angan2 nak membeli honda city/honda CRV bila balik mesia nanti.
so saye buat sedikit kira2
katakan gaji RM 2000 lebih>>> rm 2500 la katekan
nak hambik keta HONDA CITY 1st hand. So RM 70000-rm 80000 lah kan harganya.
1.Bayaran bulanan confirm2 seribu lebih kan. (kita letak rm 1000 dulu)
(Kalau nak ikat sampai 9 tahun pun boley,murah sikit bayaran, tapi bak kata baba. keta kurang2 lima tun guna dah mula meragam. xkan nak pakai keta tu selama2nya kan.9 tun ko berhutang, kalu mati sapa plak yang dermawan nak bayaqkan ko kalau x menyusahkan mak bapak atau pun ahli kuarga yang lain)
rm 2500 - rm 1000 = rm 1500
2.let say masa tu belum kawen, nak pulak kerajaan selalu campak doc2 kat kawasan jauh. Maybe kena duk kedah la katakan. Dah ada kereta ni kurang tiap bulan mau balik at least sekali. so minyak tambah tol at least mau rm 400
rm 1500- 400 = rm 1100
3.Time tu duduk di rumah sewa. Sewa skang paling murah mau rm 300 sebulan
rm 1100-300 =rm 800
4.makan minum pulak x kan x mau kira, mau kebulur nanti. beli keta mahal punya pasal. so guna la rm 300 untuk makan. tu pun kira jimat habis la tu. kalau ada pakwa lagi haru jadinya. nak kena beli topup lagi. nak pulak kalau pakwe x de pendapatan nak support topup saya
rm 800 - rm 300 = rm 500
5. Dah beli keta baru ni x kan x hantaq servis pulak. Kawan saya sekali servis keta aritu kena seribu lebeh. tu pun cuma beberapa bulan dia terlupa nak servis. jadi kalau saya rajin maintain kereta, myb la sekali servis rm 300
rm 500- rm 300 = rm 200
6. Ha.. tak sedaq2 diri lagi ka nak menghulur sikit2 pada mak, baba, atuk, nenek, tok kedah. orang2 ni la yang banyak hulur duit zaman belajaq dulu, sedikit sebanyak digunakan untuk idop dengan senang lenang zaman belajar kan. xkan x reti2 nak balas jasa. xkan sampai dah kerja pun nak depa tanggung lagi. Malu lah sikit mimah oi. katalah nak bagi sorang seratus at least. paling cikai ko bg la rm 50.
rm 200- rm 250 = negative rm 50
7. pastu x reti pulak ke nak simpan duet nak kawen? xkan nak mak bapak atau sedara mara sponsor? sikit2 boley a, x kan nak semua kut. pandai2 la jimat. Ada hati pula mau majlis besar besaran.
( hahaha dah x dah duet dah nk simpan. dah negatif dah tu cheq oi. jawabnya angkat talipon, minta duet kampung la)
ok atas kira2 tersebut maka TAK JADILAH saya membeli kereta sebaik mula bekerja. solusi yang telah sy fikirkan adalah:-
- beli jela kereta murah2 second hand ka kalau dah ralat sangat nak pakai keta honda city tu.
- tak pun beli ja kereta nasional, kancil ka, kenari ka. ok apa buat wanita2 comey untuk sy.. dah kawen soh la laki beli keta mahai tu
-carik pakwe yang dah keje and ade kereta. senang cerita. xyah beli kereta dah. Dah kawen rembat ja keta dia. Asalkan sebelum kawen,jangan kita yang dah kerja ni menanggung si dia sudah.
beberapa pesanan yang saya jadikan AZIMAT :-
1. pesan BABA : biar kita ada kuasa membeli.
maksudnya pengurusan kewangan biar betul, jangan nak menang memakai tapi kalah membeli. Macam pengurusan kewangan tadi, duet saya sudah jadi negatif. tiap2 bulan duet cuma memikir untuk bayaq hutang. Itupun belum campoq bayaran2 lain. kut la sakit, adek nak guna, bayaran bil2 dsb.
cerita dari baba - mula2 lepas kawen dan mula kerja dulu dia beli kereta second hand ja. 10 tahun selepas itu baru la ada duet nak beli kereta 1st hand.
2. pesan MAK : 'mengukur baju biar di badan sendiri'.
maksudnya agak2 la sikit, tengok gaji saya byk mana dan angan2 saya macam mana. jgn disebabkan saya selfish makanya besok2 saya menyusahkan orang lain pula. Biar hidup berbakti,memberi, bukan menyusahkan. Takut nanti balik melaka asik merungut 'x dak duit....x dak duit...' . Konon2 hint nak suruh orang kesian dan hulur duit pada kita la.
mak pun lepas gaji dah 4000+ baru guna honda city.
Dari saya - kenapa orang bising2 masuk campur urusan saya mahu membeli kereta? biaqlah, duet aku, bukan duet depa. ini penjelasannya:
sebab depa sayang la depa habaq lagu tu, sebab depa dah tau outcomenya. sebab depa tau ko ni x pandai urus kewangan. Sebab depa mau ko berbakti pada orang tua yang byk membantu selepas ko bekerja, bkn makin membebankan.. Maka jangan lah difikir mulut2 yang bising tu disebabkan mereka cemburu dan sengaja mahu menyekat ko mahu bersenang2. Tapi mereka lebih dulu makan garam dan sayangkan ko.Mahu melihat ko senang kemudian, tidak tercekik di tengah jalan.
ok ade lagi beberapa angan2 saya.
1. kalau ada duet lebih, saya nak invest dalam hartanah dan rumah. beli banyak2 rumah. tunggu harga naik n jual harga mahal. ok tak?
2. tiap tun nak klua melancong at least sekali setahun.
sekian berangan2. fikir2 kan dan selamat beramal.wassalam
5 comments:
SYAMIIIIIIIIIIIIIIII~~~
eh ko cerita yg aritu apa kes?
story yg time ko dtg rumah aku tu?
nnt masa intern time aku free aku g umah ko eh :)
kak syami nak keje kat kedah??kat kedah??kih3..senyum penuh makna *wink*
kak zimah,nk dengo gak story tuh,he3..sy mmg suka nyibuk,kui3..
fizzi~haha itu perumpamaan je. tapi kalau keje pung kite nk mintak area pantai barat je. mcm mustahil je nk dapat keje dalam melaka.salu krajaan campak jauh2 kan.paling jauh pun kk ok la. kedah not bad oso pasai ada spital baru plus fmly member pun ada kat sana.
zimah~ story ape, ak ade short term memori. x hengat. tapi x pe, balik la nti habaq ak nk story kan ape
ak ada 1 cdgn baek punye !
ko list kan "kereta honda city" dalam senarai barangan hantaran nnti..
amacm?? jimat2...
haha :):)
heheh nak tergelak baca..
saya sokong tu,watpe nak bergaya tayang kereta besar tapi garuk kepala bila nak renew road tax n insurance,,bulan2 pun tak dapat nak happykan diri sebab hutang kereta besar...tepuk poket kita,yang penting ada kereta mudah nak bergerak..(saya pemakai viva elite je,jimat minyak =)
Post a Comment