Wednesday, November 24, 2010

burger malaysia

ini namanye malaysia punya burger aka pau sambal.
cuma saya tak pasti kenapa namanya burger kerana tak ada rupa burger atau iras2 burger.
zaman kecik2 dulu inilah kuih yang paling saya tidak gemar. Biasanya   si penjual akan kepilkan timun in between the burger, masa beli dah lembik dah timunnya tu. Dah berlemey orang melake kate.
tapi rasa nak makan muncul bila di bumi india...kene lah buat ye dak?
berikut adalah resepi yang diambil dari myresepi.com. layannn...


200 g tepung gandum
2 stengah sb gula (saya kurangkan kpd 2 sb)
1/3 sk garam
50 g margerin (@ 2 sb )
140ml susu/ air suam
2 sk yis kering 

*campur yis dalam susu suam.
*uli semua bahan termasuk susu. biarkan naik 2x ganda. tumbuk2. bahagikan kpd 8 bahagian.
biar lagi lbh kurang sejam sampai naik.
*boleh lah goreng atau bake. saya bakar pada suhu 160 oc selama 30 menet  pasai kalau goreng banyak minyak diserap,sambal pun berminyak..x sihat maaa...
*lepas goreng belah 2, sumbat timun dan sambal.nyam2

wassalam

No comments: