Saturday, June 25, 2011
A soulmate that was never meant for me
lagu rentak macam ni adelah namenye rentak indi eh?
jika benar, maka konklusinya adelah sy suka lagu indi.
Tapi macam kene stop dengar dah,
sama macam kes Hot.fm
Dulu minat dengar sangat2. Hot.fm segalanya
kemudian terpaksa stop, mengelakkan masalah kesihatan.
After a few years...start dengar Era.fm pulak ;)
updates:
-kelas habis esok. kemudian study week 2 minggu. 8 julai mula final exam. Dah start study supaya tak tension sangat macam tahun lepas.
-end posting viva exam berjalan dengan lancar tadi.
-internal marks berada di tahap selamat. 40+ out of 60. Alhamdulillah. kurang sikit tekanan untuk final paper nanti. (ini kali kedua baru dapat internal 40+ sejak 1st year.masa 2nd, 3rd, final part 1 internal marks semua cukup makan shj )
-thanks atas doa dan semangat dari kamu...kamu....dan kamu... maka terbuktilah teori aku, "bila happy tak mahu study, bila kurang happy baru boleh fokus study".
harap2 tak jadi macam ni 'bila happy tak mahu ingat ALLAH, kurang happy baru nak ingat ALLAH'.
-dulu pernah jatuh tergolek, tapi kejatuhan tu aku deviatekan pada study. melonjak2 keputusan pada masa tu. ditemani sahabat yang tak putus meneman, mendengar, beri galakan dan tersenyum. Jasa yang tak terbalas.
Jangan jadikan kesedihan menarik anda lebih ke belakang. Anda mampu mengorak langkah dalam aspek lain. Jadikan ia titik fokus bagi anda melupakan perkara negatif yang selalu menghasut di fikiran. chayok!!!
-sentiasa fikir balik apa tujuan aku dilahirkan atas muka bumi. Kadang2 kita perlu mengorbankan kehendak dan mengutamakan keperluan yang lain. yang paling penting perkara yang aku selalu kena ingatkan diri sendiri dek kerapnya lupa... Lahirnya aku adalah sebagai khalifah Allah, untuk melaksanakan kewajipan sebagai hamba-Nya, meletakkan cinta teragung kepada Allah dan rasul, Redha dengan qada' dan qadarNya. Kadang2 terlalai sebentar, tapi masih ada yang sudi mengingatkan aku secara direct ataupun tidak. Arigato;)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment