Wednesday, April 6, 2011

kuih talam 2 muka berseri (berjagung)

Kat india ni ada bermacam-macam jenis beras.
Ada yang panjang, pendek, gemuk, kurus, bulat, senang kata apa nak semua ada.
Cuma satu jenis ja tak ada iaitu.....
BERAS PULUT.
Makanya terpaksalah mengusung sekampit beras pulut beribu-batu merentas lautan Hindi.
(walaupun tak tau nak buat apa pun sebenarnye, muahaha...)
Baru ja sebulan lebih beras pulut tersebut bermastautin di Mangalore, 
saye dah jumpa beberapa ekor KUMBANG TANDUK terkedek2 dalam bekas simpanan.
Hangin satu badan dibueknye.....
heee....kene masak cepat-cepat. Tak guna punya kumbang. Tak bagi can langsung.
Sapa ada petua untuk halau kumbang ni sile bagitau eh.
Saye dah try taruk lada kering dalam beras, tapi ini kumbang INDIA mari punya... kebal semacam
Depa boleh buat derk je lalu-lalang atas cili kering tu. 
Bukan takat beras ja kena serang, meehoon, mee, pasta, semua kena libai.
Plz help

here, my so called kuih seri muka@ kuih talam 2 muka berseri. Pasai lapis atas tu ada dua
My 1st attempt. 



serving: seloyang setengah (1 loyang kecit + 1 loyang 8 inci diameter)

lapis pulut
-2 cawan pulut (rendam beberapa jam)
-2 setengah cawan santan cair
-garam
-3 sb jagung sweet corn (saya guna brand SIL ,beli kat spar.)

lapis hijau
-2 cawan santan pekat
-2sb tepung gandum
-3sb tepung jagung
-pewarna hijau
-perasa pandan (saya tak da daun pandan)
-1 biji telur
-1/2 cawan gula pasir + 2 sb gula pasir (kalau guna 1/2 cawan shj rasa dia kurang manis)

lapis kuning
-bahan2 sama maca lapis hijau, cuma saya
-gantikan santan dengan evaporated milk (bawak dari mesia)
-omit pewarna hijau

cara-cara
-campur semua bahan pulut
-leserkan loyang dengan sedikit minyak masak. (saya alas dengan plastik supaya mudah nak keluarkan)
-curah bahan pulut dalam loyang.
-kukus selama 30 minit
-keluarkan, biar sebentar dan tekan2 supaya padat.

lapis hijau
-panaskan santan selama 1 minit dalam microwave
-tuang atas tepung gandum+tepung jagung+gula. kacau rata hingga tak berketul
-masukkan baki bahan2 yang lain.
-curah atas lapis pulut (guna tapis untuk buang ketulan2)
-kukus lagi 30 minit

lapis kuning
-caranya sama macam lapis hijau. cuma curah lepas lapis hijau masak dan sejuk
-kukus lagi 30 minit

pulut yang dah di penyet2

nampak dak ketui2 yang perlu ditapis

siap dah lapis ijau

psst~ 
-pastikan masa mengukus air wap tak jatuh atas kuih. Kalau tak nanti berair. 
saye balut tutup periuk kukus tu dengan kain.
-perasan tak rata2 harga barang-barang dapur kat SPAR dah naik dengan mendadak
-total santan yang digunakan adalah 3 kotak setengah
(homemade brand santan now rs 33. previously rs 26). thats why lapis kuning i guna evaporated milk hehe
-nasib baik lah jadik kuih ni, kalau tak jadi, sampai bila2 tak mau cuba dah.

sekian
wassalam


1 comment:

Anonymous said...

kuih n sedap