Wednesday, November 17, 2010

si budak perempuan itu..

Si budak perempuan itu..
di zaman kanak2nya..sekitar umur 5 tahun..
dibawa oleh keluarganya ke sebuah restoran untuk makan2..
sedang asyik makan, adek keduanya tersigung segelas air tembikai,
tumpah ke lantai, habis tertuang ke tanah airnya..
lalu bapanya memesan segelas lagi air tembikai sebagai ganti.
melihatkan ia, si budak perempuan menjadi haloba, 
mahu ia akan segelas yang baru juga...
Lalu dengan sengaja ditumpahkan air tembikainya juga...
Tapi bukan air baru yang diperoleh, dimarah pula oleh si bapa... 
Sedih lah dia..
itu lah si budak perempuan di umur 5 tahunnya..

Si budak perempuan itu..
sudah memasuki alam persekolahan, sekitar darjah satu..
adek keduanya di sekolah tadika..
tapi si budak perempuan tidak pandai pronounce 'R'..
Lori bunyinya 'loghi'.. ruler bunyinya 'ghuler'..
di seat belakang kereta..sambil facing ke belakang menghadap jalan..
belajarlah dia menyebut 'R' yang betul..
oleh adeknya yang kedua itu..
pandai lah dia..
itulah dia si budak perempuan tika di darjah satunya..


Si budak perempuan itu...
menongkah ke darjah 4 pula..
saat itu sudah wajib ke sekolah petang..
berjalan kakilah dia bersama adek keduanya sejauh setengah kilometer setiap hari..
saat hujan sudah berhenti,,
diperhatikan kasutnya kotor dek daki2..
berhipotesis lah dia seorang diri..
'oh kalau aku jalan atas tar, tar ni kaler itam, sebab tu kasut aku kotor'..
lalu berjalanlah dia di atas rumput2 yang basah..
sedang adeknya berjalan di atas jalan tar yang hitam itu..
dalam hatinya berkata,, 'kotorlah kasutmu wahai si adek'
Tiba2 adeknya berkata..
"jangan jalan atas rumput nanti kotor kasutmu sebab tanah melekat kat rumput tu"..
di perhatikan si budak perempuan itu.. benarlah kata2 adeknya..
lalu berjalanlah dia di atas tar bersama2..
itulah si budak perempuan di darjah empatnya..

Si budak perempuan itu..
sudah masuk darjah  lima..
hobinya membaca buku2 fiction dan klasik..
angan2nya mahu berjumpa putera raja yang sakti,,
Tidak pernah disentuhnya surat khabar,,
tidak pernah dilihatnya berita..
satu hari berjalan lah dia di malam hari di Kuala Lumpur..
terlihat akan dia akan suatu benda besar bercahaya..
tergantung2 di tengah bandar raya..
oh dia teruja..
"aku telah melihat UFO' monolog hatinya..
rasa macam nak panggil tv masuk berita pun ada juga..
lalu di khabarkan kepada adeknya yang kedua itu..
Lantas di jawab adeknya.. "itu menara KL lah"
oh! tahu lah dia negara sudah maju rupanya..tak sangka..
puncaknya bercahaya.. batangnya tiada..

Si budak perempuan itu..
beralih pula ke tingkatan satu,..
sekolahnya nun jauh di selatan..
pulangnya dia hanya sekali sekala..
Satu ketika pulang berhari raya..
masih lagi berbulan puasa..masuklah dia ke dapur..
ibunya baru selesai merebus ketupat segera..
ditekan2 plastik tersebut..'lembik dan panas' .gamit hatinya..
berhipotesislah ia lagi,,'mungkin tak jadik gamaknya'..
timbul hasrat murninya untuk menolong si ibu tua..
mahu meringankan beban kerja...
lantas diambillah dia akan pisau dan loyang..
digunting2 plastik ketupat, di curah ke dalam loyang.. ditekan2 agar mampat..
itulah yang selalu dilihat dibuat ibunya setiap kali raya di saat kecilnya dahulu..
seusai kerja..berlengganglah dia ke depan menonton cerita..
tidak lama.. "ya Allah sapa punya kerja sapankan aku punya ketupat ni??" jerit ibunya,,,
oh... saat itu tahulah dia.. negara sudah maju setapak lagi rupanya...
sudah wujud ketupat segera,, semasa panasnya memang lah lembik lagi..
sejak dari hari tersebut, dia digelar  " pakar nasik impit special "
setiap menjelang raya cerita inilah yang diungkit buat senda tawa..

Si budak perempuan itu,,
kini sudah menjengah dewasa..
masih lagi mencari  sempurna..
dan pada hari ini..
si budak perempuan mahu berkongsi kepakarannya kepada dunia..
belajarlah..si budak perempuan tidak kisah menurunkan  ilmu di dada..
ini resepinya..

untuk setiap cawan beras.tambah 3 cawan air. 
tambah sedikit garam
jerang atas api kecil
lepas air kering, curah dalam loyang,
tekan2 pakai glove yang dah dibalut plastik.
sampai mampat si nasi..
lalu terhasillah "NASI IMPIT"




selamat hari raya ;)







4 comments:

fizzi shamsudin said...

he3...ooo,ni ke budak pompuan tu???
InsyaAllah,nnti dtglah 'putera raja' tu ye kak syami,hik3...
Hepi Bakri kak syami..

Unknown said...

haha...dah x dak da brangan putra raja bagai fizzi. la ni duk istana x best.byk protokol. hepi bakri juga,,,

MomoN said...

waaahhh macam kenal lah budak perempuan tu...
ko mmg dah berangan nak kawen ngn putera raja, tp this time ko berangan nak kawen ngn peniaga kedai runcit pulak kan?

Anonymous said...

menyayat ati jgk bace