Lama aku tak menulis. Tak ada mood.
Alhamdulillah...seperti tajuk di atas.Semuanya dah pun selamat. Majlis pernikahan berjalan amat lancar pada 2 september 2011 bersamaan 4 syawal lepas hari Jumaat.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli keluarga dan rakan2 yang membantu secara langsung atau pun tidak.
Pada mak dan baba, tq sebab menyediakan majlis yang bagi aku agak lebih dari apa yang aku expect. Siap ada bilik pengantin dan makan beradap kat meja rambu ramba dengan khemah. Aku imagine nak majlis yang tak da apa2 persiapan pun dek last minute preparation dan tahun depan pun ade majlis lg. Thanks sebab memberikan majlis yang agak grand bagi aku. Thanks to mak yang susah payah ke sana ke mari dalam panas bulan puasa menyediakan persiapan dan melayan gila aku. Biasalah, lagi dekat nak kawen aku jadi extra sensitive, cari pasal kejap.
Thanks to baba sebab menikahkan sendiri anaknya. Aku tak tahu apa yang seorang ayah rasa masa nikahkan anaknya. Tapi bangah kata apak senyum lepas lafaz ijab kabul selesai.
Thanks to Bangah yang sanggup balik emergency sekejap dari Mesir semata2 nak meraikan dan menjadi cameraman free aku. Jimat belanja. hehhe. tq. gambar lawa walaupun muka aku masam.
To Anas pun thankyou lah jugak. Buat macam2 kerja sampaikan kelaparan. Masa makan hidangan pengantin semeja aku tengok dialah yang paling berselera besar dengan mata yang bersinar2 melilau merenung makanan.
Hasanah, adik perempuan aku nan satu. Mekaseh yo tulung den makeup,iron baju nikah aku bagai. Santekk.... Mula2 aku nak jugak amik mak andam, sehari sebelum nikah siap ke Jasin cari kedai andaman walaupun mak dah larang. Haa...kan dah kena tulah. Rupanya2 akak kedai andam jasin yang aku duk mesej2 tu adalah lelaki berpewatakan wanita. Awww.... senyum2 jela aku kat kedai dia.reject!
To alawi. Bila sampai nama alawi ni kena nyanyi sikit.. WEYL...WEYL...WEYL...;)
thanks sebab selalu mesin rumput. asal balik sekolah je die mesin rumput sampai demam2. haha.. Kepada adek pun samalah. walaupun kalong tak pasti apa sumbangan adek, tapi adek telah membantu tidak menyepahkan rumah. Timo kaseh.
To my other family... orang2 kuat seperti keluarga maktum dan keluarga nek sokdah, terima kasih yang tidak terhingga kerana telah membanting tulang selama 4-5 hari di rumah ceq.kerja yang biasanya memerlukan 30 tenaga telah diselesaikan oleh mereka2 ini dengan cekap. Next time maktun akan dilantik jadi supervisor majlis.
To my beloved bestfriend, wan shahira. Orang yang paling banyak dengar suara hati aku saat2 menjelang hari pernikahan aku. Orang yang banyak bagi aku semangat dan kekuatan. thanks a alot.
To bestfriend2 che nab, hazimah, musfirah, kia,kiki, dan lain2 yang tidak disebutkan, banyak membantu aku melalui fasa mengubat jiwa nan lara sepanjang aku di bumi india. thanks guys. love u all.
To Jiran2, orang kampung, keluarga nek apo, dan lain2, terima kasih atas ucapan , kehadiran, dan doa2 kalian
Lastly pada suami aku. Thanks b. Walaupun gementar sampai peluh berjurai2 macam mandi, Dengan sekali lafaz aku dah jadi isteri orang.Tahniah
Ok cerita aku pula.
Seminggu sebelum nikah penyakit gila sekejap aku mai, tiba2 aku rasa taknak nikah, dah beriya2 telepon bakal suami kata tak mau dan nak batalkan. Nekad dah masa tu. Then bakal suami hantaq 3 mesej panjang berjela dari Malaysia yang merubah keputusan aku. Butiran mesej adalah RAHSIA.
Sehari sebelum nikah aku demam.Almaklum musim raya banyak minum air batu. Orang pakaikan inai sambil demam2. Sudahnya sebelah terang sebelah lagi tangan pudar warna inai.
Hari nikah, aku jadi blur. Tak ada perasaan dan tak rasa apa2. Orang lain mesti lah rasa gementar kut. Tapi yang sejuk tangan dan sebak masa habis lafaz nikah adalah adik aku, merangkap pengapit.heheh.
Sepanjang majlis makan beradap dan bersalam salaman dengan tetamu aku asyik tanya suami aku betulke kite dah kawen. Manelah tau kut2 boleh reverse balik ke. Atau pun tu main2 ke.
Akhirnya masuk hari ke-3 kawen baru lah aku terasa yang aku ni isteri orang dah. Ok lepas ni kene lebih matang dan berwawasan.. insyaallah
lepas kawen balik india.
apa nak di kata,...