Saturday, June 25, 2011

Ape yang saye buat sepanjang Final Year Part 2

Harap-harapnye berguna untuk adik-adik comel yang bakal menyusur langkah.
Part 2 dental final year buat saye bermula pada february 2011 - julai 2011.
Sepanjang setengah tahun ini, sebanyak 4 postings perlu dicompletekan iaitu selama 1 bulan+1 minggu for each of it.
Batch junior mungkin lebih lama sebab final year korang dah di 'stretch' into 1 whole year.
lepaih tu yabedabedu lah...(tu pun kalau pass exam.doa...doa...)

Yang pertamanya

posting Prosthodontic

-Ini department buat gigi palsu
-Kat sini beberapa orang pelajar dipantau oleh seorang guru, which means setiap step dalam pembuatan gigi palsu, kami perlu refer pada guru yang sama. Memang patut pun buat sistem macam ni sebab lain-lain cikgu lain pendapatnya, nanti pening nak ikut mana satu.
-Setiap seorang diberi at least 2 orang pesakit, dan salah satu daripadanya adalah kes complete denture (gigi palsu penuh molot ek?)
-Make sure you maintain a good relationship dengan complete denture patient ni sebab nanti masa end posting exam kena panggil dia semula just untuk ambil impression. Kalau tak layan patient ni semesra mungkin, nanti die tak kawan and tak mo datang masa exam korang.
-End posting viva : biasanya diconduct oleh our HOD (dr. vidya) & dr shoba. No worry, they will ask 3-4 simple questions only
-Kalau kes dah selesai, boleh melangut kat tingkat atas atau duduk kat meja interns kat tingkat bawah.

Yang keduanya

Posting Community Dentistry (skrg dah tukau nama to PUBLIC HEALTH DENTISTRY)

-Ni department paling best sebab banyak keluar "piknik"
-Nanti ada lawatan ke Primary Health Centre (lebih kurang mcm klinik kesihatan). Best dapat jalan jauh-jauh masuk ceruk kampung uling ni. Kat sini orang kampung akan datang dan minor treatment seperti cabut gigi akan dilakukan, tapi kerja korang bukan yang ni. Korang kena ambil status mulut pesakit.
>>> sempat juga gait buah mangga kat PHC ullal :) jangan lupa bawak garam ye.hehe
-Kemudian g tempat pemprosesan air mangalore dan empangannya. Dapatla tengok macam mana air paip tu diproses step by step.
-Ada seminar, iaitu different topic akan diberikan kepada setiap orang dan kena present depan kelas guna Power point presentation.
>>> saye punye PPT hilang lagi 5 minit nak present. Habih semua gamba dan video comel.
-Ada lakonan juga. Masa ni lah nak test bakat lakonan korang kan. 1 topik akan diberikan dan korang kena berlakon dalam group. Dan present kat sekolah budak-budak atau kolej lain.
>>> saye terlupa dialog masa tengah berlakon jadi perokok. urgh!! fail. tak buleh sertai akademi fantasia
-Kena buat pamphlet (ala..kad yang orang selalu letak kat hospital atau klinik tu...)
-Dan....hari-hari ada viva, tapi jangan rasa rimas dengannya sebab ia sangat banyak membantu masa sessional exam.
-Masa end posting exam, kena dapatkan patient sendiri. Hui lenguh lunyai berpeluh cari orang yang sanggup menjadikan dirinya bahan exam. Cari kat luar hospital, tanya sorang-sorang sama ada berminat ke tak. Guna bahasa isyarat, dah macam ayam itik pasai tak tau bahasa depa. ( ni part paling tak best)


