Monday, April 4, 2011

betollah kata atuk

Sabtu lepas merupakan detik bersejarah buat India kerana terpilih ke final Cricket Worldcup 2011.
Acara bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 10.00 malam.
INDIA VS SRI LANGKA
Berpusu-pusulah si India untuk menonton. 
Ada yang sanggup pakat bunk class berjemaah. Bukan student aje, cikgu2 pun ikut sama memonteng.
Siapa2 yang ada appointment gigi turut dianjakkan ke hari selepasnya. 
Doktor2 pakat tutup klinik haritu. memonggok beramai2 depan TV.
To some of us, it is just a game. But for the Indians, it is more than that...
Masa inilah musuh dan rakan duduk sebahu. 
Takda cengil2, takda gaduh2. Bersemangat semua orang nak tengok cricket.
Kedai tutup awal, stesen minyak takda orang, jalan raya lengang, 
pesakit pun memonggok jugak depan tv, 
Bak kata my classmate, ramai2 berkumpul kat tv room, siap kaler2 muka warna bendera, sudah terasa macam duduk dalam stadium.
Sunyi sepi seluruh Mangalore dari petang jejak ke malam.
Tepat jam 1045 malam riuh rendah seluruh alam dengan bunyi bunga api di merata2.
Bergegar Mangalore dengan sorakan kemenangan. Status facebook semua berkisar tentang cricket.
Mat2 rempit legap merempit dengan kibaran benderanya.
Suami isteri anak2 keluar rumah melompat girang, berpeluk2kan.
Yeah! something u didnt get to see in Malaysia...
I hope everyday is a worldcup cricket match.
Boleh balik kelas awal, dpt tengok orang india tak bergaduh, pesakit pun takmau sakit time ni.
For once, everyone bersatu hati. Semua cakap tentang cricket.
AND YES ATUK, YOU ARE VERY RIGHT.
The indians are really into cricket.
hehehe




wassalam

pssst~ 
-kalau awak nak tegur atau ada rasa tak puas hati, sila tegur direk kepada saya.
berkias-kias, berbasa basi hanya buat saya tak faham. sekian 
-baru tahu kenapa India terlalu benci dengan pakistan sampai terbawa2 ke perlawanan kriket.
menurunkan dendam dari generasi ke generasi.

-atas semangat keindianan, semua orang kena pakai baju biru besok. 
Tak kire! nak pakai baju merah jugak. ;p 

No comments: