Esok! 31 mei 2012 adalah Hari tanpa rokok sedunia.
Jadi selama 24 jam mereka-mereka yang merokok itu di seru untuk tidak melakukan pembakaran terbuka.
Tujuan hari ini diwujudkan adalah untuk mendapatkan perhatian global tentang kesedaran bahayanya rokok.
Kalau bulan puasa pun dah tak boleh nak tahan nafsu merokok, lepas ja buka posa teruih mengasap.
kan kan kan kan??????
Jadi apalah kiranya golongan2 pengasap ini menanamkan dalam diri untuk BERJIHAD buat diri sendiri sekurang-kurangnya sehari dalam setahun.
Tak boleh jugak?
ok...macam tu cuba ambil iktibar dari iklan kemalangan
"berhati2 di jalan raya..ingatlah orang yang tersayang"
Mungkin dengan mengingat orang tersayang anda x jadi merokok kerana tahukah anda bahawa perokok pasif (iaitu penghidu asap2 rokok anda ni) lebih berisiko 2 kali ganda untuk mendapat pelbagai penyakit pernafasan, kanser, dan sebagainya berbanding anda sendiri.
Isteri anda yang sedang mengandung, berkemungkinan melahirkan anak cacat disebabkan anda!
Anak anda yang lembap dalam pelajaran, bodoh, bebal dan sebagainya, mungkin disebabkan anda!
Sebab tulah yahudi lakhnatullah tak merokok sekalipun merekalah yang memperkenalkan rokok ni kepada dunia. Bahan2 dalam rokok menyebabkan kualiti sperma berkurang. So lahirlah anak2 yang kurang pintar dsb.
Alangkah selfishnya anda kerana hari2 dengan sengaja mendekatkan mereka kepada penyakit2 tersebut sedikit demi sedikit.
Tak boleh jugak nak stop sehari je pun?
Nampak sangat pentingkan diri. Sebab sendiri xnak pening @ sakit kepala tak dapat rokok, sanggup gadaikan kesihatan orang lain.
Gi main jauh2. Tak mo kawan!
say NO to ROKOK!
extra info: pemilik darah A dan AB lebih berisiko mendapat kanser berbanding darah group lain.
pssst~ saye darah group A. So jangan mengasap kat saye.
Dulu masa duduk bejai punyalah malas nak pergi shopping kat bharat mall. Penat nak turun naik bukit dan ram atas bilik mayat tu katanya.
-lalu berangan mengharapkan dapat segera keluar dari bejai hostel
Lepas tu pindah swathi light house. Malas pulak nak shopping dekat nilgiris. Jauh tu...
-Lalu berangan nak supermarket yang dekat sikit
Kemudian wujud MORE supermarket kat jalan nak g attavar tu. Dekatlah sikit. Tapi malas juga..mengharap ada lagi supermarket yang laaaaaagiiii dekat.
-Lalu berangan nak supermarket belakang rumah
Ha, sekarang dah ada supermarket besar gedabak punya belakang rumah ni. Which is City centre mall.
Segala yang diimpikan Allah dah bagi.
-Tapi punyalah malas nak jalan sampai mengharapkan dapat tinggal kat dalam City Centre tu.
-Kalau dah dapat duduk dalam city centre rasanya tak bersyukur jugak, mengharap dapat duduk kat section barang2 dapur mungkin. Senang nak capai barang kononnya.
Kesimpulannya...marilah bersyukur dengan rahmat kuniaan Ilahi. Diberi 2 tangan dan 2 kaki untuk diguna dan dijaga sebaik2nya.
Macam adik Tao kat bawah ni.
Cuma punya kaki. Tapi digunakan pemberian Allah ni dengan sebaik2nya.
1. uncle swathi.
Nama dia sampai harini aku tak tau.
Beliau sekeluarga baru balik dari holiday kat malaysia.
perbualan sebelum bertolak ke mesia:
(aku tengah turun tangga. Uncle baru nak keluar rumah) uncle : Madam!! (oh mak kau terkejut den)
Im going to malaysia from today till 18 may na...
If u come down please switch off everythg ok. make sure the gate is closed every nite also..