Yang ketiganya

Posting oral surgery


-Ini department cabut-cabut gigi
-Anda perlu lakukan sekurang-kurangnya 5 extraction. Dont feel hesitate or reluctant to do it sebab inilah peluang untuk belajar sebanyak - banyaknya. Lagi pun  it is quite fun.
-Saye pitam masa buat 1st extraction. Kawan saye terus jatuh pengsan lepas cabut gigi pesakit. Sudahnye kerusi sebelah pesakit diisi dengan beliau and instead of  mengerumuni pesakit, kami mengerumuni beliau pule :D. fun kan.... lotsa drama...
>>> TIPS: Pastikan perut penuh sebelum ke posting ini bagi mengelakkan pengsan sebab anda memerlukan banyak tenaga untuk cabut dan perlu berdiri lama. Tapi kalau pitam tengok darah tu den tak dapek nak nolong.
-Pesakit kedua saya, akar gigi pula patah masa tengah goyang gigi untuk cabut. Tapi ini tak mematahkan semangat untuk terus belajar. Jangan panik, PG dan Dr. sedia untuk membantu to clean up your mess. Semakin banyak kes yang dibuat, skill pun makin improve, insyaallah
-Oh ye! simpan gigi pesakit yang tak berlubang, sebab nanti anda perlukannya untuk practice tampal gigi semasa posting seterusnya.
-Ada seminar juga. Macam posting kedua.

Yang keempatnya

Posting Conservative Dentistry


-Ini department tampal-tampal gigi orang.
-Sebelum lakukan treatment ke atas pesakit, anda perlu practice buat tampalan atas gigi yang dikumpul  sebelum ini
>>> 15 intact posterior teeth + 2 anterior teeth.
>>> so kalau tak cukup lagi bilangan giginya. Jangan malu-malu untuk berjalan kaki di bawah panas terik mentari ke klinik-klinik gigi persendirian bagi menagih gigi yang mereka cabut
-Korang juga akan diajar membuat Root Canal Treatment pada 2 anterior teeth tersebut. (yang orang duk kata matikan gigi tu....ha root canal treatment lah tu (RCT) 
-Patient work : kena buat 2 class I amalgam + 5 GIC + 3 composite + 10 class II amalgam (termasuk exam case)
-seterusnya kena bagi 3 end posting exam on patient. iaitu 2 class II amalgam + 1 composite (apply rubber dam)
-1 end posting viva. Pilihan diberi sama ada nak study buku conso, endo atau dental materials.
-1 project work. (pilih satu tajuk dalam mana2 endo atau conso book kemudian tulis secara detail dalam  1 log book)



Tips study untuk sessional dan final exam.

1) kalau boleh pastikan markah internal pada tahap selamat. 35 + supaya tak tensi di akhirnya. banyak buku nak kena baca tau.

-sebenarnya tak susah walaupun rasa macam 1 subjek kena baca sampai 2-3 buku. Cuma highlight exam questions dan kemudian baca yang tu sahaja. Insyaallah 12-13 markah MCQ dah secured kat situ. So dont panic.

2) kesimpulannya final part 2 tak adalah terlalu sukar, yang sukarnya cuma patient work, pending work yang kena siapkan on time. terkejar-kejar sana sini, kena cari patient dsb, amat memenatkan. 

3) macam biasa, sedikit pelaburan untuk beli bahan2 dan instrument dental (banyak sebenarnye)

4) untuk final clinical exam, sila berjalan2 sekali lagi untuk mencari patient anda. selalunya kaki2 botol kat mangalore nak kan treatment sebab nanti dapat bayaran (korang yang kene bayar depa k). Tapi keadaan dorang amatlah selebet, busuk, kotor. Just be prepared.

All the best! ;)

A soulmate that was never meant for me





lagu rentak macam ni adelah namenye rentak indi eh?
jika benar, maka konklusinya adelah sy suka lagu indi.


