Sunday, March 13, 2011

choc cheese cake

Inspired by choc cheese brownies kak adawiyah, maka jam 2 pagi tadi bergendang2 lah periuk kuali di dapur. Sedang mahu menghabiskan baki2 whipping cream dari Malaysia. (baru tau whipping cream ni buleh buat sendiri dari kaiyisah tadi).
Whipping cream kat SPAR adalah berharga rs 800 ye, kalau nak buat cheese cake kene sorok2 kedekut tak mo bagitau orang la eh?. hehe...
Resepi ni saya dapat kat sini.http://www.myresipi.com/top/detail/1678  Rata2 review duk puji kata macam Secret Recipe punya. So saye berani lah nak mempertaruhkan baki cheese2 dalam recipe ni. Kalau tak dek review tersebut takut nanti dibuang ke tanah ja. (almaklumlah orang "pandai" buat kek). Yang paling best sekali, tak payah bakar. Saya cenderung untuk membakar kek sampai hangus. huhu
Hasilnya alhamdulillah  jadilah dia rupa kek. (mostly kek yang saya buat tak pernah senonoh rupanya). Rasa pun boleh lah tahan, so far belum ada report keracunan makanan  dari  orang yang dah makan. Tapi lepas ni tunggu lagi 2-3 tahun baru buat lagi kut. Muak!



(copy paste)

Bahan-bahan

bahan-bahan
  • Lapis Bawah:
  • 120gm biskut tiger hancurkan (saya guna DIGESTIVE biscuit)
  • 70gm unsalted butter cairkan. (saya guna salted butter)
  • Lapis Atas:
  • 250gm cream cheese (lembutkan) 
  • 120gm gula kastor(saya kurang kan kepada 100g)
  • 2 keping biskut tiger (hancurkan)
  • 150gm whipping cream
  • 1 ½ tbsp gelatine
  • 80ml full cream milk
  • Chocolate mousse:
  • 250gm whip cream
  • 1 tbsp vanilla essence
  • 1 sb serbuk gelatine (cmpur dgn 6 tbsp air panas)
  • 50gm serbuk koko + 80 gm gula icing(saya kurangkan to 50g icing sugar)
  • 1 sb nescafe + 1 ½ sb air panas (klu nk lagi pahit tmbh ½ sb lgi..tp yg ni pon da pahit)
  • Tmbh susu pekat sket (kalu adunan rasa pahit)
  • Chocolate ganache:
  • 35gm serbuk koko
  • 50gm gula kastor (saya kurangkan pada 30 g)
  • 150gm whipping cream
  • 80gm chocolate masak
  • 30gm mentega 

Cara-cara

Lapisan bawah:
-Hancurkan biskut. Kemudian, campur dengan butter yang tlah dicairkan. Tekan rata dalam pan (18cm) yang boleh buka tepi. Masuk dalam peti sejuk.
base

Lapisan atas:
-Pukul cream cheese dan gula kastor sehingga licin. Masukkan bahan lain pukul sebati (biskut yg tlah dihancurkan, whipping cream)
macam ni lah kut rupa licin tu

-Campurkan gelatin & full cream milk and masak sehingga cair. Tuangkan milk & gelatine ke dalam adunan cheese td. Kemudian tuang ke atas biskut tiger yang disejukkan td. Masuk dlm peti sejuk sehingga cheese tu agak2 sudah keras (lbh kurang 2jam)
bottom layer of cheese

Chocolate mousse:
-Pukul whip cream dan masukkan semua bahan utk mousse. Kalau adunan rase pahit, tmbh susu pekat sket je. Kemudian tuangkan ke atas lapisan cheese yang sudah keras tu dan masuk ke dalam peti sejuk semula utk keraskan chocolate mousse
choc layer

Chocolate ganache:
-Masukkan semua bahan dlm mangkuk/periuk dan masak cara double boil. Masak sehingga ganache pekat. Sejukkan dulu sebelum di tuang ke atas chocolate mousse yang dah keras. Masuk dalam peti ais semula. Bila agak2 chocolate ganache da keras, boleh la dihidangkan. 
stoberi wth ganache choc


modifikasi 
- rata2 saya telah mengurangkan penggunaan gula. itu pun masih manis bagi tekak saya.
- tak dak bekas yang boleh buka tepi, so pakai bekas kaca ni kira acilah ye. Nasib baik    
kek ni bukan jenis mudah pecah
- biskut tiger diganti dengan digestive biscuit.
- mihun segera pAMA
untuk dimakan sementara tunggu kek keras.lapaq










sekilas aktiviti harini,
~menjadi penjaga masa untuk pertandingan netball anjuran MSA. Bajet x mo main sebab nanti demam makin teruk, tapi bertambah teruk pula nampaknya. kalau nangis laju2 sampai kembang segala mata dan hidung pun akan demam juga selepas itu
~1st sessional exam in less than 2 weeks, doa2kan.

(sukar untuk melupakan kenangan manis silam tanpa mengharapkan ianya berulang kembali bukan? bukan mudah untuk berlari kedepan)
wassalam

4 comments:

fizzi shamsudin said...

Kek ni sangat sedap,suka3..
thanks ajak makan,len kali nk kacau akak lg,he2..

Unknown said...

hehe..kite yg kene say thanks coz tulun makan. kalo tak, x dak sapala nk bagi perabih kat rumah ni.sile mai selalu

Adawiyah Wafi said...

he3x .. begitu sng, kan? dan juge sgt sedap!!! heh2x, akak dah sampai jemu dah buat cheese cake or cheese brownies cake nih .. tp sgt2x rugi kalau x mencubanya ;)

Unknown said...

kak ada, saye memang tak berape nak minat sgt bende2 coklat,kek ngn ngn cookies ni. kek ni pun lepas 2 suap dah rasa muak gila2. tp btoi la berbaloi cuba sbb senang and insyaallah jadi. lebih2 lg pade orang yang selalu buat kek x jadik mcm saye ni.hehehehe. pasni kalu nk wat pun, buat untuk orang...untuk makan sendiri...3 bulan baru habis kut