Sunday, February 27, 2011

mat lawi budak mahal

saya ada ramai adek. salah seorang daripadanya bernama ahmad alawi. nama beliau ni lain sikit dari yang lain dan beliau juga merupakan seorang budak mahal. kenapa mahal? ni nak cerita. maybe mat lawi tak ingat pasai time tu dia kecit lagi.

mahal yang pertama.
-dalam banyak2 adek beradek, mat lawi seorang saja yang lahir di hospital swasta. lain suma keluar kat hospital kerajaan sahaja. Berat mat lawi sewaktu dilahirkan adalah 10 pound. Berat lah tu dari kitorang yang lain. Mungkin sebab mak selalu minum ayaq soya kut (btoi ka). Disebabkan badan dah terlalu besaq, makanya beliau tidak pandai merangkak. Perkara pertama yang akan dilakukan adalah 'aim' area yang mahu dilawati. Seterusnya adjust posisi badan. Dan akhirnya bergolek2 macam tong gas terbalik ke destinasi tersebut. Setelah pandai duduk, beliau mengubah stail bergerak pula, iaitu dengan mengengsot sedikit demi sedikit. Tapi kalong rasa cara bergolek tu lagi pantas lah sebenarnya

mahal yang kedua.
semasa majlis penyampaian hadiah sekolah,tiba2 dikejutkan berita mat lawi masuk hospital. Sebelum tu memang beliau selalu muntah2 pun kalau makan.Masa tu kalong darjah 5 kut. Mat lawi mungkin sekitar 4-5 bulan. Selesai majlis terus ke hospital. Khabarnya doktor habaq kalau lambat bawak sikit pasti mat lawi dah kiok. Alhamdulillah umurnya panjang walaupun dibawa ke hospital setelah menjadi biru. Katanya doktor lagi usus kecilnya termasuk ke dalam usus besar. ke terbalik. Dan haritu juga operation terpaksa dijalankan. Lalu menunggu2 la kami di luar bilik bedah. Monangih nek apo 'kosian alawi, kocik laei dah kono bodah'. Ado orang kato mat lawi terkoncing ateh mejo bodah sobab sojuk bonar gamak ei. Lepas tu kalong tak ingat lah berapa lama mat lawi kene duduk ward. Ingat masa tunggu mat lawi sedar ja. mak sapu2 air sikit kat bibir mat lawi sebab haus.nak minum tak boleh. Tapi time tu beliau dapat hadiah yang best. Duit pun dapat pasai orang ziarah.
Hipotesis kalong pasai pa mat lawi jadi lagu tu, mybe sebab kitorang suka timang2 mat lawi. Mat lawi besaq sangat, kalong tak larat nak hangkat, ada sekali nak angkat jatuh plak terlungkup ke belakang.oopsss...kantoi sudaaa.ala tapi jatuh atas katel xpe .nanges sikit je
parut operation tu ada kat perut dia.boleh p check

mahal ketiga
-akibat dari side effect operation tu, seluruh badan mat lawi naik bisul2, sakit dan tak pernah surut, baik satu, naik yang lain. penuh sampai ke muka. Time tu dia duk pakai sabun mahai 'sebamed'. dan berlarutan sampai umur 3-4 tahun. One time beliau masuk hospital lagi sekali sebab doktor suspek denggi. Masa tu kulit mat lawi jadi bertompok2 merah macam bentuk pulau2 atau ular sawa batik. Tapi bukan denggi rupanya. Tak tau la pasai pa. Rugi plak tak ingat nak ambil gambaq

mahal keempat
-masa form 1 kena tahan ward lagi sekali. Suspek buah pinggang  pulak. sebab muka dah bengkak dan kunin. Tapi tidak rupanya.

>> mat lawi yang paling selalu kena demam dari kecik sampai sekarang, Asal kalong balik dia demam, Kalau tak balik pun demam.
>> dalam banyak2 adek, mat lawi yang paling kurang kena sakat dengan kalong masa kecik2
>> Mat lawi selalu marah kalong kalau sakat adek, nanti mat lawi p kat adek sapu2 pala dia and pujuk adik. Kalau adik lapaq nanti mat lawi masakkan atau amikkan ayaq. Time main2 buleh dengaq suara adek ja bising2, sora mat lawi senyap ja. Dan mat lawi lah yang selalu kemas mainan yang adek sepah2kan.  Kesimpulannya mat lawi adalah kawan baik adik. Oleh itu adek kena membalas jasa mat lawi apabila besar.
>>Orang kata Mat lawi bersikap matang sebelum umurnya. bertanggungjawab bla2
>>oh, Mat lawi penyayang binatang juga. masa kalong picit2 kucing nenek mat lawi kerap melarang berbuat demikian.
>> mat lawi bukan la orang sukan lari2 walaupun kakinya panjang

Friday, February 25, 2011

caramel prawn.(vietnam style)

im gonna add this to my new favourite.

10 ekor udang bersihkan dan perap 20 mins dengan;-
-1sb sos ikan
-1/2 sk serbuk lada hitam
- 1 bawang kecil dadu kecil2
-sikit daun bawang dihiris halus (optional)

panaskan 2 sb minyak .kemudian tambah 2 sb gula pasir, kacau dang biar gula cair serta tidak bergumpal.
masukkan udang yang dah diperap+ 1/5 cawan air. kacau sampai udang masak dan serap suma kuah.


.- orang boleh fikir macam2. hanye kite yang tau ape yang kite pnh rase. pokoknya. sabar, redha saja=)

Friday, February 18, 2011

masakan cina simple

Sempena sambutan tahun baru cina yang lepas, batch kami buat makan2 di rumah sait yie. Depa hidangkan lauk bendi ni. Sedap sampai teringat2 keesokan hari. Terus roger sait yie how to make it. Mudah. Kalau dah malas sangat masak buleh buat gini ja. Ratah sorang2.
4-5 biji bawang puteh (size besar) dicincang dan digoreng dgn sedikit minyak sampai kekuningan. Angkat dan ketepikan
5-6 Bendi , basuh dan kemudian steam. x mau lama2 sampai lembut sangat. Biar dia rangup2 sikit.

Letak dalam mangkuk. campur 2 sb sos tiram+ 2 sb kicap.(kalau banyak sangat kicap nanti tak sedap) Gaul2 dengan bawang putih cincang tadi.

siap. makan dgn chopstick lagi masyuk:)


Wednesday, February 16, 2011

angan2 saya membeli kereta

angan2 nak membeli honda city/honda CRV bila balik mesia nanti.
so saye buat sedikit kira2
katakan gaji RM 2000 lebih>>> rm 2500 la katekan
nak hambik keta HONDA CITY 1st hand. So RM 70000-rm 80000 lah kan harganya.

1.Bayaran bulanan confirm2 seribu lebih kan. (kita letak rm 1000 dulu)
(Kalau nak ikat sampai 9 tahun pun boley,murah sikit bayaran, tapi bak kata baba. keta kurang2 lima tun guna dah mula meragam. xkan nak pakai keta tu selama2nya kan.9 tun ko berhutang, kalu mati sapa plak yang dermawan nak bayaqkan ko kalau x menyusahkan mak bapak atau pun ahli kuarga yang lain)

 rm 2500 - rm 1000 = rm 1500

2.let say masa tu belum kawen, nak pulak kerajaan selalu campak doc2 kat kawasan jauh. Maybe kena duk kedah la katakan. Dah ada kereta ni kurang tiap bulan mau balik at least sekali. so minyak tambah tol at least mau rm 400

rm 1500- 400 = rm 1100

3.Time tu duduk di rumah sewa. Sewa skang paling murah mau rm 300 sebulan
rm 1100-300 =rm 800

4.makan minum pulak x kan x mau kira, mau kebulur nanti. beli keta mahal punya pasal. so guna la rm 300 untuk makan. tu pun kira jimat habis la tu. kalau ada pakwa lagi haru jadinya. nak kena beli topup lagi. nak pulak kalau pakwe x de pendapatan nak support topup saya

rm 800 - rm 300 = rm 500

5. Dah beli keta baru ni x kan x hantaq servis pulak. Kawan saya sekali servis keta aritu kena seribu lebeh. tu pun cuma beberapa bulan dia terlupa nak servis. jadi kalau saya rajin maintain kereta, myb la sekali servis rm 300

rm 500- rm 300 = rm 200

6. Ha.. tak sedaq2 diri lagi ka nak menghulur sikit2 pada mak, baba, atuk, nenek, tok kedah. orang2 ni la yang banyak hulur duit zaman belajaq dulu, sedikit sebanyak digunakan untuk idop dengan senang lenang zaman belajar kan. xkan x reti2 nak balas jasa. xkan sampai dah kerja pun nak depa tanggung lagi. Malu lah sikit mimah oi. katalah nak bagi sorang seratus at least. paling cikai ko bg la rm 50.

rm 200- rm 250 = negative rm 50

7. pastu x reti pulak ke nak simpan duet nak kawen? xkan nak mak bapak atau sedara mara sponsor? sikit2 boley a, x kan nak semua kut.  pandai2 la jimat. Ada hati pula mau majlis besar besaran.

( hahaha dah x dah duet dah nk simpan. dah negatif dah tu cheq oi. jawabnya angkat talipon, minta duet kampung la)



ok atas kira2 tersebut maka TAK JADILAH saya membeli kereta sebaik mula bekerja. solusi yang telah sy fikirkan adalah:-

- beli jela kereta murah2  second hand ka kalau dah ralat sangat nak pakai keta honda city tu. 
- tak pun beli ja kereta nasional, kancil  ka, kenari ka. ok apa buat wanita2 comey untuk sy.. dah kawen soh la laki beli keta mahai tu
-carik pakwe yang dah keje and ade kereta. senang cerita. xyah beli kereta dah. Dah kawen rembat ja keta dia. Asalkan sebelum kawen,jangan kita yang dah kerja ni  menanggung si dia sudah.

beberapa pesanan yang saya jadikan AZIMAT :-

1. pesan BABA : biar kita ada kuasa membeli
maksudnya pengurusan kewangan biar betul, jangan nak menang memakai tapi kalah membeli. Macam pengurusan kewangan tadi, duet saya sudah jadi negatif. tiap2 bulan duet cuma memikir untuk bayaq hutang. Itupun belum campoq bayaran2 lain. kut la sakit, adek nak guna, bayaran bil2 dsb.
cerita dari baba - mula2 lepas kawen dan mula kerja dulu dia beli kereta second hand ja. 10 tahun selepas itu baru la ada duet nak beli kereta 1st hand.

2. pesan MAK : 'mengukur baju biar di badan sendiri'
maksudnya agak2 la sikit, tengok gaji saya byk mana dan angan2 saya macam mana. jgn disebabkan saya selfish makanya besok2 saya menyusahkan orang lain pula. Biar hidup berbakti,memberi, bukan menyusahkan. Takut nanti balik melaka asik merungut 'x dak duit....x dak duit...' . Konon2 hint nak suruh orang kesian dan hulur duit pada kita la.
mak pun lepas gaji dah 4000+ baru guna honda city.
Dari saya - kenapa orang bising2 masuk campur urusan saya mahu membeli kereta? biaqlah, duet aku, bukan duet depa. ini penjelasannya:
sebab depa sayang la depa habaq lagu tu, sebab depa dah tau outcomenya. sebab depa tau ko ni x pandai urus kewangan. Sebab depa mau ko berbakti pada orang tua yang byk membantu selepas ko bekerja, bkn makin membebankan..  Maka jangan lah difikir mulut2 yang bising tu disebabkan mereka cemburu dan sengaja mahu menyekat ko mahu bersenang2. Tapi mereka lebih dulu makan garam dan sayangkan ko.Mahu melihat ko senang kemudian, tidak tercekik di tengah jalan.

ok ade lagi beberapa angan2 saya.
1.  kalau ada duet lebih, saya nak invest dalam hartanah dan rumah. beli banyak2 rumah. tunggu harga naik n jual harga mahal. ok tak?
2. tiap tun nak klua melancong at least sekali setahun.

sekian berangan2. fikir2 kan dan selamat beramal.wassalam

Thursday, February 3, 2011

rindu dalam penat

LETIH, itu yang boleh saya katakan sepanjang cuti, dari langkawi ke melaka kemudian esok akan ke kelantan, minta maaf la kat sedara mara yang x sempat nk ziarah. saya terkejar2.
melaka central dan LCCT dah macam rumah kedua. And thanks kepada pemandu pelancong juga.
Sekilas perkembangan tentang bangah, die selamat sebab masa di awal rusuhan beliau sudah selamat terbang ke greece berjalan2 (macam ni ke cara eja greece). Lepas ni baba suruh balik malaysia terus,. Cuma Fahmi ja terkandas lagi di Mesir, tapi apa2 pun orang lain tak lena tidoq memikir, saya juga yang lena x mo bangun2, IA selamat punyalah depa, x dak apa nak dirisaukan sangat.
Dah jadi hal macam ni entah bila depa ni nak grad gamaknya. kalau ikutkan dijangka awal tahun 2012 habis.
Buat yang di Sibu, jaga diri baik2, jangan sedih2, terus kuatkan semangat. Ente tetap dalam ingatan. Chaiyok!! Ana di sini sihat2 sahaja seperti selalu,.
Buat family di kedah, maaf lah ana dah janji dengan kawan ana nak attend wedding dia, so x dapatla balik kedah kali ni. iA bulan 7 ana balik lagi. Raya pun ana balik lagi. Hujung tahun ni pun kalau jadi ana balik jugak, haha,,,, macam duk kl dah

ok lah, malam ni tidoq rumah nenek lipat kajang, wassalam