Tapi macam kene stop dengar dah,
sama macam kes Hot.fm
Dulu minat dengar sangat2. Hot.fm segalanya
kemudian terpaksa stop, mengelakkan masalah kesihatan.
After a few years...start dengar Era.fm pulak ;)

updates:
-kelas habis esok. kemudian study week 2 minggu. 8 julai mula final exam. Dah start study supaya tak tension sangat macam tahun lepas.
-end posting viva exam berjalan dengan lancar tadi.
-internal marks berada di tahap selamat. 40+ out of 60. Alhamdulillah. kurang sikit tekanan untuk final paper nanti. (ini kali kedua baru dapat internal 40+ sejak 1st year.masa 2nd, 3rd, final part 1 internal marks semua cukup makan shj )
-thanks atas doa dan semangat dari kamu...kamu....dan kamu... maka terbuktilah teori aku, "bila happy tak mahu study, bila kurang happy baru boleh fokus study".
harap2 tak jadi macam ni 'bila happy tak mahu ingat ALLAH, kurang happy baru nak ingat ALLAH'.
-dulu pernah jatuh tergolek, tapi kejatuhan tu aku deviatekan pada study. melonjak2 keputusan pada masa tu. ditemani sahabat yang tak putus meneman, mendengar, beri galakan dan tersenyum. Jasa yang tak terbalas.
Jangan jadikan kesedihan menarik anda lebih ke belakang. Anda mampu mengorak langkah dalam aspek lain. Jadikan ia titik fokus bagi anda melupakan perkara negatif yang selalu menghasut di fikiran. chayok!!!
-sentiasa fikir balik apa tujuan aku dilahirkan atas muka bumi. Kadang2 kita perlu mengorbankan kehendak dan mengutamakan keperluan yang lain. yang paling penting perkara yang aku selalu kena ingatkan diri sendiri dek kerapnya lupa... Lahirnya aku adalah sebagai khalifah Allah, untuk melaksanakan kewajipan sebagai hamba-Nya, meletakkan cinta teragung kepada Allah dan rasul, Redha dengan qada' dan qadarNya. Kadang2 terlalai sebentar, tapi masih ada yang sudi mengingatkan aku secara direct ataupun tidak. Arigato;)

Tuesday, June 21, 2011

homemade hot choc drink

1 1/2 ts choco powder
1 cup milk
1 cup water
2 tbs sugar
a pinch of salt
mint leaves


-boil choco powder+salt + water.
-add milk. bring to a boil.
-add sugar+ mint leaves


-im not a big  chocolate fan, but i need it during my 'ding dang' time once in a month.

wassalam

Sunday, June 19, 2011

mera baba mera personal food tester

Saye jarang berkomunikasi dengan baba saye.
Sebabnye saye tak tau nak cakap ape.
Paling2 pun perbualan akan berkisar pada agama, pelajaran, family.
Nak bergurau senda tepuk tampar memang tak ada lah.
Tapi saye ade lagi satu corak komunikasi unik dengan beliau.
Iaitu melalui makanan.
Senang je.
Kalau nak tau masakan yang saye masak tu sedap ke tak....
Try tengok baba makan.
Makan sekali >>> maknenye tak sedap
tambah 2 kali >>> hah boleh tahan lah sedap
tambah 3 kali >>>> sedapppppppp sgt,
sebab itu saye selalu masak
sebab saye suke tengok baba saye makan.
Lepas tu tiap2 bulan baba saye akan beli majalah resepi.
Nanti bile saye balik die hulur satu resepi suruh saye try.
Selain itu baba saye juge pandai masak.
Beliau masak sangat sedap. cume jarang masak ajelah
(tapi sekarang adik saye bagitau baba saye masak pada hari sabtu. sungguh ajaib itu)
Masakan baba saye adelah pelik2 dan simple dan sedap. yang paling kompleks adelah nasik daging.
Oleh itu, encik bakal suami, sile take note. belajar masak seperti baba saye ok.
Saye juge bersyukur dilahirkan sebagai melake celup kedah.
Sebab dari sini saye terdedah kepada makanan pelik2 kedua2 negeri
oh bukan bab makanan sahaja.
saye juga bersyukur dikurniakan seorang ayah yang
-bertanggungjawab di saat ada haruan makan anak di luar sana
-berilmu agama , di saat ada bapa2 yang tidak mendidik anaknya dengan agama
-masih ada umur, di saat ada yang tak punya ayah lagi di dunia,
-menanggung keluarga di saat ada yang hidup susah melarat
dan banyak lagi

Allah has blessed me eith this wonderful family. Alhamdulillah.

oh ye! saye ade lagi sorang backup food tester iaitu adik saye, mat neh
-kalau sedap die makan banyak2 kali
-kalau tak sedap die tak sentuh langsung makanan

sekian. ini lah baba saye. dont play2 ok.;)


SELAMAT HARI BAPA buat baba saye dan bapa2 yang anda juga banggakan di luar sana;)

pssss~
dia datang jeng jeng jeng.  tulang belakang sangat lenguh macam menongkah bangunan 10 tingkat.
Final exam in 3 more weeks. doakan

Saturday, June 18, 2011

how to make puff pastry

Antara makanan yang paling saye suka kat india ni adalah egg puff.
Berikut merupakan ranking kesedapan egg puff di sekitar mangalore yang pernah dicuba.

1. Cherry square light house
2. cochin bakery kat pandeshwar circle
3. Bakery sebelah MORE
4. Spar

Egg puff kat kedai lain rasanya biasa2 sahaja.
Kalau kat Malaysia memang dah ada dijual ready made Puff pastries. (boleh try jenama KAWAN).
Tapi kat Mangalore setakat ni belum jumpa lagi yang ready made punya. Mostly depa buat sendiri. Kalau beli kat stall biasa kadang2 terkeras, tak berapa rapuh, lembap, tak puffy dsb.

Ini antara cara buat puff pastries yang termudah dengan penerangan yang detail pernah saye jumpa.

trylah. berbaloi2.



Thanks and credit to him ni sebab tak kedekut nak bagi resepi dengan penerangan simple.

wassalam

Wednesday, June 15, 2011

buat ayah bonda

Dengarkan,



Terima kasih besarkan kaklong sampai dah besar tapi tak berapa panjang. Kalau pun dah jadi isteri orang, syurga dah berpindah arah, moga tak lupa jasa sampai hujung nyawa.
Doakan kaklong terus jadi anak solehah, Dengar kata, tak degil walaupun kadang2 degil, kadang2 malas, kadang2 gila-gila.

Kepada mak, tq sebab sabar dan selalu doakan kaklong. Kalau tak kena bebel tak kena marah, sampai sekarang tak jadi orang agaknya. Tapi garang2 mak, time kaklong nangis dulu mak datang peluk pujuk kaklong. Tq
Kepada baba, tq sebab selalu nasihat. Kecik2 dulu selalu kene rotan masa mengaji buatkan kaklong tak reti nak share apa-apa kat baba. Kecik-kecik jugak kaklong selalu seret bantal sambil bawak botol susu g kat baba yang tengah duduk atas kerusi malas, suruh usap kepala sampai tertido. Diam2  jugak baba selalu jadi penyokong kuat especially bab masak2.

Baba -ada lagi mak, tinggal jauh nun di utara. Tapi tak pernah lupa balik kampung dan call tok sekali sekala tanya khabar. ayahnya dah lama meninggal,sebelum baba kawin lagi tapi dia tak pernah lupa doakan dan ziarah kubur.

Mak- ada lagi mak dan ayah. Tinggal setengah kilometer je dari rumah. Dekat di mata.







Berbakti selagi ada umur. Pohon ampun selagi ada nyawa. Gembirakan selagi ada nafas.
Lafazkan sayang, lepaskan rindu, zahirkan maaf.
Luahkan dengan kata-kata atau coretan agar mereka tahu.
Biarpun tercemar ego.
biarkan yang lepas.
Bila mereka dah takda, kita tak punya apa.
Dan kalau kita yang pula yang tiada.
Moga luas kubur kita,tenang bahagia di sana.
.
.
.
sebelum terlambat

