Saturday, November 27, 2010

sotong goreng kunyit


Pada satu petang telinga saye tertangkap perbualan mak dengan seseorang..
Mak kata telur sotong jangan dibuang sebab sangat sodap kalau dimasak,
Dulu mak pun xtau telur tu sedap, so buang segala isi dalam perut sotong,
lepas kawen dengan baba baru tau pasai family kedah makan macam tu..
(macam2 depa makan no orang kedah ni)
Cerita ni akan bermain2 dalam kepale saye tiap2 kali saye bersihkan sotong,
intai2 kut2 la ada telur sotong. sekali keluaq anak ikan atau udang yang tak sempat sotong tu hadam.
lompat2 kegelian sat.

cadangnya harini nak buek sotong goreng topung tapi lambek bonar nak nunggu ey.. lapa dah ni. goreng kunyit pun sodap =)

sotong gaul ngan garam+ kunyit.
tumis bawang besar+garlic+ halia sampai naik bau
masukkan sotong.
+sos tomato 1 sudu & sos cili 1 sudu
sayur/ tomato kalau suka
siap!

1st time makan telur sotong, dulu kecik2 saye korek keluar bende tu pasai x mau makan.
eh memang sedap lah, nx time nak carik telur sotong lagik ;p
wassalam

Friday, November 26, 2010

limpa,hati,lampung goreng berlada

baki dari lembu korban haritu kaiyisah hantar limpa , hati n lampung ke rumah. betul ke lampung nama dia? saya tak pasti, tapi dia macam sponge).thanks sah
terbayang2 laok yang mak kite masak,,,slurrppp...nyum2... 
sebenarnya saya bukan penggemar organ2 dalaman. Tapi lepas makan cara yang mak masak terus jatuh suka sebab jintan dan lada dah mask kehanyiran organ tersebut,
dan ada caranya untuk hilangkan rasa hanyir, masa goreng mereka tambah kan air dan biarkan memdidih dan kering.masa tu boleh nampak segala darah2 yang terkandung dalam organ tersebut keluar, (saya suke tengok die keluar).ok proceed...


organ2 sekilo
garam kunyit
cili boh 1-2 sb
bawang besar 1biji dan putih 4 biji (hiris atau cincang)
halia 1/2 inci
1 jintan manis yang ditumbuk lumat
air asam jawa 1/4 cawan


sekilo organ2 hiris dan gaul garam kunyit
*goreng dalam minyak tumis selama beberapa minit 
kemudian curah dalam 1/2 atau 1 cawan air. 
biar mendidih dan kering. ketepikan.
*tumis bawang besar bawang putih dan halia..
dah naik bau tambah kan lada boh ikut suka pedas. 
biar garing dan kemudian masukkan serbuk jintan manis dan air asam jawa.
*adjust garam

Wednesday, November 24, 2010

burger malaysia

ini namanye malaysia punya burger aka pau sambal.
cuma saya tak pasti kenapa namanya burger kerana tak ada rupa burger atau iras2 burger.
zaman kecik2 dulu inilah kuih yang paling saya tidak gemar. Biasanya   si penjual akan kepilkan timun in between the burger, masa beli dah lembik dah timunnya tu. Dah berlemey orang melake kate.
tapi rasa nak makan muncul bila di bumi india...kene lah buat ye dak?
berikut adalah resepi yang diambil dari myresepi.com. layannn...


200 g tepung gandum
2 stengah sb gula (saya kurangkan kpd 2 sb)
1/3 sk garam
50 g margerin (@ 2 sb )
140ml susu/ air suam
2 sk yis kering 

*campur yis dalam susu suam.
*uli semua bahan termasuk susu. biarkan naik 2x ganda. tumbuk2. bahagikan kpd 8 bahagian.
biar lagi lbh kurang sejam sampai naik.
*boleh lah goreng atau bake. saya bakar pada suhu 160 oc selama 30 menet  pasai kalau goreng banyak minyak diserap,sambal pun berminyak..x sihat maaa...
*lepas goreng belah 2, sumbat timun dan sambal.nyam2

wassalam

Tuesday, November 23, 2010

dadih susu

yang putih2 ini nama nya dadih..
kalau kurang minat minum susu bolehlah try..
sihat untuk pembesaran dan menguatkan tulang anda..

sejak dua menjak jadual makan  sangat tak teratur,
kadang2 satu hari tak makan,
kadang2 makan fries sahaja,
makannya sehari cuma sekali di malam hari,
sungguh malas makan...
terlupa makan..
nak masak apa xda selera..
nak order makanan luar pun boleh loya tekak
(macam mana nk gemuk ni?)
apakah simptom2 penyakit ini
jeng2..


atas kesedaran mahu sihat sedikit, 
maka digagahkan jiwa membuat dadih..


-sepeket susu 500 ml
-setengah cawan air
-setengah paket agar2 serbuk (yang 10 g ) 
-kalau x da agar2 serbuk guna dalam 20 helai agar2 straw
-gula

didihkan agar2 dalam air.
selepas mendidih tuang susu dan adjust gula ikut suka
bila timbul buih2 mendidih terus tutup api. jangan didihkan lama2
sejukkan.
baca bismillah.
makan.
sekian

puding air kelapa

mudah, tak renyah, nikmat dimakan di panas hari

1 liter air kelapa berserta isinya + sepeket serbuk agar2 10 gram+ gula semanis rasa
~ikut instruction dalam paket, biar mendidih sekejap sahaja. tambahkan isi kelapa selepas tutup api. biar sejuk di dalam loyang

ps~ kalau guna agar2 yang mcm straw tu, mula2 cairkan 30 helai dengan secawan air kelapa di atas api. lepas dah cair baru tambah the remaining air kelapa. biar didih sekejap saja dan tutup apinya

choc oat cookies

Honestly saya tak pandai pun buat kuih raya dan kek. kurang minat
Kat rumah, kalau tak masuk ke perut orang, ke perut angsa lah jawabnya.
Dalam bab baking2 ni adek perempuan saya lagi minat. tapi dia tak minat masak laok lah pula.terbalik.
ok ni kueh raya haji. dijamin ok insyaallah pasai tekak saya boleh telan.hehehe
saya amik resepi dari blog mat gebu, nama asal dia adalah 'biskut kacang rangup".
tapi atas sebab2 takdak beberapa bahan dan ada beberapa bahan lain, ceq modified sikit la no

ni resepi asal
http://tiffinbiru.blogspot.com/2010/11/biskut-raya-2010resipi-dari-jelita.html

modification done
1. tambah 2 sudu serbuk koko
2. golek2 atas oat (malas p beli kacang kat spar)

Sunday, November 21, 2010

wade

rentetan dari majlis open house kat rumah prem haritu, buat wade pule. since she's a jain vegetarian (india pure veg termasuk x leh makan segala bawang2) so omit je lah bawangnye. tapi rasa die agak 'kureng kick' ler. balik dari open house modified guna baki2 kacang dal yang tinggal.
Nostalgia kueh ni, dulu kecik2 selalu ikut nek apo g pasar minggu, ade sorg aci akan duduk cangkung sambil goreng wade dalam satu kuali besyorrr..hehehe. mati dah agaknye orang tu. 

-kacang dal ikut sukati (rendam 1 jam). kemudian blend guna dry blender. takmau hancur sangat=)
- + garam + daun kari + cili kering (hiris halus) + udang kering yang tumbuk sikit + 1sk baking powder +
 1/2 sk serbuk jeera (jintan manis)
- goreng die..


ps~suke ushar apek jual eskrim cone kat pasar minggu mase kecik2,sambil mengharap ade orang belikan.nak mintak kat mak takut kene marah sebab mak kate apek tu x basuh tangan lepas 'shii shii...' haish!

Saturday, November 20, 2010

happy birthday anas!

semoga panjang umor and cepat kawen n habih blaja
happy 21st birthday.

Thursday, November 18, 2010

rendang dagingnya..

selama ni ingatkan susah le nak buat rendang. 
Talipon mak, skype dengan makcik2 nak mintak resepi bagai..
jawapan mereka "Alah, blend ja semua benda lepastu leburkan aje dalam kuali"..

ok saye dah leburkan semua.mudah memang mudah.tapi time consuming ajele.

3 btg serai+1 bawang besar+ 5 bawang putih+ seinci lengkuas + seinci halia + 1/2sk jintan manis dan putih + 1/2 cawan cili boh = blend
bahan blend + sekilo daging yang dah dihiris2 + air = leburkan dalam kuali berapi kecil
lepas daging empuk, + santan + gula merah & garam + daun limau purut & daun kunyit + 3 asam keping  + 3 sb kerisik = kacau sampai kering

tip~ Kia ajar kalau nak daging lembut, masak dengan api kecil, bila daging dah masak baru besar kan api..memang banyak dapat tip2 tiap kali borak dengan kia. esp dalam bab2 modifikasi makanan yang tak pernah terfikir dek akal =)


Wednesday, November 17, 2010

si budak perempuan itu..

Si budak perempuan itu..
di zaman kanak2nya..sekitar umur 5 tahun..
dibawa oleh keluarganya ke sebuah restoran untuk makan2..
sedang asyik makan, adek keduanya tersigung segelas air tembikai,
tumpah ke lantai, habis tertuang ke tanah airnya..
lalu bapanya memesan segelas lagi air tembikai sebagai ganti.
melihatkan ia, si budak perempuan menjadi haloba, 
mahu ia akan segelas yang baru juga...
Lalu dengan sengaja ditumpahkan air tembikainya juga...
Tapi bukan air baru yang diperoleh, dimarah pula oleh si bapa... 
Sedih lah dia..
itu lah si budak perempuan di umur 5 tahunnya..

Si budak perempuan itu..
sudah memasuki alam persekolahan, sekitar darjah satu..
adek keduanya di sekolah tadika..
tapi si budak perempuan tidak pandai pronounce 'R'..
Lori bunyinya 'loghi'.. ruler bunyinya 'ghuler'..
di seat belakang kereta..sambil facing ke belakang menghadap jalan..
belajarlah dia menyebut 'R' yang betul..
oleh adeknya yang kedua itu..
pandai lah dia..
itulah dia si budak perempuan tika di darjah satunya..


Si budak perempuan itu...
menongkah ke darjah 4 pula..
saat itu sudah wajib ke sekolah petang..
berjalan kakilah dia bersama adek keduanya sejauh setengah kilometer setiap hari..
saat hujan sudah berhenti,,
diperhatikan kasutnya kotor dek daki2..
berhipotesis lah dia seorang diri..
'oh kalau aku jalan atas tar, tar ni kaler itam, sebab tu kasut aku kotor'..
lalu berjalanlah dia di atas rumput2 yang basah..
sedang adeknya berjalan di atas jalan tar yang hitam itu..
dalam hatinya berkata,, 'kotorlah kasutmu wahai si adek'
Tiba2 adeknya berkata..
"jangan jalan atas rumput nanti kotor kasutmu sebab tanah melekat kat rumput tu"..
di perhatikan si budak perempuan itu.. benarlah kata2 adeknya..
lalu berjalanlah dia di atas tar bersama2..
itulah si budak perempuan di darjah empatnya..

Si budak perempuan itu..
sudah masuk darjah  lima..
hobinya membaca buku2 fiction dan klasik..
angan2nya mahu berjumpa putera raja yang sakti,,
Tidak pernah disentuhnya surat khabar,,
tidak pernah dilihatnya berita..
satu hari berjalan lah dia di malam hari di Kuala Lumpur..
terlihat akan dia akan suatu benda besar bercahaya..
tergantung2 di tengah bandar raya..
oh dia teruja..
"aku telah melihat UFO' monolog hatinya..
rasa macam nak panggil tv masuk berita pun ada juga..
lalu di khabarkan kepada adeknya yang kedua itu..
Lantas di jawab adeknya.. "itu menara KL lah"
oh! tahu lah dia negara sudah maju rupanya..tak sangka..
puncaknya bercahaya.. batangnya tiada..

Si budak perempuan itu..
beralih pula ke tingkatan satu,..
sekolahnya nun jauh di selatan..
pulangnya dia hanya sekali sekala..
Satu ketika pulang berhari raya..
masih lagi berbulan puasa..masuklah dia ke dapur..
ibunya baru selesai merebus ketupat segera..
ditekan2 plastik tersebut..'lembik dan panas' .gamit hatinya..
berhipotesislah ia lagi,,'mungkin tak jadik gamaknya'..
timbul hasrat murninya untuk menolong si ibu tua..
mahu meringankan beban kerja...
lantas diambillah dia akan pisau dan loyang..
digunting2 plastik ketupat, di curah ke dalam loyang.. ditekan2 agar mampat..
itulah yang selalu dilihat dibuat ibunya setiap kali raya di saat kecilnya dahulu..
seusai kerja..berlengganglah dia ke depan menonton cerita..
tidak lama.. "ya Allah sapa punya kerja sapankan aku punya ketupat ni??" jerit ibunya,,,
oh... saat itu tahulah dia.. negara sudah maju setapak lagi rupanya...
sudah wujud ketupat segera,, semasa panasnya memang lah lembik lagi..
sejak dari hari tersebut, dia digelar  " pakar nasik impit special "
setiap menjelang raya cerita inilah yang diungkit buat senda tawa..

Si budak perempuan itu,,
kini sudah menjengah dewasa..
masih lagi mencari  sempurna..
dan pada hari ini..
si budak perempuan mahu berkongsi kepakarannya kepada dunia..
belajarlah..si budak perempuan tidak kisah menurunkan  ilmu di dada..
ini resepinya..

untuk setiap cawan beras.tambah 3 cawan air. 
tambah sedikit garam
jerang atas api kecil
lepas air kering, curah dalam loyang,
tekan2 pakai glove yang dah dibalut plastik.
sampai mampat si nasi..
lalu terhasillah "NASI IMPIT"




selamat hari raya ;)







salam aidiladha

maaf zahir dan batin buat family terchenta,sahabat handai dan saudara mara

baru lepas telefon mak,  dah larut malam masih kacau rendang lagi. Kecian mak, udahle baru balik dari kursus harini. Tengah2 malam masih menyempurnakan tugas seorang ibu & isteri supaya meriah terasa raya di kampung. kalau penat tido le dulu. ceq tak dak nak tulun pun.
Tahun ni bakalan meriah lagi sambutannya~ family nek sokdah pun ada rumah
Anas dah raya harini rupanya . so "selamat ari raya" lah
waaa...nak balik... wuwu.
biasanya soalan yang selalu orang tanya masa raya korban ni "tahun ni tak buat korban ke".
kat lipat kajang pulak, orang yang tukang agih daging korban adelah atok, 
tapi sekarang atuk dah advance,
dia suruh cucu2 dia bawak kete kelilin kampung hantaq dagin kat orang.hehehe
ok nak p cek kueh raya dalam oven sat. layan nostalgia usop sontorian ni.Teringat suasana kampung masa kecik2.wassalam







Tuesday, November 16, 2010

kupang berlado

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.
    - Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi -

 Daripada Sayyidatina 'Aisyah telah berkata : Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah.
    - Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi-
   

the day is T.O.D.A.Y





1/2 kg kupang
1 serai (ketuk)
3-4 sudu cili boh + 1 bwg besar + 3 bwg putih + 1 inci belacan = blend
sos cili
1/2 cwn air
gula & garam

