Harap-harapnye berguna untuk adik-adik comel yang bakal menyusur langkah.
Part 2 dental final year buat saye bermula pada february 2011 - julai 2011.
Sepanjang setengah tahun ini, sebanyak 4 postings perlu dicompletekan iaitu selama 1 bulan+1 minggu for each of it.
Batch junior mungkin lebih lama sebab final year korang dah di 'stretch' into 1 whole year.
lepaih tu yabedabedu lah...(tu pun kalau pass exam.doa...doa...)
Yang pertamanya
posting Prosthodontic
-Ini department buat gigi palsu
-Kat sini beberapa orang pelajar dipantau oleh seorang guru, which means setiap step dalam pembuatan gigi palsu, kami perlu refer pada guru yang sama. Memang patut pun buat sistem macam ni sebab lain-lain cikgu lain pendapatnya, nanti pening nak ikut mana satu.
-Setiap seorang diberi at least 2 orang pesakit, dan salah satu daripadanya adalah kes complete denture (gigi palsu penuh molot ek?)
-Make sure you maintain a good relationship dengan complete denture patient ni sebab nanti masa end posting exam kena panggil dia semula just untuk ambil impression. Kalau tak layan patient ni semesra mungkin, nanti die tak kawan and tak mo datang masa exam korang.
-End posting viva : biasanya diconduct oleh our HOD (dr. vidya) & dr shoba. No worry, they will ask 3-4 simple questions only
-Kalau kes dah selesai, boleh melangut kat tingkat atas atau duduk kat meja interns kat tingkat bawah.
Yang keduanya
Posting Community Dentistry (skrg dah tukau nama to PUBLIC HEALTH DENTISTRY)
-Ni department paling best sebab banyak keluar "piknik"
-Nanti ada lawatan ke Primary Health Centre (lebih kurang mcm klinik kesihatan). Best dapat jalan jauh-jauh masuk ceruk kampung uling ni. Kat sini orang kampung akan datang dan minor treatment seperti cabut gigi akan dilakukan, tapi kerja korang bukan yang ni. Korang kena ambil status mulut pesakit.
>>> sempat juga gait buah mangga kat PHC ullal :) jangan lupa bawak garam ye.hehe
-Kemudian g tempat pemprosesan air mangalore dan empangannya. Dapatla tengok macam mana air paip tu diproses step by step.
-Ada seminar, iaitu different topic akan diberikan kepada setiap orang dan kena present depan kelas guna Power point presentation.
>>> saye punye PPT hilang lagi 5 minit nak present. Habih semua gamba dan video comel.
-Ada lakonan juga. Masa ni lah nak test bakat lakonan korang kan. 1 topik akan diberikan dan korang kena berlakon dalam group. Dan present kat sekolah budak-budak atau kolej lain.
>>> saye terlupa dialog masa tengah berlakon jadi perokok. urgh!! fail. tak buleh sertai akademi fantasia
-Kena buat pamphlet (ala..kad yang orang selalu letak kat hospital atau klinik tu...)
-Dan....hari-hari ada viva, tapi jangan rasa rimas dengannya sebab ia sangat banyak membantu masa sessional exam.
-Masa end posting exam, kena dapatkan patient sendiri. Hui lenguh lunyai berpeluh cari orang yang sanggup menjadikan dirinya bahan exam. Cari kat luar hospital, tanya sorang-sorang sama ada berminat ke tak. Guna bahasa isyarat, dah macam ayam itik pasai tak tau bahasa depa. ( ni part paling tak best)
Yang ketiganya
Posting oral surgery
-Ini department cabut-cabut gigi
-Anda perlu lakukan sekurang-kurangnya 5 extraction. Dont feel hesitate or reluctant to do it sebab inilah peluang untuk belajar sebanyak - banyaknya. Lagi pun it is quite fun.
-Saye pitam masa buat 1st extraction. Kawan saye terus jatuh pengsan lepas cabut gigi pesakit. Sudahnye kerusi sebelah pesakit diisi dengan beliau and instead of mengerumuni pesakit, kami mengerumuni beliau pule :D. fun kan.... lotsa drama...
>>> TIPS: Pastikan perut penuh sebelum ke posting ini bagi mengelakkan pengsan sebab anda memerlukan banyak tenaga untuk cabut dan perlu berdiri lama. Tapi kalau pitam tengok darah tu den tak dapek nak nolong.
-Pesakit kedua saya, akar gigi pula patah masa tengah goyang gigi untuk cabut. Tapi ini tak mematahkan semangat untuk terus belajar. Jangan panik, PG dan Dr. sedia untuk membantu to clean up your mess. Semakin banyak kes yang dibuat, skill pun makin improve, insyaallah
-Oh ye! simpan gigi pesakit yang tak berlubang, sebab nanti anda perlukannya untuk practice tampal gigi semasa posting seterusnya.
-Ada seminar juga. Macam posting kedua.
Yang keempatnya
Posting Conservative Dentistry
-Ini department tampal-tampal gigi orang.
-Sebelum lakukan treatment ke atas pesakit, anda perlu practice buat tampalan atas gigi yang dikumpul sebelum ini
>>> 15 intact posterior teeth + 2 anterior teeth.
>>> so kalau tak cukup lagi bilangan giginya. Jangan malu-malu untuk berjalan kaki di bawah panas terik mentari ke klinik-klinik gigi persendirian bagi menagih gigi yang mereka cabut
-Korang juga akan diajar membuat Root Canal Treatment pada 2 anterior teeth tersebut. (yang orang duk kata matikan gigi tu....ha root canal treatment lah tu (RCT)
-Patient work : kena buat 2 class I amalgam + 5 GIC + 3 composite + 10 class II amalgam (termasuk exam case)
-seterusnya kena bagi 3 end posting exam on patient. iaitu 2 class II amalgam + 1 composite (apply rubber dam)
-1 end posting viva. Pilihan diberi sama ada nak study buku conso, endo atau dental materials.
-1 project work. (pilih satu tajuk dalam mana2 endo atau conso book kemudian tulis secara detail dalam 1 log book)
Tips study untuk sessional dan final exam.
1) kalau boleh pastikan markah internal pada tahap selamat. 35 + supaya tak tensi di akhirnya. banyak buku nak kena baca tau.
-sebenarnya tak susah walaupun rasa macam 1 subjek kena baca sampai 2-3 buku. Cuma highlight exam questions dan kemudian baca yang tu sahaja. Insyaallah 12-13 markah MCQ dah secured kat situ. So dont panic.
2) kesimpulannya final part 2 tak adalah terlalu sukar, yang sukarnya cuma patient work, pending work yang kena siapkan on time. terkejar-kejar sana sini, kena cari patient dsb, amat memenatkan.
3) macam biasa, sedikit pelaburan untuk beli bahan2 dan instrument dental (banyak sebenarnye)
4) untuk final clinical exam, sila berjalan2 sekali lagi untuk mencari patient anda. selalunya kaki2 botol kat mangalore nak kan treatment sebab nanti dapat bayaran (korang yang kene bayar depa k). Tapi keadaan dorang amatlah selebet, busuk, kotor. Just be prepared.
All the best! ;)
No comments:
Post a Comment