian ke kedah, suami pula bela. Dapat juga berhari raya haji bersama2.

8.11.11
Sihat walafiat tiba di Mangalore


nota kaki~

-Tq very much pada inche suami, family, kawan2 di Mangalore, kawan2 tidak di mangalore
-SPECIAL THANKS to INCHE SUAMI yang sudi membonceng isterinya dengan motor seawal jam 4 pagi semata2 mahu mencarikan beliau Pasemboq. Pengorbanan anda amatlah dihargai ;)
-Tq juga pada yang mendoakan dari kejauhan secara diam2 mahupun tidak diam2

wassalam

Saturday, November 5, 2011

i once told someone
im not crazy for jewelries....so..i wont ask for it
im not really into branded stuffs..so its ok if u did'nt get me one
im not crazy for an expensive car..if i want one, i'll buy myself
i dont want your money..coz i have mine
i'll do what ever it takes to ease ur way
BUT only 1 thing
if im craving for food, plz plz plz get it for me
coz i cant hold it for long
coz i'll have a sleepless night thinking of it
coz it means a lot to me
coz it is the only thing that can make me happy again
at least for temporary
so the least you can do if you cant give your love  is to fulfill this small wish
and then i promise i will smile the whole day just for u

Sunday, October 23, 2011

lapis prune

sumber:

tak perlu 8 jam membakar macam kek lapis yang selalu kite beli.
senang, mudah , jadi. tq;)

psst~ lepas bakar setiap lapis kene tekan2 untuk keluarkan angin, kalau tak nanti kek tu jadi lompong2, tak cantek.

Friday, October 21, 2011

lil business

harini sy start bisnes muffin kecil2lan untuk classmate saye.
response yang menggalakkan.Alhamdulillah
banyak response positif dan segelitir yang negatif
inche suami kate rezeki lepas kawen.

small profit, kurang sepadan dengan work load yang dilakukan.
sebab tak sampai ati jual mahal2.
TAPI
saye sangat rase puas dengan apa yang sy buat.
feel like i have done something during my free tyme.
rasa puas hati tu lebih berbaloi dari bayarannya.
sebab dari kecik saye minat fk pasal bisnes tapi tak pernah dapat buat.
mase kecik saye pernah bungkus kerepek pisang mak saya dan jual pada
anak jiran.
tapi tak sempat dapat gaji pertama saya dah kena marah dengan mak saya.
sudahnya kena bagi free sahaja.
selepas itu impian bisnes sy terbengkalai sampai lah sekarang
apa yang penting bagi saya adalah kepuasan saya.
yang keluar duet adalah saya,
yang buat kerja adalah saya,
yang penat adalah saya,
jadi saya rasa tiada orang berhak kondem apa yang saya buat selagi ianya tidak melanggar hukum agama saya dan saya tidak mengganggu gugat ketenteraman mereka.
kecuali dengan niat menegur sekiranya kualiti kurang, rasa tak sedap,spoiled food,atau sebarang cadangan for any improvement.ia amat dialu2kan 
again sy nk tekankan saya rasa puas dan bahagia dengan apa yang saya buat,
doakan, sekian



~tempeyish~

selitan cerita yang tidak berkaitan dengan di atas.

Azimat inche suami pada saya masa mula2 kawen dulu:
-biar orang buat kita takpa, jangan kita buat orang
(tapi saya kata, exceptional untuk tempe. kalau dia buat kita, kita tak boleh biar ok)
-taknak kita biasakan meminjam2 dari orang. kalau tak ada buat ja cara tak ada.


Lately saya rasa sy banyak belajar yang positif dari orang2 india, kalau sebelum ni saya banyak lihat dari perspektif negatif, tapi lepas banyak berborak, observe, mingle dengan diorang, saya dapat rasa sy dah mula kurang naik angin bila berhadapan dengan orang2 ni.
Prem once said
~we cant change them cz the hv been living this way for generations, it is in their brain n blood, it is just either you play with them or quit the game~
so i have decided,... I will play it their way and not to let anyone get my nerves
kurangkan toksin dalam body. why burden yourself  thinking so much  abt the unnecessary things rite!