Friday, January 7, 2011

dholu-dholu

Pernah tengok cerita azizah the legend?. kalau tak silap, dulu masa zaman kanak2 pernah tengok cerita ni sekali. Entah macam mana terjumpa balik kat you tube. Tonton semula...
Sungguh cerita ni membuka mata dan minda aku tentang cara hidup zaman silam.
Terasa yang amat nak berbalik semula hidup saat zaman ni.
Tirai filem dibuka dengan bacaan mengaji gadis kampung dahulu kala, diajar oleh tok guru, dalam suasana desa,, bertingkapkan kampung.,bertangga kayu dan batu..rumah2 masih mengguna lampu pelita, ke sini ke sana bertemankan obor di malam hari.
Apa yang boleh aku lihat, nilai2 masyarakat melayu masih terjaga rapi. Pantun dan gurindam menjadi butiran harian. Tidak macam zaman sekarang, hanya di ajar di sekolah2. kalau disuruh murid besrsyair depan kelas, tak ada yang mahu tampil dek malu depan rakan2. Banyak benar perubahannya di zaman ni. Makin kurang nilainya melayu jati.
Seterusnya aku seronok tengok suasana bermasyarakat saat kenduri kendara. Masa orang2 kampung bersua muka, merapatkan ukhwah. Bergurau senda.Tak ada catering, tapi masing2 mengerah tenaga membantu. Si dara teruna terjeling2. Sekarang jiran sebelah rumah pun belum tentu ada yang kenal kan. Kalau terlalu ramah, nanti orang mula fikir bukan2. Suasana keraian perkahwinan dilihat penuh adat, sangat2 meriah..
Adat orang tua membentang kain putih di malam pertama pengantin, kalau putih bersih sampai esok hari maka dikata mempelam busuk. cerailah jawabnya. Orang tua mula menyinga, diangkat parang mengejar di bukan dara.Seee.... betapa pentingnya dara pada mereka, Anak dara jangan keluar sesuka hati. pakaian mesti berjaga, sopan santun adab susila pun kena peka..Tak boleh nak suka2 keluar pakwe makwe, tak boleh terpekik terlalak2 juga. Aku kagum..aku kagum.. aku sangat2 kagum!... Bandingkan lagi dengan zaman sekarang, seks bebas perkara lumrah. Keluar pegang tangan peluk2 lagilah lumrah, dah macam satu kemestian bila bercouple, pakaian mesti seksi supaya dapat tarik mata lelaki. Mak bapak pun tak larang sangat kalau anak2 nak keluar dengan pasangan, malah lagi galakkan. Carilah pasanganmu sendiri nak.. Tapi bab dara aku x leh nak cakap la pasal ni perkara subjektif, anak2 dara sekarang dah lasak, aktif sukan bagai, panjat sana sini. Kalau dara dinilai pada selaput, maka memang ramai la yang takda sebenarnya. So kita nilai pada sisi islam ok.
 Cakap juga pasal islam, masyarakat dulu pun bukan pandai sangat agama, cumanya mereka berpegang kuat pada nilai2 kemelayuan. At least dek kerna nilai melayu terjaga maruah agama kan. Zaman kita,  agama dah diajar, dah ditekan kuat, tapi sudahnya agama entah ke mana, nilai melayu asli lagilah pula.
Lagi satu, pasal surat2 cinta... kekanda adinda? ayat pujangga bunga2 gila. Haha, bab ni aku no komen la pasal berbulu jugak telinga mendengarnya. Lepas ni kita berpujangga ya?Ada berani??? ;p
(Plz note scene cara azizah pakai lipstik sebelum baca surat ;) )
Oh ya, perhatikan juga perkakas rumah dan pakaian yang mereka pakai. Hanya boleh dijumpai di muzium je sekarang. huhuhu. Antik, naik juling mata dek terlalu kagum aku melihatnya...

oklah, untuk tengok lebih lanjut silalah layan di bawah. Saat aku sedang menulis ni baru ja tengok sampai part 5. Terlalu teruja sampai terus menulis.hhehehe

~ secebis minda : mungkin orang2 dulu rasa kita bertuah hidup zaman moden, serba mudah. Bagi aku, mereka lagi bertuah dapat hidup zaman itu, suatu nikmat yang x mungkin kita dapat rasa. mungkin juga mak ayah kita sempat merasa zaman tersebut, Kalau wujud pintu doremon, mau saja aku jengah sekejap suasana itu.
ok enuf with the celoteh













2 comments:

bgh said...

aku rasa kalau nak rapatkan hubungan keluarga selalu, mungkin melalui majlis kawen kot. sebab da lama dalam fmili melaka takde majlis kawin.

persoalannya:... ?

sekian.

ps: aku smpai skrg dok bayangkan kalau heroin cerita lama watak die mesti mcm muka mak tom.apasal ek?

Unknown said...

okla tu ko bygkan maktom dari cinnama