Sunday, January 16, 2011

tok kedah

Harini teringat sangat kat dia. Kalau Mangalore dan Kedah ni dekat, rasa nak balik la ni jugak. 
Nama TOK KEDAH, adek beradek kitorang je yang meletakkan nama KEDAH kat hujung tu. Cousin lain tak pulak. Tapi nenek melaka tak pula dipanggil NENEK MELAKA.
Seingat aku masa kecik-kecik aku suka banget duduk atas pangku tok kedah sambil dengar dia bercerita dan nasihat. Sekitar umur aku 3-4 tahun aku ada memori mak dan tok kedah duduk kat rumah lama sambil tok kedah buai adek dalam buaian, suasana gelap. Takda electric kut. Baba takda. Tok Kedah cerita sesuatu pada mak yang agak bagi kesan pada aku.Mimpi cuma mungkin

Kalau orang tanya siapa wanita yang aku paling kagum, aku akan kata tok kedah. Tapi harapnya mak aku tak terasalah pulak sbb cara mak aku dan tok kedah berbeza, so ada cara yang aku kagum pada mak dan ada yang aku kagum pada tok kedah. Mak jadik orang nombol dua boleh?. Aku rasa nak carik model yang boleh kita kagumi tak perlu jauh memikir, tengok saja orang dekat-dekat kita.

Dia tak pandai baca rumi, hanya boleh baca jawi sahaja. Keistimewaan yang aku paling kagum adalah tak pernah tinggalkan membaca al quran setiap hari, setiap masa dari muda. Memotivasikan diri aku untuk jadi nenek contoh juga. Dah bongkok tiga dah dek lanjutnya umur mencecah satu abad, tapi matanya terang, telinganya masih peka mengalahkan aku yang rabun dan sedikit pekak ini, Bila ditanya apa rahsia, tok kedah kata dia suka tengok benda hijau jauh2 dan tiap-tiap pagi ambil embun dan sapukan pada mata.

Lagi satu yang aku jarang jumpa dalam diri keluarga belah Melaka adalah sikap baik sangka Tok Kedah yang amat tinggi. Dia tak pernah marah kalau orang buat salah. Tak pernah dendam, tak pernah buruk sangka pada buruknya orang especially anak menantu dan cucu-cucu..malah sentiasa senyum. Jahat macam mana pun orang buat padanya, tak pernah dibalas tuba. Jernihnya muka dengan senyuman. Buat aku terfikir, dia yang tak pegi belajar tinggi-tinggi macam kita boleh punya hati bersih. tapi KITA?. Ada orang beramal macam-macam, nasihat orang macam2, tapi berburuk sangka juga pada orang lain. Hati, benda yang orang lain takkan tahu, hanya kita yang rasa.Toink! ade rasa2 kena atas kepala aku tak?

Kalau dulu aku suka sangat kalau tok kedah ikut balik Melaka, sebab dia akan bawak stok asam masin dalam perjalanan. Hehe.... aku suka kebas. Yelah masa kecik2 dulu mak tak bagi makan jajan2 ni, so macam jakun la sikit. Sepanjang ada di melaka kitorang adek beradek akan belajar mengaji dengan tok kedah tiap2 lepas maghrib.Kira baba cuti sekejapla dari ajar kitorang. Tapi aku suka juga sebab tak kena marah, tak kena libai kalau baca salah. huhu... Kalau baba ajar, dia garang wo... kena marah sampai berjurai2 air mata atas Quran, lencun quran biru aku. Tertanggal2 dah. aku tampal balik dgn soletep berkali2. Banyak jasanya. Sampai India aku angkut dia.Azam nak guna sampai aku mati nanti. But anyway tq pada dua orang ni, Kalau tak sebab mereka tak pandai lah kami adik beradik mengaji dengan hukum tajwid yang betul.

Bila rumah baru dah siap, pun tok kedah masih datang rumah aku. Tapi kesian sangat dia kena tinggal sorang2 bila semua orang pergi sekolah. Nak bergerak keliling rumah pun bukan dia kuat sangat. Masa tu aku dah  boleh masak sikit2, tapi banyak lah kurangnya dan semestinya tak sedap. Tapi setiap kali dihidang pada tok, dia akan kunyah pelan2 sambil mulut tak berhenti ucap 'sedapnya...sedapnya'...Betapa dia menghargai nikmat setiap makanan yang ditelan. Betapa dia bersyukur atas segala rezeki. Sikap yang aku kagum lagi satu adalah tok ni jenis tak suka membazir makanan. Selagi boleh diperangat, dia akan panaskan dan makan jugak sampai habis selagi elok biarpun ambil masa berhari2. Sifat ni aku nampak keturun pada baba. Sebab tu saiz baba XL dek memperabihkan makanan2 kitorang yang selalu tak habis. Tapi sekarang baba tengah diet. Tak boleh makan banyak2 dah.

Lagi satu balik nanti aku ingat nak tanya tok kedah, masa sepanjang dia jadi balu selepas kematian babatok aku, xdak ka lamaran dari orang lain. sebab setahu aku tok kedah tak dalah tua sangat masa babatok meninggal, Aku pun x wujud lagi dalam dunia ni. Tapi apa2 pun aku kagum la atas kesetiaan dia pada babatok selama bertahun2 ni. Bila dah tua, dia tinggalkan kediamannya dan tinggal di pondok untuk belajar agama. Kat kedah ada satu kawasan pondok2 kediaman sementara bagi orang tua yang mahu belajar agama.Ia digelar sekolah pondok. Selain tu, dia sabar didik anak2. Ni aku nak tanya kat baba ni. Nak tanya depan2 takut, so kita tanya dalam blog lah. Tok kedah tu penah berleter ke? rotan pun ada ke? tok ade suruh buat kerja2 rumah ke? nampak macam tak je. Tak taula kalau muda2 dia lain, dah tua lain. Macam mak aku, dah tua2 ni aku tengok makin sporting sikit.

Dalam bidang masakan, pun aku nak jadikan contoh, menurut blog baba, tok ni pandai masak macam2. Segarang2 arwah babatok tu dia sayang kat tok dan suka makan masakan tok (tips nak mengikat ati suami). Tapi dah tua ni, nak masak pun tak larat dah. So aku ingat nak menuntut resepi pelik2 keluarga sana. Nanti kot2 aku kena duduk kedah, cucu aku panggil aku tok kedah jugak la kut. Bila depa balik kampung aku boleh masak laok jakun2 sikit.

Sekarang makin aku besar, aku makin kurang meluangkan masa berkualiti dengan tok kedah. Tu yang buat rindu sangat tu. Kalau balik kedah pun setahun sekali bila aku balik malaysia. Itu pun balik 2-3 hari ja. Tak sempat nak panas punggung. Cakap dengan tok pun kurang dari sejam pasai kesana kemari menziarah. Banding dengan nenek melaka, jauhlah beza, boleh kata hari2 aku pegi menempel kat rumah atuk dan nenek. Jarak rumah setengah kilometer ja.

oklah bak kata maktum 'dah takde idea lah nak cakap ape'. Ada kelapangan nanti aku nak tulis pasai family lain menurut pandangan aku. wassalam

cerita pasai babatok boleh refer sini  dan sini  dan juga sini

Pssst~ tok kedah badannya berisi dan kenit sahaja dan berkulit cerah, aku rasa aku pun akan berketinggian macam tok kedah bila tua, cuma dalam versi shrunken dan sedikit gelap.

~ berazam tak nak semaikan nilai buruk sangka terhadap orang lain pada anak2 . Mengata buruk orang. Nanti keturun. Tak boleh salahkan orang lain juga melainkan diri sendiri yang salah

~ muka dah mula nampk tua dan matured, oh! ngeri


2 comments:

bgh said...

ak ada gambar tengah ngaji dgn tok kedah. nnt aku crik balik.

'saiz baba XL'?

Aku dulu ade gak masakkan tok. tp aku rasa tak sedaplah. tok diam je. hahaha~

Moga Allah merahmati Tok kita semua. dipanjang umur. Diberik kekuatan untuk beribadah. Dan mmelihat anak2 kita nnt. [piot eh?]

lawie said...

cucu tok: sgt terharu n sedih...buatku menangis!