Saturday, January 8, 2011

Kushk-i-Feroz

Saya agak obses pada tinggalan kota2 lama. Architecture bangunannya sangat mengkagumkan dan kalau diselusuri sejarah kegemilangan zaman tersebut, boleh buat saya tenggelam dalam dunia sendiri. Kalau anda bawa saya ke tempat2 berkenaan janganla rase saye pelik bile tengok saya menghayati keunikannya dengan cara saya sendiri.

Haritu masa appointment dental, saya belek2 majalah kat klinik tu, terbaca artikel berkenaan tinggalan kota lama emperor feroz shah tuqhlaq kat Delhi. 2 muka surat cuma..sejam dihabiskan menatap gambar bangunan tersebut. Kagum...sungguh kagum....copy dalam henfon dan berhajat nak search lebih mendalam tentangnya.

Bangunan ini juga dikenali sebagai Kushk-i-feroz atau Feroz Shah Kutla, merupakan istana ke-empat Feroz.Dibina sekitar tahun 1354 oleh sultan Feroz dan terletak di bandar purba Delhi ke-5, FIRUZABAD. Ia berbentuk irregular polygon dikelilingi dinding berbentuk segiempat dan anjung timurnya menghala straight ke Sungai Yamuna. Berbanding 3 istana sebelumnya, istana ini dibina betul2 di tepi sungai berikutan masalah kekurangan bekalan air yang dihadapi oleh istana lain.

Sedikit sebanyak tentang Sultan Feroz pula, baginda dikenali sebagai 'a great builder' yang telah mewarisi mahkota Delhi setelah Muhammad bin Tughluq. (nampak kan hebatnya kesultanan islam pada zaman tu). Kebiasaannya baginda menjadikan tenpat ini sebagai tempat persinggahan setiap kali musim berburu. Malangnya setelah empayar Tughluq dijatuhkan sekitar tahun 1490, istana ini terbiar menjadi tempat jin bertendang.

Uniknya istana ini, ia dikatakan tempat segala jin berhimpun. Ini menurut penulis artikel tu lah. Istana lama ni ada penjaganya yang digelar pak Sheikh, beliau boleh berbicara dengan jin2 di sini. Kalau nak masuk, kena bagi salam dulu. Agaknyalah sebab gambar menunjukkan pak Sheikh tengah merapatkan tangan seolah tanda salam serta meminta kebenaran dari jin tersebut untuk bawa penulis melihat struktur istana..
Begitu le ceritenye.. kalau ada kesempatan teringin jugak p tengok. Hopefully x kena sorok dengan jin :P. Ok layan gamba internet je dulu...



betul2 tepi sungai


PIR GHAIB :seorang 'saint' dikatakan telah ghaib di sini


nampak macam tulisan ALLAH, MUHAMMAD kat dinding, tempat sembahyang myb. tapi kalau tengok bekas2 lilin di bawah, serupa macam tempat sembahyang Hindu dah




sekian dulu...
  video di bawah bertajuk 'DELHI SULTANATE"

1 comment:

p said...

ak iA g turkey n greece cuti hujung bln ni. nnt aku tangkapkan gmbr2 tinggalan sejarah sana. hehe