wassalam

Monday, June 13, 2011

pemimpinku

kalau kamu tak tahu atau tak pasti tentang suatu hukum agama yang diajukan kepada kamu oleh orang2 biasa seperti saya, kamu cuma perlu jawab
-maaf saya tak tahu
atau
-saya akan rujuk kembali kepada kamu setelah dapat penjelasan yang benar dari pihak yang lebih tahu


saya harap kamu tak kata
-saya rasa begini dan begini
atau lebih teruk lagi
-ye/ tidak..hukumnya adalah begini

impaknya...
orang2 biasa ini akan buta2 menurut kefahaman kamu kerana pada anggapan mereka kamu lebih arif dalam hukum-hukum agama

kenapa kamu malu untuk mengatakan kamu tak tahu
adakah sebab kamu terbiasa menjadi pusat rujukan, terbiasa menjawab pelbagai persoalan, lantas andai wujud satu soalan yang kamu kurang arif, kamu tetap mahu menjawabnya tanpa dalil dan kenyataan yang tepat.

sebaiknya..
diamlah sahaja jika tidak tahu
jangan bimbang
ia tidak menunjukkan kedangkalan ilmu kamu, sebaliknya itu jawapan yang tepat dari mengeluarkan hukum yang kamu tidak pasti.
malahan
reputasi kamu takkan tercalar sedikitpun


saya bukan manusia serba tahu, tapi saya mahu ambil tahu
kalau saya ditakdirkan arif tentang sesuatu, saya doa agar saya tak jadi manusia pura2 arif tentang perkata yang saya tak tahu.

katamu bisa diwar2kan di sini sana, disebarkan dari mulut ke serata

pengaruhnya atas semua....manusia2 biasa seperti saya ini.
boleh jadi juga saya menyebarkan ajaran kamu kepada yang lain pula
itu sahaja harapan saya kepada kamu
sebab kamu manusia yang saya hormati, manusia yang saya sanjung tinggi
sekian

salam sayang buat pemimpin-pemimpin dari sekecil-kecil komuniti kepada sebesar-besar ummah

dari insan yang masih kurang ilmu

Sunday, June 12, 2011

masak lemak cili api lagi. Ketam pulak

Ini adalah kali pertama makan masak lemak cili api ketam.
Selalu kat rumah mak akan masak kari ketam dia yang famous tu.
Banding harga ketam malaysia dengan india, RM 25 sekilo dengan Rs 80 (~rm 7).
Banyak beza kan. Jadi kalau masak ketam kat malaysia mesti nak masak lauk yang sedap, tak berani nak try and error sangat, Takut bazir hheehehe. Dulu pernah try masak satu lauk ketam..
Rasa macam tahi kut (walaupun tak pernah makan tahi). 
Beberapa hari panaskan pun tak lalu makan.
Lantas dibuang ke tanah..
Tapi masak lomak cili api ketam ni not bad.
Kalau bagi baba makan, mesti dia tambah 2 kali (kari ketam baba tambah 3 kali)
Kalau nak bagi ranking. Dia nombor dua selepas kari ketam.
Nombor tiga adalah deep fried masala crab kat restaurant attavar,heheheh

2 ekor ketam bersihkan
1 kotak santan
3 keping asam gelugur
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1sb cili boh*
1 serai (ketuk)
10 biji cili api*
1sb serbuk kunyit*
garam*

* 'kisar halus"

cara dia
-gaul ketam+bahan kisar+asam gelugur+ serai dalam periuk. Didihkan bahan kisar atas api kecil sampai agak2 cili masak
-then curah santan + sedikit air.  didihkan.



Tips: 
Nenek kata, kalau nak masak masak lomak dengan makanan laut eg: ikan dsb, guna lah bawang.
tapi kalau ayam, tak payah taruh bawang.

psssst~
-suka makan dengan kicap manis.
-suka lebihkan cili api sampai makan tak boleh bernafas
-baca lah, pengembara bumi hijau
-tengah exam 3rd sessional ni.
-tak sabar nak pakai sari 18 hb ni. entah apa rupalah agaknya

wassalam

Friday, June 10, 2011

si layu

yang layu itu si aku
melontar bara amarah terburu-buru
tak menghirau hati nan satu
yang setia selalu
sudahnya aku yang terduduk kelu
menyesal malu
selalu saja begitu

pohon aku si layu
usah cantas semangatmu
dek emosiku yang tak menentu
ku tahu kau senyum selalu
tapi jangan kau terus pergi berlalu
meskipun aku terus begitu

pinta lagi si layu
sabarlah dengan aku yang kertu
saban hari ku katakan pada diri aku tidak begitu
tiap kali juga aku terlajak perahu
aku tahu
si layu ini akan mampu bertukar baru
berikan aku waktu
yakin itu ada padaku
dan aku harap ia terus ada padamu




nah! untuk kau yang senyum selalu



pssst~ dari wan kepada wan, 
tengah exam sekarang ni. Silent mode. Ceritera bisu di blog sahaja

Thursday, June 9, 2011

the so called famous amos biscuit

Tak tahulah apa rasa sebenar famos amos ni sebab tak pernah beli.
im not a cookie lover.
Terjumpa resepi ni yang dah lama dicirculate dalam internet. Resepi yang mencetuskan kontroversi.
Ada yang percaya ada yang tidak.
Whateverlah, i have decided to give a try.

(segala bahan telah dibahagikan kepada 4. Jadi dapat dalam 30+ cookies)
Review: wow! not bad. Quite nice.cuma dah terguna kacang gajus, kalau guna walnut lagi sedap kut.

Ni cerita dia:

This is a true story
My daughter and I had just finished a muffin at
Famous Amos Café in Bangsar & decided to
have some cookies. Because both of us are such
a cookie lovers, we decided to try the “Hawaiian
Nut Cookie”.
It was so excellent that I asked if they would give
me the recipe and the waitress said with a small
frown “I’m afraid cannot”. Well I said, “Would you
let me buy the recipe?”
With a cute smile, she said “YES”. I asked how
much and she responded, “only two fifty, it’s a
great deal!” I said with approval, “Just add it to my
bill”
Thirty days later, I received my VISA statement
from Famous Amos and it was RM285.00 . I
looked again and remembered I had only spent
RM9.95 for two muffins and about RM20.00 for a
pie. As I glanced at the bottom of the statement, it
said, “cookie recipe – RM250.00″. That’s
outrages!!!
I called the Famous Amos’s Accounting Dept. and
told them that the waitress said it was “two-fifty”,
which clearly does not mean “two hundred and fifty
dollars” by any POSSIBLE interpretation of the
phrase. Famous Amos refused to budge.. They
would not refund my money, because according to
them, “What the waitress told you is not our
problem. You have already seen the recipe – we
absolutely will not refund your money at this point.”
I explain to her the criminal statues which govern
fraud in Malaysia. I threatened to refer them to
police for engaging in fraud. I was basically
told, “Do what you want, we don’t care, and we’re
not refunding your money.” I waited for a moment,
thinking of how I could get even, or even try to get
any of my money back. I just said, “Okay, you
people got my RM2-50.00, and now I’m going to
have a RM250.00 worth of fun.”
I told her that I was going to see to it that every
cookie lover in Malaysia with an email account
has a RM250.00 cookie recipe from Famous
Amos…for free… She replied, “I wish you wouldn’t
do this” I said, “Well you should have thought of
that before you stole from me”, and slammed
down the phone on her.
So, here it is!!! Please, please please pass it on
to everyone you can possibly think of. I paid
RM250.00 dollars for this…I don’t want Famous
Amos to ever get another cent off of this recipe…..
Recipe may be halved:
2 cups butter
4 cups flour
2 tsp. baking soda
2 cups granulated sugar
2 cups brown sugar
5 cups blended oatmeal (measure oatmeal &
blend in blender
to a fine powder)
24 oz. chocolate chips
1 tsp. salt
18 oz. Cadbury bar (grated)
4 eggs
2 tsp. baking powder
3 cups chopped nuts (your choice)
2 tsp. vanilla
cream the butter and both sugars. Add eggs and
vanilla; mix together with flour, oatmeal, salt,
baking powder, and soda. Add chocolate chips,
Cadbury bar and nuts. Roll into balls and place
two inches apart on a cookie sheet.. bake for 10
minutes at 375 degrees. Makes 122 cookies..
Have fun..!!



