balik kampung.
ini malam naik bas bangalore pigi sepuluh jam juga ada.
tara apa mahu cakap.
itu selamat hari raya juga.
Saturday, August 27, 2011
Friday, August 12, 2011
aku nak kawen?
ok cerita kali ni, aku nak kawen. ye betol. Buka2 je terus kate nak kawen ye tak?
But not like others, kalau dengar ade kawan2 yang nak kawen, aku rase wow! it is really something BIG for them. Mesti rase berdebor2, tak sabor, pening dan busy memikirkan segala persiapan sejak berbulan2 lamanya, fikir budget, ikat perut, nak diet, nak cantik dsb.
Aku?
I feel nothing. Rasa nak final exam haritu lebih menakutkan dan mendebarkan.
Rasa macam pergi kedai, beli barang, then balik rumah. Hmm macam tu lah lebih kurang rasenye.
Semalam pergi astana moda nak beli jaring2 yang orang selalu taruh kat tudung tu. Akak salesgirl tu cakap relax je awak shopping kawen sorang2 ye. Yele, mak kerja, aku bukan reti sangat bab2 berhias ni, tak berape nak pandai pilih. So aku suruh die pilih mane yang masuk dengan baju aku. call mak kate nak beli. Then bayar. Lepas tu singgah kedai ariani. Tudung2 jejak rm300++, tak jadi beli. Aku rase beli jela nanti kat pasau malam ke...bukan nak pakai selalu pun. sehari je.
Mungkin sebab decision nak kawen ni dibuat dalam masa lebih kurang sebulan. Rasa terlalu terkujat haritu terus buat aku rasa blur sampai now. Belum rasa terpukul lagi. Takda tunang2.
Ingat lagi, masa tu hari last exam, aku punyalah happy bagai nak rak. Telefon mak menjerit2 kehepian kata dah abes exam and takmau sambung dah sampai bila2. Tiba2 mak aku bagitau ..balik nanti bolehla bincang pasal tarikh nikah kaklong raya ni. Terdiam. Lupa terus yang aku sedang hepi dah habih exam. Orang tegur kat sebelah pun aku tak dengar.
ha...masa tu aku terkujat, sebab selama ni aku yakin 300% yang mak aku takkan setuju punya untuk nikahkan aku dalam masa terdekat, paling2 awal pun tahun depan. Kalau ikutkan perancangan aku, memang tahun depan pun aku ready mentally, physically etc utk kawen.
Tapi tak pelah dalam fikiran aku sekarang redah jelah, tengok la nanti ape jadi seterusnya.
Sekurang2nya dah boleh cakap Alhamdulillah, kurang dosa, lengkap sebahagian dari iman.
Majlis nikah aku insyaallah pada raya ke-4. Orang melayu kata nikah gantung. Orang islam kata nikah betul2. Tapi disebabkan nanti aku akan kembali ke india meneruskan internship dan bakal suami aku ke kedah, lepas setahun barulah majlis resepsi akan diadakan di rumah aku. Buat masa ni majlis nikah adalah kecil-kecilan antara kaum family aku dan dia sahaja. Persiapan pun tak banyak. Cukup sekadar apa yang ada. Lepas ni kena kumpul fulus untuk majlis tahun depan. Insyaallah aku jemput semua kawan2 datang nanti.
Bakal suami?
hmm.... jangan benci seseorang sangat2, mana tau silap2 itulah jodoh kita.
memang pun...dah kena atas batang hidung aku yang pesek ni.
Tapi sekarang tak benci dah, cuma sekali sekala kena usik tu aku adelah membaran.
Yang penting parents aku redha, suke. Selebihnye doakan lah aku dengan die tenang melayari bahtera rumahtangga. Proses mencari keserasian masih diperlukan sampai bila2.
Ape yang aku kene buat sekarang adelah baca apa2 yang patut untuk tambah ilmu jadi isteri. Takut nanti dah jauh2 aku still rasa diri ni solo pun payah jugak. Ok dah pukul 3 pagi. Bulat lagi mate aku.
Di kesempatan ini aku nak mohon ampun dan maaf pada sesiapa yang terasa hati, bersedih hati, terguris dsb. Hidup perlu diteruskan walau apapun ranjaunya. Ade orang nampak je happy, tapi dalam hati die kite mane tau ye tak. Ade orang punya skill menangis dalam ati, skill aku lak menangis sampai bengkak mate. Selamat berpuasa,,semoga peroleh malam lailatulqadar, malam di mana segala doa diterima. Selamat hari raya juga. Isnin ni aku balik ke India. Rindu india, rindu bilik tu.wassalam
ps~ masa raya nanti barulah akan kenal dan jumpa family bakal suami buat kali pertama. Kalau aku cuak takut aku cakap merapu2. Risau pula
ps~ masa raya nanti barulah akan kenal dan jumpa family bakal suami buat kali pertama. Kalau aku cuak takut aku cakap merapu2. Risau pula
Subscribe to:
Posts (Atom)