Wednesday, April 20, 2011

roti campak-campak

Saye tak tau apa nama dia. Kite bagi nama roti campak-campak boleh?
Buat pukul 3 pagi sambil takut-takut kut hantu sergah kat tingkap.

1 cawan minced mutton
1 sb serbuk kari
1 sk serbuk lada sulah 
setengah biji bawang besar (cincang)
3 biji telur
cili hiris @daun sup hiris
2 sb susu
Garam
2 keping roti
butter
-Sapu butter atas roti, bakar atas kuali seketika sampai perang. Angkat
-Gaul serbuk kari + minced mutton + lada sulah +sedikit garam
-Masak atas api kecil tanpa minyak sampai air mutton kering. tutup api dan sejukkan
-Dalam mangkuk lain, whisk telur + bawang besar + susu + cili hiris + daun sup + garam+ minced mutton yang telah sejuk.
-Tepekkan atas roti, masak bahagian inti menghadap kuali dengan api kecil bagi memastikan telur masak keseluruhan dan tidak menjadi soggy
-serve dengan mayonis dan sos

* kesian roti ni. elok2 nak buat muka smiley, jadi muka evil pulak

wassalam

No comments: