Friday, December 31, 2010

dill potato salad

resepi telah di keluarkan tru fb, tapi nak taruh lagi sebab buat lagi

bahan:
3 kentang
1 bawang besar di dadu
cheese, saya guna cream cheese
lime squeeze, ikut tekak
garam
daun dill dicincang

~kentang dicuci bersih dan direbus dengan garam tanpa buang kulit. lepas dah empuk, keluarkan dan potong dadu besar2
~bawang ditumis dalam minyak zaitun sampai naik bau, kemudian tambah kentang dan biar sekejap
~api kecil, masukkan dill gaul2 dan terus tutup api. kalau lama2 rasa daun hilang dan x best
~garam, lemon squeeze, dan gaul lagi dengan cream cheese ikut banyak mana anda suka

ni rupa daun dill tu.macam rumput
wassalam

Tuesday, December 28, 2010

mandi limau nipis


Sejak oktober lepas saya dah mula mengamalkan mandi air limau nipis.
cara2nya:
Perah 3 biji air limau nipis kedalam sebaldi atau segayung air,
kemudian bacakan al fatihah sebanyak 7 kali dan hembuskan pada air,
mandi dan ratakan seluruh badan.

Petua ni saya dapat dari ustaz kazim dalam ceramahnya yang bertajuk "digigit jin". Kalaupun bukan sebab digigit jin apa salahnya  mencuba kan. Mandi air limau nipis atau limau purut di galakkan mak untuk kesihatan cuma tak pernah dibacakan apa2.
Alhamdulillah berikut adalah tanda2 perubahan yang mula saya nampak secara agak obvious

1. Sejak dari kecil selalu terdapat kesan2 lebam sebesar duit syiling di paha yang tidak dikatahui sebabnya dan tidak menyakitkan setiap kali bangun tidur. Ianya berterusan sampai saya besar. Kalau 1 lebam dah baik, besoknya muncul lagi yang lain. Selepas saya mula amalkan, even sejak mula kali pertama mandi, lebam2 sudah tidak kelihatan
2. Baran dan rasa cepat nak naik darah juga mula dapat dikawal. Kalau dahulu saya cepat geram dalam situasi2 kecil. Nak marah aja rasanya

3. Period cycle mula teratur sedikir demi sedikit. jika dulu, saya mengalami bleeding in between period cycle. Around ovulation date.sehingga saya musykil ia adalah menstruation atau tidak, ragu2 kena solat atau tidak. Suka2 hati timing dia nak mai

4. Selepas beberapa ketika saya juga dapati amat susah untuk beri tumpuan semasa solat dan rasa sangat2 berat untuk mengerjakannya.Begitu juga semasa belajar, nak cari courage untuk bukak buku tu rasa macam nak kena daki gunung everest, malas yang amat. dan saya cepat lupa apa yang saya baca. Sekarang alhamdulillah. lebih tumpuan.


5. Rimas dikelilingi orang. Rasa nak cepat2 peruk diri dalam bilik sorang2.

6. Rasa terlalu cepat letih dan lenguh satu badan walaupun tak buat apa2 pun berkurangan. Saya rasa lebih segar.

7. Setiap tidur saya pasti akan diselitkan dengan mimpi. Otak banyak berfikir lah kan. Tapi selalunya selepas 3 ciri di atas appear, pattern mimpi saya akan menjadi pelik. Lebih kepada menakutkan. Dan saya akan terjaga dari tidur akibat sakit kepala yang amat sangat secara tiba2. Pernah juga mimpi berborak dengan arwah moyang khemah yang menanyakan sama ada saya mahu terima belaan saka harimaunya atau tidak.sekarang tiada mimpi pelik lagi.

8. Kemuncak pada semua simptom di atas, saya akan sakit dada tanpa diketahui sebabnya. Sakit sentiasa masa menarik dan menghembus nafas. Sakit amat sampai rasa macam ada paru2 berair ke apa. berterusan upto 1-2 weeks. nak buat apa pun xjadi kerja.

biasanya saya amalkan sebulan 1-2 kali. kalau nampak simptom2 mula appear, saya mandi.

~limau nipis biasa digunakan oleh pengamal perubatan, dipercayai boleh meneutralkan bisa2 ilmu sihir dll. Saya bukanlah seorang yang percaya sangat pada benda2 mistik ni. Perihal ghaib kita wajib percaya. cuma saya xda nak percaya sangat ia sedang lekat. Amalan mandi air limau ni lebih kepada kesihatan pada saya. Dan sejujurnya inilah effect yang saya alami sendiri. Kita hanya mampu berusaha, dan yang memberi kesembuhan itu adalah dari ALLAH S.W.T jua.

wassalam

Monday, December 27, 2010

yeah, this song makes me cry




You fingertips against my skin
The palm trees swaying in the wind
Images

You sang me spanish lullabies
The sweetest sadness in your eyes
Clever trick

I never want to see you unhappy
I thought you’d want the same for me

Goodbye, my almost lover
Goodbye, my hopeless dream
I’m trying not to think about you
Can’t you just let me be?
So long, my luckless romance
My back is turned on you
I should’ve known you’d bring me heartache
Almost lovers always do

We walked along a crowded street
You took my hand and danced with me
Images

And when you left you kissed my lips
You told me you’d never ever forget these images, no

I never want to see you unhappy
I thought you’d want the same for me

Goodbye, my almost lover
Goodbye, my hopeless dream
I’m trying not to think about you
Can’t you just let me be?
So long, my luckless romance
My back is turned on you
I should’ve known you’d bring me heartache
Almost lovers always do

I cannot go to the ocean
I cannot drive the streets at night
I cannot wake up in the morning
Without you on my mind
So you’re gone and I’m haunted
And I bet you are just fine
Did I make it that easy for you
To walk right in and out of my life?

Goodbye, my almost lover
Goodbye, my hopeless dream
I’m trying not to think about you
Can’t you just let me be?
So long, my luckless romance
My back is turned on you
I should’ve known you’d bring me heartache
Almost lovers always do

Sunday, December 26, 2010

bubur asyura

ini resepi lepas.
1st time: rupa tak senonoh
kebiasaannya setiap 10 muharram mak akan buat bubur asyura. Resepi dari tok kedah.
Jadi mahulah saya meneruskan tradisi ini hendaknya..

bahan2 (untuk 3-4 orang)

1 cawan tepung beras
3 cawan santan
100 gram gula pasir
jagung 1 tin. (saya guna jagung setongkol)
kacang hijau (kalau mahu)
keledek setengah biji didadu besar
pisang 4 biji potong bulat2
nangka (kalau mahu)
apa2 jelah kalau nak letak lagi
garam 1/2 sudu kecil

* saya tak taruk nangka, kacang hijau,

cara2~

~ keledek dan kacang hijau direbus sampai lembut. Dan tapiskan
~ santan + tepung +gula + garam. atas api kecil, kacau sentiasa sampai hampir likat dan tidak berketul.
~ masukkan semua bahan2 laindan kacau lagi sampai likat,
~tutup api. sejukkan dalam bekas


psssst~ kalau nak tau dah masak, dia takkan melekat kat langit2. (palate)

wassalam

Friday, December 24, 2010

ini kisah aku



Sejak dari sekolah rendah, E.N.G.L.I.S.H adalah satu-satunya subjek yang paling aku benci.
Dilahirkan dalam keluarga yang tak speak BI dan sekolah kampung yang semuanya Melayu serta perbualan harian dalam bahasa melayu memantapkan lagi kebencian dan ketakutan pada subjek ni. 
Ingat lagi masa kecik-kecik mak ajar omputeh guna buku cerita bergambar 'the ugly duckling'. Jenuh nak bukak kamus check satu-satu makna perkataan. Belajar dua muka ja lepas tu aku dah give up. Exam UPSR boleh pulak dapat A, padahal taram ja semua. Nasib baik

Masuk ke  sekolah menengah elit pula kemudiannya. Aku still tak dapat overcome kebencian pada subjek ni.  Tinggal dalam kelompok Melayu lagi. Tapi bila tengok english debater cakap berhabuk aku kagum ternganga. Dalam hati, mesti mak bapak dorang speaking dengan anak-anak masa dari kecik. Rasa kesal pula family aku tak macam tu. Kalau tak mesti aku terer english. Dari form 1 sampailah form 5 semua kerja karangan yang cikgu bagi aku copy paste ja dari buku contoh. Tak pun cari lah ayat sana sikit, sini sikit, cantum-cantum dah jadi perfect karangan. Kalau nak harap faham macam mana nak guna past tense,past present dan entah apa2 lagi...itu lagi tunggang langgang. Semua aku hentam ikut gerak hati.
Dapat pulak PMR A, nasib baik lagi..

Kemudian masa form 5 aku bertekad nak duduk dalam set 1 english padahal tak da usaha pun. Ni kira set budak2 yang pandai english la, para debater punya kelas macam Dinie dan NK. Sebelum dibahagikan kepada set, kami kena ambil ujian penentuan. Soalan ditanya mostly adalah past tense,present dan seangkatannya. Macam biasalah aku hentam sahaja ikut mana yang rasa sedap bunyinya. Pada hakikat aku tak pernah paham pun mana nak guna benda-benda tu semua. Tapi dapat pulak masuk set 1, memang gerak hati aku mantap, bernasib baik lagi. Aku rasa akulah manusia terbodoh dalam set tu, penuh tanda merah-merah pada kertas kerja. Orang kata nak pandai omputeh kena baca buku dan dengar lagu omputeh. Aku dah try, tapi aku tak minat. So aku stop
Ada sekali cikgu suruh berlakon depan kelas, ketaq lutut. Nasib baik jumpa contoh perbualan omputeh pasal tukang gunting rambut dalam buku kerja, lalu aku hafal bulat-bulat. Kemudian SPM, aku guna the most simple ayat masa buat karangan. Mana2 yang past present tense pelik-pelik tu aku elak guna. Memandangkan vocab aku pun terhad, jadi karangan aku bunyi macam budak tadika. Eh, dapat pula A1 tu, kagum aku dengan nasib baik yang Allah kurniakan.

