-maaf saya tak tahu
atau-saya akan rujuk kembali kepada kamu setelah dapat penjelasan yang benar dari pihak yang lebih tahu
saya harap kamu tak kata
-saya rasa begini dan begini
atau lebih teruk lagi-ye/ tidak..hukumnya adalah begini
impaknya...
orang2 biasa ini akan buta2 menurut kefahaman kamu kerana pada anggapan mereka kamu lebih arif dalam hukum-hukum agama
kenapa kamu malu untuk mengatakan kamu tak tahu
adakah sebab kamu terbiasa menjadi pusat rujukan, terbiasa menjawab pelbagai persoalan, lantas andai wujud satu soalan yang kamu kurang arif, kamu tetap mahu menjawabnya tanpa dalil dan kenyataan yang tepat.
sebaiknya..
diamlah sahaja jika tidak tahu
jangan bimbang
ia tidak menunjukkan kedangkalan ilmu kamu, sebaliknya itu jawapan yang tepat dari mengeluarkan hukum yang kamu tidak pasti.
malahan
reputasi kamu takkan tercalar sedikitpun
saya bukan manusia serba tahu, tapi saya mahu ambil tahu
kalau saya ditakdirkan arif tentang sesuatu, saya doa agar saya tak jadi manusia pura2 arif tentang perkata yang saya tak tahu.
katamu bisa diwar2kan di sini sana, disebarkan dari mulut ke serata
pengaruhnya atas semua....manusia2 biasa seperti saya ini.
boleh jadi juga saya menyebarkan ajaran kamu kepada yang lain pula
itu sahaja harapan saya kepada kamu
sebab kamu manusia yang saya hormati, manusia yang saya sanjung tinggi
sekian
salam sayang buat pemimpin-pemimpin dari sekecil-kecil komuniti kepada sebesar-besar ummah
dari insan yang masih kurang ilmu
No comments:
Post a Comment