Berita pemergian arwah agak mengejutkan saya di pagi posting tatkala tercari2 doktor yang merawat. Perginya beliau ketika di usia yang masih muda dalam keadaan yang mengejut. Allayarham meningalkan seorang balu dan 2 orang anak yang masih kecil.
Benarlah kata suami saya, Orang yang baik2 selalu dijemput dahulu dan perginya mudah sekali, tidak membebankan orang dengan sakit yang bermacam. Walaupun jarang berbual dan berjumpa, sepanjang perkenalan saya dengan arwah dan isteri, beliau merupakan seorang yang amat tenang, peramah, rajin, baik dengan anak2, ringan tulang membantu isteri, tak pernah sekali saya nampak wajahnya berkerut. Arwah merupakan menantu yang taat dan menjadi contoh teladan buat adik2 iparnya. Moga berbahagia di sana hendaknya.
Saya doakankan semoga Maklong N sekeluarga kuat dan tabah menghadapi dugaan. Ada secebis cerita yang menjadi inspirasi saya sejak zaman anak dara lagi. REDHA..susah digapai, tapi tinggi nilainya.
Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera. Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anaknya.
Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli keluarga, saudara-mara dan kaum kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.
Namun demikian, sebelum sempat sesiapa pun berkata-kata, si suami telah berkata, “Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini.” Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu. Si suami meneruskan kata-katanya, “Demi Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkanNya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.
Maha Suci Allah Ta’ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa baik yang dilakukannya kepada diriku.
Apabila dia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi Muhammad S.A.W: ‘Mana-mana wanita yang meninggal dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam syurga’. Tatkala meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: Wahai Tuhanku, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia. Ku ulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.
Ketahuilah kalian, sesungguhnya aku di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini. Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteriku telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya. Semoga Allah Ta’ala menerima isteriku dengan keredhaanNya.”
ps~ mak, baba , pak kalid dalam perjalanan ke kedah.semoga selamat sampai.
Petang ni saye kene masuk ward, minimum 5 hari katenye doc sebab buah pinggang dah kena efek. Ubat makan dah x jalan,jadi kene masuk IV..Saye lari kejap dari hosp sebab nak ambil barang2. Karang nak kena buat ultrasound, amik darah, ujian air kencing bagai. Oh malasnye.. Rase bersalah juge kalau saye terpaksa menyusahkan kawan2 yang menjaga lagi. Oleh itu jagalah kesihatan anda, jangan ambil enteng pada perkara2 remeh dan perubahan pada diri. Saya biarkan sakit pinggang dan demam berlarutan sebab ingatkan tergeliat je. hehe... moga sakit ini menjadi kifarah dosa. Sorry incik suami sebab isterimu ini banyak benor buat incik suami risau. But no worries, saya pasti akan sembuh. Insyaallah ;)
Buat sahabat. saya menangis tapi saya juga berbahagia untuk kamu. Alhamdulillah. Moga kekal ke syurga hendaknya
wassalam