saya ada ramai adek. salah seorang daripadanya bernama ahmad alawi. nama beliau ni lain sikit dari yang lain dan beliau juga merupakan seorang budak mahal. kenapa mahal? ni nak cerita. maybe mat lawi tak ingat pasai time tu dia kecit lagi.
mahal yang pertama.
-dalam banyak2 adek beradek, mat lawi seorang saja yang lahir di hospital swasta. lain suma keluar kat hospital kerajaan sahaja. Berat mat lawi sewaktu dilahirkan adalah 10 pound. Berat lah tu dari kitorang yang lain. Mungkin sebab mak selalu minum ayaq soya kut (btoi ka). Disebabkan badan dah terlalu besaq, makanya beliau tidak pandai merangkak. Perkara pertama yang akan dilakukan adalah 'aim' area yang mahu dilawati. Seterusnya adjust posisi badan. Dan akhirnya bergolek2 macam tong gas terbalik ke destinasi tersebut. Setelah pandai duduk, beliau mengubah stail bergerak pula, iaitu dengan mengengsot sedikit demi sedikit. Tapi kalong rasa cara bergolek tu lagi pantas lah sebenarnya
mahal yang kedua.
semasa majlis penyampaian hadiah sekolah,tiba2 dikejutkan berita mat lawi masuk hospital. Sebelum tu memang beliau selalu muntah2 pun kalau makan.Masa tu kalong darjah 5 kut. Mat lawi mungkin sekitar 4-5 bulan. Selesai majlis terus ke hospital. Khabarnya doktor habaq kalau lambat bawak sikit pasti mat lawi dah kiok. Alhamdulillah umurnya panjang walaupun dibawa ke hospital setelah menjadi biru. Katanya doktor lagi usus kecilnya termasuk ke dalam usus besar. ke terbalik. Dan haritu juga operation terpaksa dijalankan. Lalu menunggu2 la kami di luar bilik bedah. Monangih nek apo 'kosian alawi, kocik laei dah kono bodah'. Ado orang kato mat lawi terkoncing ateh mejo bodah sobab sojuk bonar gamak ei. Lepas tu kalong tak ingat lah berapa lama mat lawi kene duduk ward. Ingat masa tunggu mat lawi sedar ja. mak sapu2 air sikit kat bibir mat lawi sebab haus.nak minum tak boleh. Tapi time tu beliau dapat hadiah yang best. Duit pun dapat pasai orang ziarah.
Hipotesis kalong pasai pa mat lawi jadi lagu tu, mybe sebab kitorang suka timang2 mat lawi. Mat lawi besaq sangat, kalong tak larat nak hangkat, ada sekali nak angkat jatuh plak terlungkup ke belakang.oopsss...kantoi sudaaa.ala tapi jatuh atas katel xpe .nanges sikit je
parut operation tu ada kat perut dia.boleh p check
mahal ketiga
-akibat dari side effect operation tu, seluruh badan mat lawi naik bisul2, sakit dan tak pernah surut, baik satu, naik yang lain. penuh sampai ke muka. Time tu dia duk pakai sabun mahai 'sebamed'. dan berlarutan sampai umur 3-4 tahun. One time beliau masuk hospital lagi sekali sebab doktor suspek denggi. Masa tu kulit mat lawi jadi bertompok2 merah macam bentuk pulau2 atau ular sawa batik. Tapi bukan denggi rupanya. Tak tau la pasai pa. Rugi plak tak ingat nak ambil gambaq
mahal keempat
-masa form 1 kena tahan ward lagi sekali. Suspek buah pinggang pulak. sebab muka dah bengkak dan kunin. Tapi tidak rupanya.
>> mat lawi yang paling selalu kena demam dari kecik sampai sekarang, Asal kalong balik dia demam, Kalau tak balik pun demam.
>> dalam banyak2 adek, mat lawi yang paling kurang kena sakat dengan kalong masa kecik2
>> Mat lawi selalu marah kalong kalau sakat adek, nanti mat lawi p kat adek sapu2 pala dia and pujuk adik. Kalau adik lapaq nanti mat lawi masakkan atau amikkan ayaq. Time main2 buleh dengaq suara adek ja bising2, sora mat lawi senyap ja. Dan mat lawi lah yang selalu kemas mainan yang adek sepah2kan. Kesimpulannya mat lawi adalah kawan baik adik. Oleh itu adek kena membalas jasa mat lawi apabila besar.
>>Orang kata Mat lawi bersikap matang sebelum umurnya. bertanggungjawab bla2
>>oh, Mat lawi penyayang binatang juga. masa kalong picit2 kucing nenek mat lawi kerap melarang berbuat demikian.
>> mat lawi bukan la orang sukan lari2 walaupun kakinya panjang
2 comments:
ha3,comel je post yg ni..
awww..kakak yg sweet..
mat lawi jadi lagu gtu sbb selalu sakit kot.. selalu dpt kasih syg org tu yg jadi penyayang jugak...
Post a Comment