Seterusnya aku dapat tawaran melanjutkan pengajian pergigian di oversea, kena buat preparation dulu 2 tahun kat Taylors college. Majoriti di sana adalah kaum india dan cina. Semua anak orang kaya-kaya, pakaian macam model g kelas, masing-masing speaking. Tegak bulu roma. Selama aku dalam kelompok melayu dulu, tak pernah sekali aku speak english. U can call me a coward la. Tapi nak speaking, tidak sekali-kali, langkah mayat aku dulu. Aku sangat takut dan ngeri. Boleh dikatakan aku tak bercampur gaul langsung dengan classmate aku yang berlainan bangsa di sana selama 2 tahun tersebut. Hidup aku hanya dikeliling budak-budak melayu yang terpencil. Takut cakap omputeh punya pasal. Any assigment given, aku teruskan tradisi lama, "copy and paste' sahaja. Tapi aku belajar how to use 'which is and which was' lepas aku kagum tengok illani cakap masa bagi presentation.

Since aku adalah pelajar tajaan ke UK, semua offer dari universiti sana akan panggil kami datang interview. Oh! mat saleh akan interview aku. Budak-budak yang dapat offer dah la suma mantap-mantap vocabnya. Aku punya masih di tampuk sekolah rendah. Boleh dikatakan takda peningkatan langsung. Memang fail lah sesi interview aku sebab cakap gagap, plus tersasul berbahasa melayu. 2 minit aku bercakap, pastu aku diam dan kata kat depa aku 'nervous'. Konon-konon terlalu guguplah sampai speachless. Padahal tak tau nak cakap english. Bayangkanla aku hapal brochure university dorang. Ayat sebijik-sebijik. Mana-mana ayat kompleks  yang aku hapal, aku terlupa. Makanya aku tak dapat la mana-mana universiti kat UK. Exam kelayakan english pula aku dapat band 6.5. Cukup-cukup makan.

Lepas tu aku dapat tawaran pergigian kat india. Amik ko, aku tercampak sorang-sorang melayu dalam batch aku. Sorang-sorang!!!. how am i gona survive???. Tapi nak tak nak aku dah dalam keadaan terdesak, terpaksala jugak cakap omputeh. Luckily aku bawak kamus BM-BI sekali. Mula-mula speaking memang completely broken. Orang dengar confirm tak paham. Selalunya time aku cakap, tiba-tiba aku akan pause, ayat tergantung. Sebab aku tak tau apa perkataan seterusnya dalam english. Tapi batchmate aku kemudiannya mula memahami, especially chinese, prev dan prem si budak kenya. Kalau aku pause secara mengejut, depa akan tolong sambung teka apa ayat aku seterusnya sampaila sekarang. Cuma rate 'pause' aku dah berkurangan, tidak seteruk dulu. Vocab aku pun bertambah melalui buku-buku dental yang 'terpaksa' aku baca. Dalam diam aku banyak belajar proper english dari prem in terms of proper pronounciation, verb etc. Preveena pula aku kagum sebab dia tahu banyak vocab. Apa-apa perkataan baru yang aku dengar, aku semat dalam kepala dan apply untuk conversation lain. Dan dahulunya juga dalam setiap lecture aku tak penah faham apa-apa, now aku dah dapat pick up dengan sesi pembelajaran.

Sampailah sekarang proses pembelajaran itu masih berterusan. Ditambah bonus hidup dalam dunia teknologi internet, so ayat-ayat yang aku tak pasti betul ke tak penggunaanya, aku just type kat search engine. Nanti keluarlah ayat tersebut dalam proper usage and tense. Google translate pun ada cuma aku tak berapa suka. Dia akan translate bulat-bulat ayat BM ke BI, tunggang langgang bunyinya. Aku tak cakap aku dah pandai sebab aku masih 'pause' once in a while, masih banyak terms di luar subjek dental yang aku tak tahu, past present tense pun masih samar2 bagi aku walaupun aku dah mula faham cara gunanya sikit-sikit. Tapi aku dapat lihat peningkatan yang significant dalam diri aku. Dari seorang yang compeletely tak tahu dan takut cakap omputeh selama bertahun-tahun, sekarang aku dah boleh borak sebagai bahasa harian dalam 3 tahun ini, Alhamdulillah..

Semuanya bermula dek kerana terpaksa, dalam keadaan terdesak, dan disinilah aku menapak. English aku masih tidak sehebat budak-budak debater, ayat aku masih yang mudah-mudah cuma tak terlalu mudah macam tadika. Kalaulah aku masih berada dalam kelompok melayu walaupun di oversea, aku pasti keadaan aku masih seperti di kolej dulu. Terus berasa selamat dalam kelompok melayu. Aku tak salahkan bangsa melayu, tapi aku salahkan diri sendiri sebab mudah berasa selamat dalam puak sendiri dan tak berani membina courage to converse in english. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.. setiap perancangan Allah adalah terbaik untuk aku. 

Dulu aku kagum amat pada cina sebab pada hemat aku mereka hebat cakap omputeh, tapi kini aku dapat teliti bahawa kebanyakan english mereka adalah broken. Simple tense pun broken juga. Cuma mereka BERANI dan tidak MALU untuk cakap english sesama kaum mereka. Kita patut belajar dari situ. Jadi lepas baca ni bolehlah buat-buat buang tebiat tiba-tiba cakap omputeh dengan family. Tengok reaksi terkujat ibu bapa dan adik bradik kita :p. Pada yang mendengar, janganlah dikutuk orang yang speaking tu, galakkan mereka, kita mahu membina bangsa bukan? Baru kita boleh pandai setanding bangsa cina. Cuba buang jauh-jauh negative thinking 'eh apehal kau tibe-tibe nak speaking dengan aku' ;). Sebab dalam pada masa yang sama ianya membantu kita jua sebenarnya.

Buat kawan-kawan, especially yang Melayu, aku nak minta maaf kalau ada yang terasa bila aku tiba-tiba banyak cakap english dan campur sikit-sikit malay. Sungguh aku tak berniat berlagak ke ape. Terbiasa dengan routine bersama non malay di dalam dan luar kelas buatkan aku terbiasa cakap english kadang-kadang. Hatta kalau balik malaysia, bila tengok cina dan india automatikly aku akan cakap omputeh. Tercengang apek kedai runcit Ah Han kat pasar bile aku speaking sebelum aku tersedar yang beliau tidak faham. Aku minta maaf ye. Bagi yang bijak-bijak dan bakal kerja professional, aku harap its ok untuk korang. English aku banyak broken dan aku mengharapkan any kesilapan dapat korang tegur secara direct. Aku tak pernah nak ambil hati sebab aku tahu semuanya untuk kebaikan aku juga. Andai ada pula yang rasa tak selesa pada aku, bagitahulah, jangan pendam-pendam. Pun aku tak ambil hati. Sepatutnya akulah yang alert dengan hati mereka dan borak in full malay. Tapi kalau balik kampung, otak aku set semula sebagai kampung girl, so tak adalah aku nak cakap omputeh dengan makcik-makcik dan nenek-nenek. Mahunya kena penyapu nanti. Di kesempatan ini juga aku nak ucap terima kasih pada semua yang banyak membantu sepanjang proses aku bertatih berbahasa inggeris. Tanpa kalian, aku tidak di sini. :)
Dan aku tidak takut lagi...

wassalam

(ini adalah celoteh santai berdasarkan pengalaman sendiri, sila abaikan BM-Bi yang bercampur aduk dan ayat yang tidak mantap beserta spellingnya)

pssst~ 
1.sebenarnya sejak dari kecil tiap2 bulan baba banyak beli buku cerita, majalah, komik, buku latihan dalam bahasa melayu dan inggeris untuk kami. Kalau baca komik, section inggerisnya aku selalu skip. Majalah latihan inggeris seperti 'Quest' pula hanya dibuat satu hari sebelum exam. Mengharap pandai express. 


2. berazam untuk biasakan anak2 aku berbahasa inggeris dan arab bermula dari kecil, makanya aku perlu belajar arab dengan gigih pula. Ada sapa2 nak cakap arab dengan ana? =). Mana mungkin untuk menunggu diri ini tercampak dan berdikari di tanah arab.

Wednesday, December 22, 2010

kari ikan tuna@tongkol@ kepala ikan

Baru tau ikan tuna adalah ikan tongkol. 

untuk makan sorang2 atau 2 orang

bahan:

3 kelar ikan tuna (termasuk kepala ikan)
3 biji/helai? cili kering
1 bawang besar dimayang
3 bawang putih diketuk
1 cm halia diketuk
1 sb tomato puri
1 sb cili boh
sepeket 50 sen serbuk kari ikan (2 sb lbh kurang)
2 urat daun kari
rempah 4 beradik (1 kayu manis, 1 bunga cengkih dan lawang, 1 buah pelaga)
1sk halba
sebiji tomato belah empat
bendi
1 cawan santan pekat
2 keping asam gelugur

cara:

~tumis daun kari,cili kering bawang dan halia sampai kekuningan
~campur rempah 4 beradik dan halba
~campur serbuk kari dan cili boh yang telah dijadikan pes.goreng sampai pecah minyak
~masukkan ikan, tomato puri dan 1 cawan air, biar mendidih
~masukkan tomato dan bendi dan santan. Tambah air jika perlu
~garam dan asam gelugur. biar mendidih seketika




pssst~makan dengan nasi panas, sambal belacan, ikan masin cekik leher, uh...berpeluh idung.

wassalam

Tuesday, December 21, 2010

karipap sardin

Mak, harini dah tersilap peksalah. 
Ingatkan viva, punyalah pulun study pukul 3 pagi.
Berlenggang2 ke sekolah dengan buku nan sekeping, 
Sampai lab, tengok semua orang bentang macintosh sheet dan keluarkan instrument.
Dalam hati berkata 'baguih no depa ni, time peksa viva pun depa bleh nak prektis buat wire bending'
Then tertanya pula kawan sebelah "what time is the viva? i havent finish reading ohh"
She answered, "eh today is practical exam la Wan... viva is tomorrow'
(aiseh macam mane bleh set mind terbalik plak ni) Muka cuaks
And i didnt bring any instruments (kan datang berlenggang)
Hmmm jumpa teacher " cikgu, can i go to the toilet?"
and rush back to pick up the instruments..
The exam went well, Insyaallah
esok pulak viva

layan karipap sardin sat (10 keping)

puff 
-1 cawan tepung gandum + 1/4 cawan minyak masak +1/4 sudu kecil garam + 1/4 cawan susu sejuk @ air ais +  1 telur
-gaul semua, uli sampai jadi doh

inti
- 1 tin kecil sardin (kat spar rs 90)
- 1 bawang besar potong dadu
- 1 biji kentang potong dadu
- 1 sudu besar cili boh
- 3 bawang putih (kalau mahu)

~tumis bawang menggunakan minyak seminimal munkin. Kemudian + cili boh. lepas dah garing tambahkan sardin hancur dan kentang, 
~tambah air dalam 1/2 cawan dan biar mendidih sampai air kering dan kentang empuk. tambah garam


psst~ saye suka buat karipap pakai minyak masak menggantikan butter sebab tak melekat with each other dan bila goreng lagi garing . ada orang panas kan dulu minyak baru tambah dalam tepung. Ikut la nak macam mana cara, saya suka campur ja semua x yah panas2kan.  tapi ok ja konsistency,macam x da beza dgn panaskan minyak

wassalam

Monday, December 20, 2010

nak itut..

Mereka akan ke LANGKAWI rabu ini...
Jeleslah tak dapat ikut, padahal bulan satu nanti pergi juga dengan classmate kenya. 
Tapi pergi dengan kawan tak sama dengan family pasai tak boleh nak join mereka ketawa mengekek2. Pulak kalau bawak segerombolan family adek beradek sebelah mak, memang dari pagi sampai pagi semula esoknya tak sudah mengusik dan terkekek. SERONOK!
At this time budak2 di rumah mesti tengah sibuk packing barang, masuk apa patut.
Baju renang tak lupa disumbat sekali...nak berenang di kolam....berenang di laut..
Kalau kite ada sekali, main di tepi2 pantai sambil buat istana pasir jela gamaknya...ceq x pandai berenang..

Al kisah berenang, cikgu Fendi, cikgu sekolah mak yang mengajar adek2 kite dan anak2 cikgu lain. 
Maklah yang encourage kitorang suma blajaq, 
Anas balik dari UK p sana.. bangah balik dari mesit, p sana juga,,,
kite balik dari india pun p sana juga.
Cuma kite dapat bertahan sehari aje.itu pun sejam sebenanye,
besoknya dah demam lepas tu tak p dah.
Mybe im the 1st student cikgu fendi yang fail kut. 
Katanya kite berenang nampak sangat stress macam orang nak peksa... camtu eh?
To be honest seumor idop kite, kite takut nak celup kepale dalam air lebih dari parat telinge..
takut air masuk dalam telinge nanti otak kite penuh, x leh angkat kepale, pastu lemas tak de orang perasan.
Sebab tu mandi kat air terjun air paras peha pun kite boleh lemas terduduk.

Tak pelah, nanti cuti2 kite p air terjun ye can... ajau kite berenang ye can...
Bukan ape, belajau kat kolam renang melaka tu, ramai orang,
Sekalipun  kite rabun x nampak orang...kite rase segan ,,kali ye segan ye...
kite pakai baju renang labuh2 stail muslimah pun kite segannnn...
bile kite terkedek2 dalam air pun kite segan...
Kite rase adek2 kite sume dah pandai swim macam2 stail dah..
kuak kupu, kuak katak, kuak lentang, 

kite???.... KUAK TEMBERANG

jangan tiru aksi ini


food PROJECT

semalam miss z  roger

'syami, ko ade rase mcm nak makan nasi dagang x?'
(mcm ni lah kut ayat die)

seharusnya jawapannya 'iye' (sapa nk tolak rezki)

Rentetan daripada perbualan tersebut  kami berprojek ,

Iaitu hari INI.

actually miss z je yang masak nasik dagangnye..saye datang lambat. tu pun bawak santan je

Buat Blueberry bun lagi, nak rasuah miss z supaya tak kena marah datang lambat.

Makan untuk cover breakfast and lunch sekali petang tu. Satu hari simpan perut tau

Tapi  masa maghrib datang balik berbondongan dengan miss h, makan lagi..

Borak2..tengok2 tv...gurau2... di samping background tempe karok kat belakang rumah

bahagia sekali..

Nyamuk HUNT toooo...

Tq tuan rumah =)


untuk resepi blueberry bun, saya guna resepi bun dari mexican bun dalam entri sebelum ni.
cuma saya tambah extra 1 sk vanilla

dipintal2 macam rambut india (xtau apa nama stail rambut tu). 
tapi lagi mudahla dari nak sumbat jem dalam dough and roll into ball.

bun
-250 g high protein flour (saya guna wheat flour india)
-2.5g bread improver  (saya hentam pakai 1/3 sudu kecil)
-2.5g dough softener   (sama seperti di atas)
-1 sk yis
-1 sb gula
-1/3 garam
-135 ml susu
-1 sb butter
-1telur
-1sk vanilla
campur semua kecuali butter. uli sampai jadi dough.bahagi 3 bahagian. uli panjang2 dan pintal macam rambut india. biarkan naik selama 1 jam. sebelum bakar letak jem


selepas naik selama 1 jam.sebelum dibakar

lepas bakar
 sekian pengisian hari AHAD. thanks pada yang menjayakan
wassalam

Saturday, December 18, 2010

mexican bun

resepi las week.
Jalan2 blog mamafami terliur pula dek mexican bun nya. Resepi yang beliau ambil dari lily.
Berkat beli dan pakai segala bread improver dan dough softener yang dah dibeli di malaysia maka lembutlah roti ni...
Dulu masa 1st attempt saya buat,takdak pakai apa pun. siap boleh baling2 ke dinding rotinya...keras kematu...Rugi pula tak bela angsa kat sini. kalau tak depa bleh tolong perabih=)

resepi ambil sini. tapi bentuknya saya modified ikut kesenangan sendiri.


bun
-250 g high protein flour (saya guna wheat flour india)
-2.5g bread improver  (saya hentam pakai 1/3 sudu kecil)
-2.5g dough softener   (sama seperti di atas)
-1 sk yis
-1 sb gula
-1/3 garam
-135 ml susu
-1 sb butter
-1telur

~add ja semua bahan kering.
~kemudian tambah telur, kemudian susu... uli sampai jadi doh. baru tambah butter, uli lagi. Bulat2 dalam 9 balls. letak tepi.
~ Bila bahan filling dah ready, leperkan ikut gambar, sumbat filling. bulat2kan macam ball. Make sure takda leakage. tunggu naik sampai 2 kali ganda. (45 mins). pipe kan topping dan bakar

filling
-100g salted butter
-1 sk vanilla
-1.5 sb brown sugar

~whisk semua sekali sampai kembang. taruh dalam peti beku 10 minit

topping
-65 g butter
-55 g icing sugar (saya kurangkan jadi 40)
-1 telur
-1.5 sb intant coffee yang saya guna dalam gambar
-65 g tepung gandum
-saya tabah 1 sk serbuk koko

~whisk butter + icing sugar sampai kembang. lepastu tambah bahan lain2. masuk dalam piping beg berlubang kecil atau plastik beg dan tebuk lubang di hujung.simpan dalam peti sementara tunggu bun naik 2 kali ganda. kemudian pipe ikut suka hati. Bakar 170 oc selama 15 menet






sebelum bakar pipe topping, gamba selepas lupa...dah habis ngap

Wednesday, December 15, 2010

bluebeRRy bun

Blueberry jem ada lagi 2 balang tak habis jadi kena buat something untuk menghabiskan beliau sebelum balik malaysia bulan 1 ni.
resepi bun saya ambil dari mat gebu punya blog. cumanya saya tak kreatif+tak berseni+ malas nak buat rupa bunga2 macam blog dia. 
so i just simply chuck the blueberry jam into the dough, rolled it into ball shape and let it rises (double size) in the muffin tray, bake till brown color. 
Bila masak, tengok jem tu meleleh kua sikit dari bun. Dah rupa burger pun ada.Kira macam pus la... it will find the least resistance path to burst open. haha...apa punya analogy. 




untuk filling, guna satu sudu kecil jem ja dah cukup.kalau tak nanti dia keluar berlambak2 macam gunung berapi.

wassalam

ManipaL

Last weekend ada malaysian food festival kat Manipal,
so saya, kia and zimah pakat2 nak p ramai2, tidoq hotel sana untuk satu malam.
Jam 4.40 naik bas aircond rs 65 seorang ke manipal, sampai jam 6 petang. 
check in hotel...EXECUTIVE SUITE hehehe....ah tapi cikai punya.. rm 100 lebih kurang.
Tapi biliknya sangat spacious... plus dapat selimut lobang2 kesan gigit tikus.

Lepas mangrib kitorang gerak g manipal campus. Beli coupon rs 300 sorg.
Tamak haloba tak ingat dunia. Lepas majlis perasmian, dah boleh g makan2... rase blur tengok ramai malaysian (biasalah dah lama tak jakun) tapi makan tetap makan. Food hunt with kia n zimah bermula... sambil2 tu sempat jumpa2 junior sekolah lama. Saya tak kenal, tapi zimah kenallah sebab orang2 prefect dan BPP plus saya memang susah ingat muka orang pun. Tapi takpe, snap gamba jugak... boleh tahanla food yang disediakan, dari kena masak sendiri kan. Sambil makan layan persembahan tarian dll... kagum sebab dorang boleh dapat tajaan dari macam2 'badan'.
Dan yang paling best hadiah lucky draw berupa pakej percutian ke Malaysia termasuk tiket flight by MAS. Berlari2 kegirangan india tempe dan isterinya dan anak2nya nak ambil hadiah tersebut. tahniah!
Jumpa masliana dan mar juga. Junior ni saya kenal sebab satu blok dulu...Sempat dia buat pose tripod masa nak ambil gambar. Memang comel, sampai tak boleh tahan gelak. Syukur under control.
Lepas dah makan macam biasa balik hotel tidur...









The next day breakfast kat foodcourt Manipal, nasik lemak ayem...nyum2.
Kemudian join zul,abid and sape tah lagi sorg tak kenal nama tgk bola kat end point. Saya tak minat bola, so bawak diri sorang2 kat taman bunga further up the hill... lawaaaaa.....tapi panas, tup2 masa turun bawah zimah dan kia dah tunggu. Nasib tak kena marah. P makan eskrim goreng pulak kat Basil.
Kemudian tengok MARENA. komplek sukan uni Manipal. Sangat2 mantap dan moden. Di sinilah duet2 kitorang disalurkan. Tapi tak boleh guna pun. Jauh... Too bad dorang tak majukan apa2 kat mangalore nun. Matahari dah tegak atas kepala... so kitorang decide nak balik hotel dulu. Petang baru keluar lagi..

Dalam pukul 2.30 ptg ambil auto ke malpe ford, naik bot slow ke st mary island... sini memang cantik, lawa dan sebagainya... batu batuan yang terbina dek hakisan ombak sangat unik. Terlupa sekejap ada kat India... snap2 gambar lagi sampai pukul 5 gerak naik bot slow to ke tanah besar..
balik ke hotel, checkout, gerak ke medan selera untuk makan makanan malaysia lagi...
ok lah not bad. Tapi harga dia memang murah. Bertambah murah rezeki pula bila MacD nak belanja..
tq,  Seterusnya catch auto to Udupi... naik bas pukul 830 malam ke mangalore.
sekiam










pssst~ orang tua2 kata jangan suka2 sangat nanti duka... betul pun, malam sampai tu bermula duka pula.humph.
special thanks to model2 dalam gambar. kalau xsuka nanti habaq k.sy remove

eh lupa nk tambah, gambar2 adalah ehsan dari kamera kia.



Tuesday, December 14, 2010

lakse kundia

ikan kembong dah 2minggu dalam peti
laksa kering dah 4 bulan tak berusik
ok buat laksa
tapi daun kesum dan bunga kantan x da
tak pe, xyah masukkan
kite tukar laksa penang kepada
LAKSA KUNDIA....

-1 kg ikan kmbung (rebus dengan sedikit garam kemudian asingkan isi dan tulang) air rebusan jangan dibuang
-1 biji bawang besar
-3 cm belacan
-3 -4 keping asam gelugur
-hiasan2 daun2 seperti timun, telur, bawang,cili hiris dll

~kisar tulang ikan sampai hancur (sy guna pengisar kering)
~blend isi ikan+ bawang+ belacan
~curah dalam air rebusan ikan kembung
~+ asam gelugur dan tulang ikan yang sudah di kisar sampai hancur
~biar mendidih dan tambah garam ikut selera



psst~ baru balik dari manipal. trip yang berbaloi2, nanti cheq cerita
wassalam

Friday, December 10, 2010

hasanah bari

happy birthday!

moga success selalu.
kite nk pinjam DSLR kuleh?;p

 2010-1990= dah 20 tahun.

mak dah bagi 'lesen' lom

Thursday, December 9, 2010

LASAGNE Mus

Mus! thanks for your recipe. Lame sangat dah saye terlior.. dapat jugak buat.
tapi tengok amount butter and cheese yang saye letak, 
memang menggemukkan dan mengkolesterol kan..
sorry pohling, i dah ruin your diet again :)
ni blog mus. since jadi suri rumah sepenuh masa untuk setahun die dah masak macam2. 
cant wait to see her size when she come back here..
mus dah tunjukkan step by step. so xpayah lah saye nak explain lagi ek.
Dan saye rate 10 bintang sebab sedap dan tak renyah nak buat =)




psst!~ dah pandai attach link. yey,maju lagi setapak dari kerabunan IT

dan saye tak puas hati kenape ejaan die mesti LASAGNE tapi pronounce LAZANIA. 
patutnye LA-SAG-NE .
wassalam




Tuesday, December 7, 2010

E.X.A.M's 'coo-coo'

Final exam is comin' in the next few weeks. I'm gonna start early this time. Have to speed up.
Dont wana go 'coo-coo' anymore like last year. Wana know how crazy i was?
During last year final exam, i was'nt well prepared.. 
Last minute study as usual, But at that time it was really2 last minute till i could'nt finish the portion.
so go 'gila' alone..

One week before exam i called my mom. Entah suddenly i feel like wana drop out school,
Just go back and start with my nasi lemak business..(maybe someday i will become a successfull business woman.. who knows rite...)..i dont care..
I was shaken up thinkin' about the upcomin' exam.. 
Totally freaked out!
I told mom, i'm gonna pack up everything and take a flight on the next day..go home of course. Never turn my back to this place..
To my surprised, instead of comforting me and try to calm me down, she scolded me... hehe...
mestila la kena marah kan..

I asked her 'do you feel embarrass if your daughter quit school all of sudden?'.

Of course 'yes'. what will others think? what will they say? My whole big family sent me to the airport when i first came to india..(macam nak pergi tak balik2 dah. padahal setahun balik sampai 2-3 kali). what will the 'orang kampung' say too rite?
i should have 'jaga' my family's pride.. i should have 'jaga' my pride as the eldest sister too..bangah gonna be a doc in the next 1 year, Anas gonna be an engineer, Hasanah, a physiologist, Alawi might follow bangah's step. But adek wanna be a 'lori sampah driver'. He is so thrilled with the lorry, so if i become the 'penjual nasi lemak' i might have company kan. Takdelah rasa tak pandai sorang ;p

Back to the story..
Then her motherly senses struck her up and she tried to rationalized me..(my mom was a counselor at her previous school)..so she gave few analogies to sooth my emo..she said,

"If u fry a fish in the hot frying pan, some of the hot oil will surely 'percik' on you, but if u didnt do it, you wont be able to eat the fish.  same like studying and sitting for exam, if u didnt give a try, you will never know what you will achieve in future"

ah... That analogy did'nt work for me. "now zaman dah moden, pakailah sarung tangan masa goreng, tapi mase exam pakai sarung tangan pun tak lepas jugak'. i answered..still a bit  'coo-coo'.
I heard my sister laughed through the phone.

So she gave me another one...
"ok there's a big hill in front of you, but to get there you have to cross a bridge first, you dont even dare yourself to cross the bridge, you just simply wana be at the hill. cross la dulu baru tahu...' 

"ye cross la dulu jimbatan tu.." my sister supported from the back. 

yeah it does make sense actually, then i asked her " But how if the 'jimbatan runtuh', i dont even know how to swim? " (poor you mom, have to 'layan' your daughter's craziness)
  
And she repeated  the same thing " cross je dulu, jatuh ke tak jangan fikir, yang penting cuba dulu'.
i felt a little confidence risen in myself . Either i pass or not, i should have given a try. So i told her i will cross the bridge...
Everyday during exam i told my whole family to 'sedekah' me Al- Fatihah... 
And i think my mom woke up every night to do the hajat prayer for me as well...
i studied like 'orang gila'...Lack of sleep, sunken eyes, forgot to eat...just books books and books... 

Alhamdulillah.. i passed, a countless thanks to my family for their courage and doa. To my mom, dad, siblings, friends... million of thanks. I did'nt expect my sister to blow some 'kata2 semangat on me' coz we often teased each other a lot, i always get scolded from her for 'sakat'ing my youngest bro..(reveals my childish act at home)..hehe..thanks sis. i appreciate it,. i will not disappoint you guys anymore. No matter what it takes, I WILL CROSS THE BRIDGE =)