1st time kia jamu benda ni terus jatuh cinta...
1st attempt saya buat x menjadi. Tak rasa macam kia sebab saya ikut resepi asal.
Tapi lepas modify ikut cara kia baru lah rasa dia sebijik macam tu. hehe...
Bagi yang mahukan kelainan dari masakan melayu bolehlah mencuba.
Tak silap saya lauk ni adalah dari Thailand.
Memang sangat lain rasanya dari masakan terung yang kita makan.
Dan pada yang taktau apa benda eggplant tu. Di bawah ini gambar sudah disertakan
Orang melayu panggil TERUNG kut. Ianya amat gemuk dan bulat
ni dia. gemuk dari terung |
bahan
-sebiji egg plant. potong dadu besar2.nak buang kulit boleh, x mau pun boleh
-sebiji telur
-1sb sos ikan (kia guna budu. so saya pun guna budu)
-chilli flakes atau 5 biji cili kering yang di potong halus2 (nak guna yang dapat free kat pizzahut pun bleh)
-bawang putih size besar dalam 3 biji (cincang halus) kalau guna garlic india, boh byk sket.
-bawang merah (kia tak bubuh mase buat sebab terlupa. lepas tu terus tak letak dah. Maybe sebab tu jadi lg sedap. So sy pun x letak.hehe)
-1-2 sb pati ikan bilis knorr @ maggi
-1sk cornflour
-sikit garam
-1sb basil kering
cara2
-didih kan air dalam periuk, lepas mendidih masukkan pati ikan bilis dan eggplant. Jangan rebus lama2 nanti masa nak goreng dia hancoq. Agak2 dah lembut sikit terus angkat. dalam 5-8 minit gitu
-kemudian buang air dan toskan eggplant. Bagi dia kering
-Perap eggplant dengan budu, telur,cornflour, basil kering, dan garam (kalau x cukup masin) selama 15 minit
-panaskan sedikit minyak dalam kuali, (agak2 untuk leser.lebih kurang 1/2 sudu besar). Api kecil. goreng garlic sampai perang dan cili kering sampai garing (kalau guna chilli flakes, boleh masukkan bersama2 eggplant semasa goreng)
-kemudian BESARRR kan api, curah segala bahan perap dan kacau laju2 sampai telur masak dan terus angkat. siap! ;) tq kia
pssst~
starting from tomorrow saya akan menghadapi 1st sessional exam selama 4 hari (sampai selasa depan). Mohon didoakan.
- semakin mengikuti perkembangan krisis LIBYA semakin rasa dihiris2. Sebab ego pemimpin, rakyat yang menderita.
- Saat dunia fokus pada isu tsunami dan nuclear disaster Japan & serangan barat + kekejaman Gaddafi atas penduduk Libya. Zionis jahannam ambil kesempatan untuk serang penduduk Palestin pada petang selasa lepas dan pagi rabu lepas. Isu yang bagi sesetengah orang adalah isu basi mungkin (atau mungkin sudah terbiasa amat dengar pasal serangan ke atas palestin sampai sudah lali dan tidak berapa nak ambil pusing). Jom terus sampaikan doa untuk saudara2 kita di sana.
- Salah satu cara nak overcome rasa sedih dan kecewa putus cinta adalah dengan mula mengambil tahu tentang isu global, politikus Malaysia, isu Palestin, penindasan agama, dan masalah sosial sekarang. Rasa kecewa sangat2 dengan situasi dunia sekarang akan buat kita lupa sedih frust tu dan rasa lagi semangat nk jadi muslim berjaya, wujudkan keluarga islamik, kukuhkan ukhwah, naikkan nilai2 islam dalam diri bermula dari peringkat keluarga. Saat itu baru sedar yang perkahwinan bukanlah hanya untuk melunaskan rasa cinta semata2. Ianya lebih besar dari itu, meliputi contribution ke atas agama.
Ini sekadar tips bagi mereka yang mencari deviation untuk melupakan kesedihan. Bukan bermakna dah putus cinta baru nak ambil tahu isu2 berkenaan ye sayang
- Apalah sangat pengorbanan hidup di dunia kalau nak dibanding besarnya nikmat dan rahmat Allah di akhirat sana kan ;) Bak kata Ken Keyes:
"To be upset over what you don't have is to waste what you do have."
Mensyukuri setiap nikmat yang kita dapat sepanjang hidup lebih baik dari mengenang meratap apa yang telah hilang dari kita.
- Awatnya berita-berita Malaysia suma pakat highlight isu video seks & kes liwat DSI Anwar ja. Bosan pula. Apa kata highlight pasai keputusan SPM semalam. Meraikan pelajar2 yang berjaya supaya adik2 yang bakal menyusul turut termotivasi. Anyway STF top in Johor, tahniah! hehe
wassalam
2 comments:
STF tetap top..sekarang emak kawan saya masih jadi pengetua kat situ,she's really adorable,seronok sembang dengan beliau,sangat humble
dengar2nye bonda pengetua now is an ex stfian
Post a Comment