 pssst~ 
-Oz ni adalah ounce rupanya. baru ceq tau
-dah 2-3 malam tak lena tidoq  duk pikiaq pasai pkara tu. lusa ceq exam. doakan
wassalam

Tuesday, June 7, 2011

masak lemak otak + bunga kantan

Penah makan otak?
otak-otak pernahlah kan.
Tapi ni otak betul punya.
Kalau ikutkan empunya diri ni, dulu-dulu geli nak nak makan kalau orang hidang.
Yelah! takde bende lain ke nak dimakan?
Tapi lepas family buat lembu korban dua tahun lepas, Mak ada masakkan masak lemak cili api otak lembu ni.
Takut geli-geli tapi perut sangat lapar. Try jugak. Wah! sedaplah.
Lepas tu dua 3 kali lalu SPAR nampak dorang jual...beli sekali.



- 1 otak, bersihkan. takyah potong
- segenggam cili api
- 1sb serbuk kunyit
- 1 kotak santan
- 2 bunga kantan. hiris
- 2 keping asam gelugur
- sedikit air ikut kepekatan kuah
- garam secekup rasa

cara,
-blend garam + cili api + serbuk kunyit sampai hancur
-gaulkan dengan otak+sedikit air, didihkan cili atas api kecil sampai masak,
-curah santan.
-lepas mendidih + bunga kantan dan asam gelugor.


pssst~ tengah makan tiba2 terbayang otak cadaver kat bejai. ahhh sudahh...terus tak lalu

Monday, June 6, 2011

5 kawasan melaka sebagai zon bebas rokok. hip hip horayy!!!

kat sini kat sini tak boleh merokok ye tuan2:

1) bandar melaka
2) melaka raya (kat mane ni)
3) MITC
4) bandar alor gajah
5) Bandar Jasin... ( ye bandar jasin yang kecik seciput tu pun x leh merokok tau)

eh ade tambahan lagi satu,

6) Rumah cikgu bari dan cikgu salmi

sekiranya tuan2 merokok jugak, tuan2 boleh dikenakan kompaun sebanyak rm 300 minima dan rm 5000 minima.

kalau kat rumah cikgu bari dan cikgu salmi - rm 5000. (jadi..simpanlah wang tuan2, jadikan ia wang hantaran perkahwinan ke...asalkan tidak terbazir sia2 semata2 disebabkan rokok.

~peace no war ~

Quit smoking ;)

Friday, June 3, 2011

egg tart recipe for dummies

"Saye budak baru belajar. Kalau salah tolong tunjukkan"

Part of pantun yang dah termaktub dalam kepala kita sejak kecil lagi.
Ye saye budak baru belajar, maka merangkaklah dengan resepi yang paling mudah dulu.
kalau yang ni ok baru try resepi yang kompleks pulak.

Review : hmm...rasa dia bolehlaaaa.... Kalau terer buat kuih, ubah la crust die bagi lagi rapuh. Inti die ok.

resepi bulat2 dari sini. http://www.grouprecipes.com/49135/portugese-egg-tart.html
cuma inti saya tambah kan esen vanila dan 1sb tepung kastad. copy paste je k


  • Mix the flour , sugar , butter and water .
  • Chill it while preparing the filling .
  • Beat the eggs . Add the milk and the sugar .
  • Preheat the oven at 180 degrees .
  • Divide the dough into 6 to 8 balls .
  • Flatten them into the pans .
  • Spoon the custard into the shells .
  • Cook for 30 mins or until set . .
  • Cool it .

 wassalam