~ tumis bahan blend & serai. lepas naik bau
~campur air dan sos
~campur kupang
~campur gula dan garam.biar mendidih

(manis2 sikit sedap gak. macam makan kat umbai)

ps~ welkam back to mak yang baru balik dari 3 hari kursus
      welkam to family nek sokdah yang bakal berkunjungke rumah

Hazimah ! nape x leh reply ur comment ek.i really dunno wo..have tried many times :(

wassalam


Monday, November 15, 2010

sepetang di mangalore

yabedabeduu.. wire bending untuk ortho practical dah complete, so sampai akhir tahun saye hanya perlu tunjuk muka n bagi attendance. Dalam erti kata lain petang tadi saye free lah. So buleh p setel perkara2 penting =)

1. Mula2 p Airtel Pandeswar circle. Depa nak few documents. Kalau tak kena block number. Tak tau berapa kali dah submit. Hobi depa kut mintak document banyak kali

2. Alang2 airtel office tu dekat dengan bank, p tukaq rs500 note kepada rs 10. Untuk naik Oto nanti, Kalau x , free2 ja kena maki dengan pemandu oto pasai x dak duet kecik. 



<<<pakcik baju kotak2 ni cut line saye..sambil kira berapa orang lagi tinggal, kena tahan bau badan depa (mai lah india kalau nak bau super strong BO di mana2) n all of sudden bau pekung orang melepas pula.. Allah..cabaran sungguh, perut berkerocong, so bau2an tu strike direct ke dalam perut.atoi..           




  


>>>bank india













<<<<makcik kayo....alhamdulillah lopeh satu kojo











3. Kat luar Airtel ada stall juai ayaq nyoq, singgah sat beli. boleh buat puding air kelapa nanti=)



<<<<<< baya!(abang), 4 coconut plz! with soft malai (isi kelapa) ok..












>>>>>> dont play2=) saye siap bawak jug untuk beli air kelapa ni,

>>>>> kitna baya??(berapa bang?)

>>>>> "52 rupees, eigh( satu) coconut 13 rupees"






 4. Jalan2 p pasar


>>>jalan under construction. buat pakai tangan je, xdak steamroll bagai


pejabat polis tempat ambil cop permit tiap2 kali nak balik malaysia

 <<stall baiki payung.
RS80


 
















5. Hajat nak beli ketam kat pasar ni, nak makan kari ketam, tapi x jumpelah pule.mungkin belum musim ketam ketaman. 



<< makcik ni jual clamp, murah lah rs 20 semangkuk. kedai kupang yang saya beli ada kat depan dia ja. huhu... nak dijadikan cerita makcik ni bersin, keluar habuk2 byk gila dari hidung dia. taktau la tu 'taik idung' dia atau dia amik 'snuff' (powder yang disedut untuk bagi high),tersembur2 habis berterabur atas clamp yang dijual. masyaallah, terkujat den, macam nak pengsan rasa geli geleman. Kalau mak tengok ni kompom sebulan tak lalu makan ;D ;D



hasil belian

semangkuk rs100


1/2 kilo rs 40










8 ikan rs100

beli sayur dan buah2 juge..





sekian,hari yang memenatkan. Tapi berbaloi untuk laok berbuka puasa.>.<
wassalam

15/11/2010

mood: sangat2 R.I.N.D.U
Harini adek tot ada acara penyampaian hadiah kat SKT.
Kalau dulu zaman sekolah, lepas pusing satu round kena lari2 lagi untuk ambil round hadiah lain.
Tak pasti adek tot dapat nombor berapa, nanti update dengan depa.
Air asia ada promo sempena chinese new year, Tiket to langkawi = rm 18 shj, 
Rugi pulak rase beli awal2 dulu. rm 250. jauh beza kan.

ok pesanan untuk sapa2 yang p majlis adek tot, amik gambaq banyak2 k. Nanti masa sunat pun amik jugak

2.42 am. masih r.i.n.d.u. sudah 4 hari hendaknya......

Sunday, November 14, 2010

nasik ayem serai goreng garing

ha sape punye keje perkenalkan saye pada nasik ayem goreng garing kat luar uia ni?
kan dah terbayang2 tak buleh tido malam mengidam.isk isk.. ayam die serius sedap dan garing sampai boleh kunyah2 tulang  die ok. nasib ade stock ayam dalam fridge,kalau x maunye terseksa nak tunggu sampai esok baru boleh beli ayem. hehehehe.. ok kredit to kedai tu.tapi tak tau nama pulak, budak2 uia tau rasenye. kalau lalu uia singgah2 lah ke sana :). 

amount : untuk makan sorang2. kalau zaman duduk hostel kire macam makan dekat celah locker senyap2 lah kan

nasik ayemnye:
1 cawan beras basuh dan tos
1 cawan chicken stock (bagai nak rak buat chicken stock aritu. sy xpercaya pada maggie atau knor stock.macem kurang kick) 
1 cawan air
3 bawang putih, chopped
1 serai ,ketuk
1 cm halia ,ketuk
minyak sapi suku cawan
garam ikut suka

~tumis rempah beradik dalam myk sapi, +halia+garlic+serai, kacau sampai naik bau
~masukkan beras, goreng dalam 5-10 minit
~masukkan chicken stock+air+garam. biar nasi masak

ayemnye:
5 ketul ayem+air 3 cawan+bawang hiris+halia ckit+bawang putih+garam+daun sup = rebus buat sup
keluarkan ayem, gaul dgn garam kunyit +serbuk kari sikit+garam/madu (ikut suka nk manis atau masin) =goreng garing2 dalam minyak panas

sambal cilinye:
3 sb cili boh+halia 0.5cm+bawang puteh sebijik+ 1 sk cuka + garam+ gula (manis2 sikit lebih afdhal)+1 senduk besar sup

~panaskan atas api kecil sampai jadik consistency yang dekat kedai tu

pS~ buleh tak masukkan dlm menu jualan?<wink! wink!>





Saturday, November 13, 2010

bubur jagung suka-suka

sesudah intro tangan gatal pula mau tambah lagi satu post sambil perut juga gatal mau makan2.
since ada baki jagung kat dapur boleh lah buat bubur ha~kemudian batang jagung boleh bakar dan buat umpan cik tikus yang bermaharaja lela kat dapur tu. makan lah kau jagung yang sedap beracun it wahai tikus,aminnn..

1 batang jagung, kikir isi dia
2 pisang (entah pisang ape beli kat spar aritu)
1/2 sk esen vanila
1/2 kotak santan
2 cawan air
daun pandan (belit2 dia)
gula secukup rasa 
1/2 sk garam

sonang yo... campor sumo dalam periuk, biar mendidih atas api kocik.gulo tambah kemudian

ps~ teringat proses memotong daun pandan kat belakang rumah, adventure btol, banyak ulat2 and labah2 ha, ngeri rase


the starting

bismillahirrahmanirrahim assalamualaikum.
patutnye skang tgh bace buku for the upcoming exam tapi len plak jadiknye. tibe2 terase nak membuat blog supaye bile dah tue2 kelak adelah bahan penulisan untuk anak cucu bace.
ape yang nenek depa lalui sepanjang hidup. dah final year BDS baru nak buat blog ha..
tak pelah,basically den akan tulis perkara2 interesting yang berlaku, benda2 masak merapu, 
jalan2 ikut kuku kaki, etc,
kalau tak family  yang bace,den sorang lah yang bace blog nih
So far lepas den belek2 benda alah blog ni ,rase macam susah benor nk tukar2 layout ke ape. 
nantilah lepas berguru pandai2 baru den tukau
sekianlah