(sape2 pernah duduk swathi mesti tau lenggok suara uncle ni)
me : Hah! (muke terbangak. tak recover dari terkejut lagi)
ok uncle, have fun there..
perbualan setelah balik semula ke India:
(aku tengah naik tangga. uncle baru nak masuk rumah dia) uncle : Madam!! (mak ai,,,tekejut lagi, tengah best jalan sambil berangan plak masa tu)
We just came back from Malaysia madam, We went to genting highland and kuala lampur.
Very nice !! To be frank madam, the indians here are all very crucket, the malaysian are very
nice ! (berape byk very nice la)
Is there any leaking in your house?? (eh apsal tetibe baik tny pasal leaking plak ni, bukankah
bumbung bocor kat rumah kitorang tu dah lame berabad, complaint bagai nak rak pun macam
tu jugak, sampai dah lali)
me : (ha tau pun ). aaa....ok tq uncle. The leaking is always there ever since u built the house.
But that is not our concern now. We found one big black snake in one of our toilet yesterday.
uncle : where it came from, madam?
me : (jatuh dari langit ke-tujuh. manele aku tau dari mane dtgnye ulau tu).
I dont know uncle. U ask the snake ok.
uncle : ok i will send someone to find it . ( which means, memang x kan ada punya sapa2 datang)
2. Bini uncle
Dulu penah gadoh dengan die sebab die marah onisha delay bayaran sewa rumah disebabkan bilik bocor die yang bagai air terjun tu tak dibaiki. Duit nak, tapi biar penyewa tidur bergelandangan. Tak pasal2 aku plak yang geram dengan sikap sambil lewa tuan rumah, aniaya rakan serumah aku. Die cengil mata, aku pun cengil balik. Nasib baik mata ni tak sepet. Boleh lawan.
Yang paling tak boleh tahan mase aku persoalkan sikap die, die boleh kate,
" we are indians, this is india country, what ever we are doing is right! "
Pernah jugak bayar duet sewa rumah advance 3 bulan kat die. Tapi hampeh. Uncle kata dia x dapat duit tu pun, lepas tu tiap2 bulan uncle suh bayar kat die sahaja.
Sekali tu lah gaduh, lepas tu dah senyum2 tegur2. So x pe, die senyum aku pun senyumlah. Tak de hal kan. lepas balik dari malaysia ni x tau lah persepsi die berubah ke x.
3. Anak2 uncle
salah seorangnya adalah perempuan. Namanya swathi. muka semua sebijik macam uncle n bini dia.
Pasal anak dia, aku tak ambil port.
4. Swathi apartment
Merangkap home sweet home lebih-lebih lagi kat 3rd floor. Rumah kitorang.
Nak pergi zoo?
Takyah pegi jauh2, sini ada macam2 binatang. tupai, ular, tikus, nyamuk, lelabah, cicak, monyet pun pernah naik.
Nak pergi dusun mangga?
Hulur je tangan untuk petik buah dari bilik pohling. Tapi baik2 sebab dari situ jugaklah ulau, tikus tupai naik ke rumah ni.
Nak pergi waterfall?
Tak perlu ke jog falls... Duduk je kat swathi masa musim hujan. sepanjang hari dapat mandi air terjun
Nak rasa sauna?
Musim panas dalam bilik dah mencukupi.
rasa2nya dah tingkatan 2 kan??
semoga tak tinggi lagi. tinggi sangat dah. kalah banas bangah.
jadik anak soleh. abang soleh pade adek.
cemerlang dalam pelajaran.
cintan cintun lepas sekolah.
kalau nak jadi doktor, semoga berjaya jadi doktor.
kalau nak teruskan cita2 menjadi pemandu lori sampah seperti kecil2 dulu, semoga jadi taukey lori sampah yang berjaya.
pesanan khas kepade adek: bowi dah besau, adek tak boleh buli bowi lagi
Seingat aku dalam semua adik beradik, akulah yang terpaling degil sekali.
Kalau mak kata A, aku buat B,
Kalau mak suka C, aku tak suka,
Kalau aku suka D, mak pulak tak suka,
Lain taste lain selera
Tapi yang pasti..kalau mak kata putih...putihlah jawabnya..
takkan berubah jadik hitam punya.
Aku jelah yang selalu nak menghitamkan yang putih itu..
Tapi dah tua-tua ni aku dah kurang degil.
Dah tualah katekan... betul tak mak?
Dulu masa kecik, aku 'tolong' mak potong bawang
Sebenarnya cuma main-main pisau..cincang2 kulit bawang tu
Mak kata jangan..aku macam biasalah..degil.
Sekali jari terhiris, "mak! tangan kene pisau".
Kat mak jugak aku mengadu .
Masa aku kat kolej, aku kawan dengan sorang kakak pelik,
Mak kata jangan..aku degil, konon kesian.
Bila kena ugut kena psycho...kat mak jugak aku mengadu.
Pernah jugak accident, bengkak separuh muka..lebam-lebam..demam.
Tapi yang tu aku tak pernah bagitau mak sampailah saat aku tulis dalam blog ni.
Cuma naluri ibu tu kuat, bila aku on HP, ada berpuluh2 miscall dari mak.
Aku tanya kenapa call, mak kata saje. Tapi sebenarnya tak pernah2 mak talipon aku banyak kali macam tu. Mak tanya aku, aku kata tak da apa.
Dan banyak lagi peristiwa yang aku ingkar.
Diam-diam belakang mak aku teruskan jugak.
Sebab sekali aku percaya prinsip yang aku buat betul aku takkan berhenti.
I want to prove her wrong
Sampailah aku kena akibat dari perbuatan tu.
But mom is always right, setiap prinsip kedegilan aku tu memang ada natijahnya.
Aku tak menyesal..sebab aku dapat kaut banyak pengalaman.
Aku dapat belajar banyak perkara tentang hidup. Jatuh bangun sendiri.
Dan selamatnya aku kat dunia ni dari macam-macam cubaan dunia..
disebabkan doa semua orang...doa mak aku especially.. dengan izin ALLAH jugak.
Kalau scroll balik zaman kecik2 dulu..aku rasa bersyukur sangat,
Selamat dari niat jahat orang, selamat dari terjebak ke jalan salah. Selamat dari macam2.
Alhamdulillah.
Thanks mak!
Perempuan paling sabar pernah aku jumpe.
Mak aku jenis perempuan yang akan perjuangkan habis-habisan hak die.
Bukan meratap lembik-lembik.
Perempuan paling kuat jugak pernah aku ade.
Aku tak pernah pun tengok die menangis.
Cume aku jelah yang kuat nangis. sikit2 meleleh je....tak tahulah keturun sapa, takkan baba kut.:p
Jadi sekarang ni aku memang dah tak degil.
Sebagai contoh, bab jodoh ni aku ikut je apa yang mak aku suka.
Dengan harapan dan doa, keredhaan mak ayahlah yang akan buat aku bahagia kelak.
Tapi dah hampir 5 bulan kut aku cuba jadi kuat macam mak aku..
Tengok lah entri aku sebelum ni. Happy jekan. (ke buat-buat happy)
Tapi tadi terdengar pulak lagu kat bawah ni kat blog sapa entah.
Aku tangkap leleh lagi. 5 bulan aku dah kuat, so tak salah sehari aku leleh kan.
Kalau tengok drama sedih, dengar lagu sedih, apa-apa jelah yang sedih..
Mulalah mengalir2 ayer mata, mulalah merah hidung, mulalah bengkak mata.
'Macam dah masuk dalam TV' orang kate.
Dahlah...aku nak layan nangis puas-puas.
Sebab lepas nangis selalunya aku legaaaaaaaaaaaaa.....
Dan kembali bertenaga ;)
bukankah tangisan itu ubat bagi wanita.
Menangis bukan sebab lemah...tapi itulah kekuatan.
(sape tak setuju angkat tangan. gi men jauh2)
Sepanjang umur aku mencecah suku abad, hanya sorang yang pernah bagitau aku ni perempuan kuat.
Hanya sorang yang yakin dalam hati dia aku memang kuat sambil menggenggam penumbuk. Kalau dulu aku tak yakin dengan kebenarannya, tapi sebab kata-kata tu jugaklah aku mula tengok dalam diri dan yakin aku kuat sebenarnya. TERIMA KASIH