Sunday, March 27, 2011

double baked stuffed potato

Kat rumah ni tinggal lagi 2 biji kentang dan beberapa bahan untuk saya survive sampai khamis ni. 
Almaklum ini kali pertama saya bersungguh2 cuba nak hidup dengan rs 9000 per month (campoq sewa rumah, bil, makan minum bla2).
Dah cuba rs 8000, wush!...x boleh..mmg sehabis limit saya adalah 9000 sahaja. seksanyaaa
Nak diikutkan dah banyak kali saya try limitkan perbelanjaan, tapi selalunya tak berjaya.
Kali ni insyaallah,
(sabaq ye mimah ye..) :)


harini makan kentang sahaja ok,

2 biji kentang
garam
1sk serbuk lada sulah
2sb minced mutton
basil 
oregano
cheese (cheddar+ mozarella)
1sb cream cheese
1sk serbuk lada hitam
1sk serbuk cili
2 bawang merah+3 bwg putih (dadu)
1sb butter
1/4 susu
aluminium foil

cara2
- cucuk2 kentang dengan garfu
- microwave pada suhu tinggi selama 7 minit
- kemudian balut dengan aluminium foil dan bakar pada 180*c  selama 20 minit
- Then belah 2, korek isi kentang guna sudu dan mash die
- dalam kuali, panaskan pada suhu kecil butter, goreng bawang sampai naik bau dan masukkan mutton, garam dan lada sulah+lada hilam+ serbuk cili
- kemudian masukkan kentang dan semua bahan-lain lain (kecuali mozarella & cheddar cheese). gaul2 sampai sebati. tutup api
-sumbat dalam kentang
-tabur cheese
-bakar pada suku 160*c  selama 15 mins
makan ngn sos n mayonis

tips
 -kenapa kene cucuk dgn garfu?
supaya tak meletup masa microwave
-kenapa kene microwave dulu?
ini adalah cara terpantas untuk mengurangkan masa bake kentang sampai lembut. Kalau tak microwave pun boleh. Bake selama 60-90 minit


pssst~ 
-hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. nak kumpul duit kenalah bertahan dengan katang dan tak beli benda yang tak perlu.
-mengumpul untuk digunakan pada benda yang lebih perlu. nanti nak p endon byk gila benda nak kena beli. kena pakai riban2.
-semalam masak nasik goren belacan punya banyak. bajet bleh makan 2-3 hari. celik mata ja dah kena hurung dengan beriban2 semut. cis ampa! xmo kawan semut.
wassalam

No comments: