Monday, April 18, 2011

rempah yang meremangkan bulu roma

Korang tau tak apa die rempah yang termahal di dunia?
Tadi saye ke kedai rempah depan Spar tu sebab nampak amat menggiurkan dari luar.
Lalu saye bertanye kepada pekerja kedai berkenaan spice termahal di alam maya ni, SAFFRON
(sedapkan nama dia, sesedap harganya)
Sambil tu gatallah pule mahu meneroka keseluruhan isi kedai.
Tengah leka belek-belek rupanya si pekerja  sudahpun siap membungkus incik saffron untuk saye.
Nak tak nak beli jelah. 
Nak tau berapa harga dia?
1 gram = RS 290 
1 gram ok, secubit je. Meremang bulu roma saye dibuatnye. Sikit lagi je nak tercabut.
Nasib baik bende alah ni memang dijual sebanyak 1 gram, so tak dalah rasa bersalah sangat nak beli. Lagipun saye teringin nak tau ape yang hebat sangat si saffron ni dalam masakan.

ini dia

Berikut adalah sedikit info tentang saffron;-

-Kenapa saffron ni mahal sangat??
Safron dihasilkan daripada stigma bunga crocus yang telah dikeringkan. Mahalnya ia bukanlah disebabkan faktor kekurangan sumber tetapi adalah kerana ia memerlukan tenaga buruh yang amat banyak. Setiap kuntum saffron hanya mempunya 3 stigma dan ianya amat fragile serta perlu dipetik menggunakan tangan sahaja



-80,000 kuntum bunga crocus diperlukan untuk menghasilkan 1 pound saffron

-Negara terbesar dalam pengeluaran saffron adalah Spain, diikuti dengan India iaitu di Kashmir

-Saffron digunakan untuk meng'enhance'kan rasa dan aroma makanan. Hanya sedikit atau secubit sahaja diperlukan untuk menghasilkan rasa makan yang menakjubkan.
Ia juga digunakan dalam perubatan dan krim kosmetik

-Kebaikan saffron:-
1. Depression depresi
2. Pain .sakit
3. Period pain senggugut
4. indigestion and heartburn masalah penghadaman
5. Fright and shock ketakutan dan keterkejutan
6. Premature ejaculation errkk! pramatang ejakulasi eh
7. cough batuk
8. spit blood muntah darah eh
9. insomnia sukar tidur
10. cancer
11. gas
12. hardening of arteries salur darah mengeras
13. baldness botak
14 dry skin kulit kering

saffron dikatakan mengandungi bahan anti kanser, mampu mengurangkan kolesterol dan mencerahkan kulit.

-side effects:-
setiap benda yang diambil secara berlebihan pasti mendatangkan keburukan kan

1. Nausea loya
2. vomiting muntah
3. alergy & rashes gatal-gatal
3. Hypersexuality errk??
dan banyak lagi

Sesetengah wanita mengandung mengambil suplemen saffron untuk mendapatkan bayi yang berkulit cerah. Namun mereka hendaklah mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu kerana ia juga boleh mengakibatkan keguguran.

Sekian

-dah macam artikel kesihatan pun ade
-nampaknya saye perlu polish semula BM, nak buat tulih ni je pun ambil masa berjam-jam nak fikir perkataan sesuai.
-entah bilenye la saye nak masak guna saffron ni.

wassalam

No comments: